Muhyiddin should commission two reports for consideration by Cabinet next Wednesday — why Malaysia having one of the longest waves of the Covid-19 pandemic in the world and how to make the national Covid-19 vaccination rollout not only a success, but to accelerate and complete it by National Day-Malaysia Day period


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin should commission two reports for consideration by the Cabinet next Wednesday — why Malaysia is  having one of the longest waves of the Covid-19 pandemic in the world and how to make the national Covid-19 vaccination rollout not only a success but to accelerate and complete it by National Day-Malaysia Day period.

Yesterday, it was reported that the new Covid-19 cases have risen to 1,576 cases from the previous day of 1,213 new Covid-19 cases — though it  was the 14th day the daily increase of new Covid-19 cases had fallen below 2,000 cases.

What were the causes which resulted in Malaysia having one of the longest waves of the Covid-19 epidemic in Malaysia – as the third  wave in Malaysia which started in September as a result of the super-spreader event of the Sabah state general election has not yet  been fully brought under control as to see the daily increase of new Covid-19 cases reduced to triple-digit  and even double-digit figures.

The report on why Malaysia is having one of the longest waves of the Covid-19 pandemic should also be made public so that the whole nation can benefit from it – as there are concerns about a fourth wave of the Covid-19 epidemic in Malaysia.

The report on how to make the national Covid-19 vaccination rollout a success,  and accelerate it to complete  the rollout by the National Day-Malaysia Day period between August 31 to September 16 should  also be made public.

According to available data, the  statistics for registration for Covid-19 vaccination through MySejahtera app are as follows:

Perlis 37,444 19.9%
Kedah 302,722 18.9%
P.Pinang 429,579 31.0%
Perak 413,843 21.4%
Selangor 1,720,352 35.5%
K.Lumpur 532,032 35.9%
Putrajaya 41,662 73.2%
Negeri Sembilan 242,288 28.5%
Melaka 187,290 26.7%
Kelantan 157,824 12.8%
Terengganu 148,107 17.6%
Pahang 230,182 18.7%
Johor 759,080 26.7%
Sabah 267,388 9.1%
Labuan 20,118 27.8%
Sarawak 466,037 22.5%
Total 5,955,944 24.6%

Special attention must be given to Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah and Perlis as registration for vaccination in these states have not even reached 20 per cent.

Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 20th March 2021


Muhyiddin perlu perlu memastikan dua laporan dapat dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet pada — mengenai mengapa Malaysia berhadapan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia dan bagaimana kita boleh menjayakan dan menyiapkan program imunisasi Covid-19 menjelang tempoh sambutan Hari Kebangsaan-Hari Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memastikan dua laporan dapat dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet pada minggu hadapan — mengenai mengapa Malaysia berhadapan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia dan bagaimana kita boleh menjayakan dan menyiapkan program imunisasi Covid-19 menjelang tempoh sambutan Hari Kebangsaan — Hari Malaysia.

Semalam, negara kita mencatatkan kadar peningkatan kes baharu Covid-19 yang meningkat kepada 1,576 kes berbanding dengan 1,213 kes pada hari sebelumnya — walaupun negara kita masih berada di bawah paras 2,000 kes sehari untuk 14 hari yang berturut-turut.

Apakah perkara yang menyebabkan negara kita berhadapan dengan gelombang penularan wabak Covid-19 yang terpanjang dalam dunia — memandangkan gelombang ketiga penularan yang bermula di Malaysia pada bulan September akibat Pilihan Raya Negeri Sabah ini masih lagi belum berjaya dikawal sepenuhnya kerana kita masih belum dapat melihat kadar peningkatan dalam julat tiga dan dua angka sehari.

Laporan mengenai gelombang ketiga wabak ini di Malaysia ini juga perlulah diterbitkan kepada pihak awam, supaya seluruh negara boleh memanfaatkannya — memandangkan terdapat kerisauan mengenai kemungkinan berlakunya gelombang keempat wabak ini dalam negara kita.

Laporan mengenai bagaimana untuk kita memastikan kejayaan dan penyiapan program imunisasi Covid-19 kebangsaan menjelang tempoh sambutan Hari Kebangsaan – Hari Malaysia juga perlu diterbitkan kepada pihak awam.

Menurut sumber data yang ada, statistik pendaftaran untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:

Perlis 37,444 19.9%
Kedah 302,722 18.9%
P.Pinang 429,579 31.0%
Perak 413,843 21.4%
Selangor 1,720,352 35.5%
K.Lumpur 532,032 35.9%
Putrajaya 41,662 73.2%
Negeri Sembilan 242,288 28.5%
Melaka 187,290 26.7%
Kelantan 157,824 12.8%
Terengganu 148,107 17.6%
Pahang 230,182 18.7%
Johor 759,080 26.7%
Sabah 267,388 9.1%
Labuan 20,118 27.8%
Sarawak 466,037 22.5%
Jumlah 5,955,944 24.6%

Perhatian khusus perlu diberikan kepada Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, dan Perlis memandangkan kadar pendaftaran di negeri-negeri ini masih pun belum mencapai 20 peratus. 

Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 20 Mac 2021

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.