A Tale of Two Cities — Wuhan and New York


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

CNN news headlined: “Thousands packed the streets to celebrate New Year’s Eve in Wuhan, where the coronavirus first emerged, as other cities worldwide were deserted”.

This is the modern story of “A Tale of Two Cities”, the historical novel by Charles Dickens which I studied in the literature class when I was Form IV in Batu Pahat High School in 1958.

Dickens’ famous opening sentence is particularly relevant to the opening of the year 2021:

“It was the best of times, it was the worst of times, it was the age of wisdom, it was the age of foolishness, it was the epoch of belief, it was the epoch of incredulity, it was the season of Light, it was the season of Darkness, it was the spring of hope, it was the winter of despair, we had everything before us, we had nothing before us, we were all going direct to Heaven, we were all going direct the other way—in short, the period was so far like the present period, that some of its noisiest authorities insisted on its being received, for good or for evil, in the superlative degree of comparison only.”

The latest data of the Covid-19 pandemic globally is over 85 million Covid-19 infections and over 1.85 million fatalities. When Joe Biden is sworn in as 46th President of the United States on Inauguration Day on January 20, the global cumulative total is likely to exceed 100 million Covid-19 cases and over 2 million Covid-19 fatalities.

That is the magnitude of the global disaster that is the Covid-19 pandemic. When the World Health Organisation (WHO) declared Covid-19 as a pandemic on March 11, there were only 118,000 Covid-19 cases in the world. Now, it has increased 720 times in less than 10 months and is surging to new heights in daily increase of new Covid-19 infections.

The sharp contrast between Wuhan and New York on the 2021 New Year’s Eve is an eloquent testimony of the difference between the two countries – with thousands packing the streets of Wuhan, which was ground zero of the coronavirus pandemic which reported the first Covid-19 cluster a year ago, to celebrate New Year’s Eve in style while New York, like many cities worldwide, were deserted as emergency public-health measures banished the usual crowds to welcome in the New Year.

It mirrors the difference between the East and West, where greater social discipline in the former enabled Covid SOPs like wearing masks, social distancing and hand sanitisation to be universally adopted to fight the pandemic in contrast to the latter.

Even India with over 10 million Covid-19 cases making it the second top country in the world after the United States (over 21 million cases) with most cumulative total of Covid-19 cases, is different from the countries in the West – as it is the only top country in the world with a descending curve for daily increase of new Covid-19 infections – falling from the peak of 97,859 daily increase of new cases on Sept. 16, 2020 to a daily increase of 21,222 new cases yesterday.

In contrast, the United States has still to reach the peak of daily increase of new cases, having reached 236,387 daily increase of new cases yesterday – slightly below the peak of a daily increase of 255,809 new cases on Dec. 18 last year.

United States has been reduced from a superpower to a third-world nation by the Covid-19 pandemic with the ridiculous situation where the question whether people should wear masks in public or not is still a leading polarising issue in America almost one year after the Covid-19 pandemic!

When Malaysia first imposed the Movement Control Order (MCO) on March 18, Malaysia had 790 cumulative total of Covid-19 cases and two fatalities, China 80,928 cases and 3,245 fatalities, and the United States 10,101 cases and 170 deaths.

Now, Malaysia has a cumulative total of 119,077 Covid-19 cases and 494 fatalities, China 87,117 cases and 4,634 fatalities and the United States 21,081,796 cases and 360,033 fatalities.

At one time, Malaysia was some 50 positions behind China, the country where the pandemic first started and which had 40 times the population of Malaysia. Now, we are 10 positions ahead of China – Malaysia 119,077 cases vs China’s 87,117 cases.

If Malaysia cannot be a China in the fight against the Covid-19 pandemic, let us not be a United States of America on the Covid-19 issue.

The much-hyped arrival of Covid-19 vaccines are not a panacea to the pandemic, and there is now vaccine chaos in the United States.

The media has reported that at least 123,639 people were in hospital in the United States with coronavirus on Saturday, marking 32 consecutive days that the number of hospitalizations has exceeded 100,000.

Cases skyrocketed after the Thanksgiving holiday, and impacts from Christmas and New Year’s celebrations are still unfolding.

Health experts worry what will happen to those numbers if infections continue to spread as they fear a total collapse of the health care system in the United States if there is another spike of Covid-19 cases.

In the December 2020 Bloomberg Covid Resilience Ranking released on December 21, 2020, we are behind 9 countries in Asia (namely Taiwan, Singapore, Japan, South Korea, China, Vietnam, Hong Kong, Thailand and Bangladesh) and only ahead of four Asian countries (namely Pakistan, Indonesia, Philippines and India).

Can we do better in the January 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking?

Is the Covid-19 pandemic on the priority agenda in the first Cabinet meeting in 2021 as the first quarter of the year looks quite grim for Malaysians.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, January 4, 2021)


Kisah Antara Dua Bandar — Wuhan dan New York

Tajuk Akhbar CNN: “Ribuan manusia bersesak di jalan raya untuk menyambut kedatangan tahun baharu di Wuhan, di mana koronavirus ini mula muncul, sedangkan bandar-bandar di negara lain lengang”.

Kisah ini adalah versi moden novel bersejarah “A Tale of Two Cities” karya Charles Dicken yang merupakan bahan pembelajaran sastera semasa saya seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Tinggi Batu Pahat pada tahun 1958.

Ayat pembukaan yang terkenal yang ditulis Dickens dalam novel ini amat berpatutan untuk menggambarkan permulaan tahun 2021:

“Ia adalah masa yang terbaik, ia adalah masa yang terburuk, ia adalah zaman kebijaksanaan, ia adalah zaman kebodohan, ia merupakan kemuncak kepercayaan, ia merupakan kemuncak ketidakpercayaan, ia adalah musim Kecerahan, ia adalah musim Kegelapan, ia merupakan musim bunga yang penuh harapan, ia merupakan musim sejuk yang penuh kekecewaan, kita mempunyai segalanya di depan kita, kita tidak mempunyai apa-apa sekali pun, kita semua akan ke syurga, kita semua akan ke sebaliknya — pendeknya, era ini amatlah serupa dengan masa semasa, sehingga pihak yang berkuasanya berkeras supaya ia diterima, dengan baik atau buruk, dalam perbandingan yang terlalu jauh sahaja.”

Data terkini mengenai wabak Covid-19 mencatatkan lebih daripada 85 juta jangkitan di seluruh dunia dengan lebih daripada 1.85 juta kematian akibat wabak ini. Apabila Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 pada 20 Januari ini, jumlah kes terkumpul global dijangkakan akan melebihi 100 juta kes dan melebihi 2 juta kematian.

Inilah skala bencana global yang dibawa oleh wabak Covid-19.

Semasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik pada 11 Mac, hanya terdapat 118,000 kes di seluruh dunia. Kini, angka ini telah meningkat 720 kali ganda dalam tempoh kurang daripada 10 bulan dan terus meningkat dengan mencatatkan rekod baharu peningkatan harian Covid-19.

Perbezaan ketara di antara Wuhan dan New York dalam sambutan tahun baharu 2021 ini menjadi saksi perbezaan di antara dua negara tersebut — dengan ribuan orang bersesak di jalan raya di Wuhan, yang merupakan tempat wabak ini mula tular ke seluruh dunia, menyambut tahun baharu dengan penuh gaya, sedangkan New York, seperti kebanyakkan bandar-bandar lain di seluruh dunia, kosong tanpa sebarang sambutan, memandangkan langkah-langkah kesihatan awam untuk mengawal penularan wabak ini dikuatkuasakan.

Perkara ini menunjukkan perbezaan jelas di antara dunia Timur dan Barat, di mana disiplin sosial yang lebih baik di negara-negara Timur, membolehkan kejayaan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, dan pembersihan tangan, digunapakai secara universal untuk melawan penularan wabak ini berbeza dengan situasinya di negara-negara Barat.

Malah India, yang merupakan negara kedua selepas Amerika Syarikat dengan lebih daripada 10 juta kes Covid-19 menunjukkan perbezaan dengan negara-negara barat — kerana ia merupakan satu-satunya negara dengan banyak kes yang menunjukkan lekuk penurunan kes harian Covid-19 — mencatatkan penurunan daripada kemuncak 97,859 kes baharu pada 16 September 2020 kepada peningkatan harian hanya sebanyak 21,222 kes semalam.

Perkara ini amat berbeza di Amerika Syarikat, di mana negara tersebut masih lagi belum menemui kemuncak peningkatan harian kesnya, mencatatkan 236,387 kes baharu semalam — hanya sedikit di bawah rekod 255,809 kes pada 18 Disember tahun lalu.

Amerika Syarikat telah berubah daripada sebuah kuasa hebat dunia kepada sebuah negara ketiga dunia akibat wabak Covid-19 ini, dengan situasi yang tidak masuk akal di mana persoalan sama ada rakyat secara amnya perlu memakai pelitup muka untuk mengekang penularan wabak ini masih menjadi isu yang diperdebatkan, selepas lebih daripada setahun wabak ini menular!

Semasa Malaysia mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac, Malaysia mencatatkan 790 kes terkumpul Covid-19, dengan dua kematian, China mencatatkan 80,928 kes terkumpul dengan 3,245 kematian, dan Amerika Syarikat mencatatkan 10,101 kes dengan 170 kematian.

Kini, Malaysia mencatatkan sejumlah 119,077 kes terkumpul dengan 494 kematian, China mencatatkan 87,117 kes dengan 4,634 kematian, dan Amerika Syarikat mencatatkan 21,081,796 kes dengan 360,033 kematian.

Pada satu masa dahulu, Malaysia dan China — negara di mana wabak ini mula tular dan mempunyai lebih daripada 40 kali ganda jumlah penduduk berbanding dengan Malaysia — dipisahkan dengan lebih daripada 50 kedudukan dalam carta negara-negara dengan jumlah kes terkumpul yang tertinggi. Kini kita berada di sepuluh kedudukan lebih atas berbanding dengan China, dengan 119,077 kes di Malaysia berbanding dengan 87,117 kes di China.

Jika Malaysia tidak mampu untuk menjadi seperti China dalam melawan wabak Covid-19 ini, sekurang-kurangnya janganlah kita menjadi seperti Amerika Syarikat.

Vaksin Covid-19 yang dinanti-nantikan ini bukanlah penyelesaian kepada wabak ini, malah kini terdapat huru-hara berkaitan dengan vaksin ini di Amerika Syarikat.

Media telah melaporkan yang sekurang-kurangnya 123,639 orang masih berada di hospital di Amerika Syarikat akibat koronavirus ini setakat hari Sabtu yang lepas, menandakan hari ke-32 berturut-turut angka hospitalisasi berada di atas paras 100,000 pesakit.

Kes baharu telah melonjak selepas cuti Thanksgiving dan impak daripada sambutan Krismas dan Tahun Baru masih sedang berkembang.

Pakar-pakar kesihatan risau mengenai apa yang berlaku kepada angka-angka ini sekiranya jangkitan terus menular, dan mereka bimbang mengenai keruntuhan sistem kesihatan di Amerika Syarikat sekiranya berlakunya satu lagi lonjakan kes baharu.

Pada 21 Disember 2020, Carta Ketahanan Covid Bloomberg diterbitkan dan kita berada di belakang sembilan buah negara di Asia (Taiwan, Singapura, Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Hong Kong, Thailand, dan Bangladesh), dan berada di hadapan hanya empat negara Asia iaitu Pakistan, Indonesia, Filipina, dan India.

Adakah kita mampu untuk berada dalam keadaan yang lebih baik dalam Carta Ketahanan Covid Bloomberg Januari 2021?

Adakah Covid-19 ini masih lagi menjadi agenda utama dalam mesyuarat Kabinet pertama 2021, memandangkan suku pertama tahun ini kelihatan suram untuk rakyat Malaysia.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 4 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.