Mahathir wrong when he said that without his help, DAP could not get more than 18 seats as DAP won 24 parliamentary seats in 1986, 20 in 1990, 28 in 2008 and 38 in 2013 before winning 42 seats in 2018


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

In his interview with China Press, former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad said: “I had helped the opposition to win (in GE14) because I brought in Malay support. You know DAP, which could never get more than 18 seats, get 42 seats because of the Malay support I brought in”.

Mahathir was wrong when he said that without his help, DAP could not get more than 18 seats as DAP won 24 parliamentary seats in 1986, 20 seats in 1990, 28 seats in 2008 and 38 seats in 2013 before winning 42 parliamentary seats in 2018.

Although the DAP had been demonised by lies, falsehoods and fake news as anti-Malay, anti-Islam and anti-Malay Rulers for the past five decades, the DAP had right from its formation in 1966 been committed to a multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural Malaysian objective and had never been against any race or religion or against the monarchical system in Malaysia.

We want every person in Malaysia, whether Malay, Chinese, Indian, Kadazan or Iban to have a Malaysian consciousness, identity and objective.

DAP created history in Malaysia when a DAP leader went to jail and lost his qualification as a Member of Parliament for the dignity and honour of an underaged Malay girl – Lim Guan Eng, when he was MP for Kota Melaka.

In the 1969 general election, two Malay leaders in the DAP were elected State Assemblymen, and before the 1974 general election, I had announced that if the DAP had captured power in Perak state, the DAP State Assemblyman for Tapah Road, Ibrahim Singgeh would be the Perak Mentri Besar.

Among DAP MPs and State Assembly members were Ahmad Nor, Ariff Sabri Abdul Aziz, Zairil Khir Johari (Penang State Exco), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (former Deputy Minister for Water, Land and Natural Resources), Ariffin Omar, Syerleena binti Abdul Rashid, Abdul Aziz bin Bari (Perak Opposition Leader), Young Syefura binti Othman, Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (former Johore Exco), Edry Faizal Eddy Yusof, Jamaliah Jamaluddin, Mohd Asri, Fadzlan Yahya, Mohd Salleh Nakhoda Itam, Daeng Ibrahim and Hassan Ahmad.

In 1969, I was asked what the DAP stood for and I reduced the DAP’s objectives to five points, viz:

(i) That Malaysia is a multi-racial, multilingual and multi-cultural society and that a viable Malaysian nation can only be formed if all the races and groups in the country are given an equal stake under the Malaysian sun.

(ii) That in a multi-racial society like Malaysia, violence and any ideology of force, as advocated by the Communist Party of Malaya, could only lead to the disintegration of the country because it would quickly degenerate into a racial conflict. Force and violence in all forms must be deplored.

(iii) That in a multi-racial Malaysian society, if any racial group feels it is backward, either educationally, economically, culturally, linguistically or politically, then racial antagonism will be created. Every attempt must be made to remove these imbalances between the races and groups.

(iv) That poverty is not a communal problem. It is a socio-economic problem and to regard poverty as a racial problem is to increase racial antagonism in the country.

(v) Establish a clean, honest, efficient, incorruptible and effective government.

DAP has remained true to these five principles in the last 55 years and this is why the DAP will adhere to these principle and will not work with kleptocratic UMNO leaders, which have specifically expanded from two to three persons in the public domain.

With the diabolical campaign of misinformation, lies, falsehoods and fake news, which were intensified in the last 12 years since 2008, that the DAP was anti-Malay, anti-Islam and anti-Malay Rulers, we faced an uphill battle to win over the support of the Malays, but we have never given up this challenge.

I admit that Mahathir had helped in DAP winning 42 parliamentary seats in the 2018
General Election, but to say that the DAP had not been able to win more than 18 parliamentary seats is totally incorrect.

In his interview, UMNO veteran Tengku Razaleigh revived Burhanudin al-Helmy’s idea to give “Malay citizenship” to everyone regardless of race.

As I said in my 2021 New Year Message yesterday, Malaysians must learn the lessons why we are straggling behind other countries. We must forge ahead with a new national consensus to return to the quest of a world-class great nation and escape the fate and ignominy of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

As Dr. Mohamed Rafick Khan rightly said in his latest comment entitled “Ini Malaysia bukan Malaya atau Tanah Melayu”.

Let us move forward with the times.

The first step is for all Malaysians to agree that they must regard themselves as Malaysians – and that the slogan for all Malaysians must be “Malaysians Unite” and not “Malays Unite”, “Chinese Unite”, ”Indians Unite”, “Ibans Unite” or “Kadazans Unite”.

Only then can we achieve a Bangsa Malaysia as envisioned in the failed Vision 2020.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 1st January 2021)


Mahathir salah apabila beliau mengatakan yang DAP tidak akan memenangi lebih daripada 18 kerusi Parlimen tanpa bantuannya, sedangkan DAP memenangi 24 kerusi pada tahun 1986, 20 kerusi pada tahun 1990, 28 kerusi pada tahun 2008, dan 38 kerusi pada tahun 2013 sebelum memenangi 42 kerusi pada tahun 2018

Dalam wawancaranya bersama dengan China Press, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan: “Saya telah membantu pakatan pembangkan untuk menang (dalam PRU14) kerana saya membawa sokongan orang Melayu. DAP yang tidak pernah mampu memenangi lebih daripada 18 kerusi, memenangi 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang di bawa oleh saya”.

Kenyataan Mahathir yang mengatakan DAP tidak akan memenangi lebih daripada 18 kerusi Parlimen tanpa bantuannya ini salah, DAP pernah memenangi 24 kerusi pada tahun 1986, 20 kerusi pada tahun 1990, 28 kerusi pada tahun 2008, dan 38 kerusi pada tahun 2013 sebelum memenangi 42 kerusi pada tahun 2018.

Walaupun DAP telah dimomokkan dengan pelbagai penipuan, fitnah, dan berita palsu, kononnya anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja selama lima dekad yang lepas, DAP telah kekal komited sejak penubuhannya pada tahun 1966 terhadap cita-cita sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya, dan DAP tidak pernah sama sekali menentang mana-mana kaum ataupun agama mahupun menentang sistem raja berpelembagaan di Malaysia.

Kami mahukan setiap orang di Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban untuk mempunyai kesedaran, identiti, dan cita-cita sebagai rakyat Malaysia.

DAP mencipta sejarah di Malaysia apabila seorang pemimpin DAP telah ke penjara dan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen kerana mempertahankan maruah dan kehormatan seorang gadis Melayu — pemimpin tersebut adalah Lim Guan Eng, semasa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, dua orang pemimpin Melayu daripada DAP telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan sebelum Pilihan Raya Umum 1974, sekiranya DAP berjaya memenangi negeri Perak, ADUN DAP Tapah Road, Ibrahim Singgeh akan menjadi Menteri Besar Perak.

Antara Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri adalah Ahmad Nor, Ariff Sabri Abdul Aziz, Zairil Khir Johari (Exco Pulau Pinang), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (mantan Timbalan Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli), Ariffin Omar, Syerleena Binti Abdul Rashid, Abdul Aziz Bin Bari (Ketua Pembangkang Perak), Young Syefura Binti Othman, Sheikh Umar Bagharib Bin Ali (mantan Exco Johor), Edry Faizal Eddy Yusof, Jamaliah Jamaluddin, Mohd Asri, Fadzlan Yahya, Mohd Salleh Nakhoda Itam, Daeng Ibrahim, dan Hassan Ahmad.

Dalam tahun 1969, saya ditanyakan apakah yang perjuangan DAP dan saya rumuskan kepada lima perkara seperti berikut:

(i) Bahawa Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum, bahasa, dan budaya dan bahawa negara Malaysia yang berdaya maju hanya dapat dibentuk jika semua kaum dan kumpulan di negara ini diberi kepentingan yang sama di bawah langit yang sama.

(ii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, keganasan dan ideologi yang berteraskan paksaan, seperti yang disokong oleh Parti Komunis Malaya, hanya akan menyebabkan perpecahan negara kerana ia akan cepat menjunam menjadi konflik antara kaum. Kekerasan dan keganasan dalam segala bentuk mesti ditolak.

(iii) Bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, jika ada kumpulan kaum yang merasa mundur, baik dari segi pendidikan, ekonomi, budaya, bahasa atau politik, maka permusuhan antara kaum akan wujud. Setiap usaha mesti dilakukan untuk menghilangkan ketidakseimbangan antara kaum dan kumpulan ini.

(iv) Kemiskinan bukanlah masalah komunal. Ia adalah masalah sosio-ekonomi dan menganggap kemiskinan sebagai masalah perkauman hanya akan meningkatkan permusuhan antara kaum di negara ini.

(v) Membentuk pentadbiran yang bersih, jujur, cekap, dan berkesan.

DAP terus berpegang dengan kelima-lima prinsip ini selama 55 tahun yang lepas, dan DAP akan terus berpegang erat dengan prinsip-prinsip ini, dan kerana ini juga, DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang kleptokratik, yang secara rasminya telah berkembang daripada sekumpulan dua orang kepada kini tiga orang.

Dengan kempen jahat penipuan, fitnah, dan berita palsu, yang bertambah kuat dalam tempoh 12 tahun terakhir sejak 2008, yang mengatakan kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, kami berhadapan dengan cabaran yang sengit untuk memenangi sokongan orang Melayu, namun kami tidak pernah berputus asa dengan cabaran ini.

Saya mengakui bahawa Mahathir telah sedikit sebanyak membantu kemenangan 42 kerusi Parlimen DAP dalam Pilihan Raya Umum 2018, tetapi untuk mengatakan yang DAP tidak akan berjaya memenangi lebih daripada 18 kerusi itu adalah salah sama sekali.

Dalam wawancaranya, pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh mengembalikan semula idea Burhanudin Helmy untuk memberikan “kerakyatan Melayu” kepada semua orang tanpa mengira kaum.

Seperti yang saya katakan dalam Perutusan Tahun Baru 2021 saya semalam, rakyat Malaysia perlu meneliti dan menghayati sebab-sebab kita mundur ke belakang berbanding dengan negara-negara lain. Kita perlu terus mara ke hadapan dengan sebuah konsensus nasional baharu untuk mengembalikan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berkelas dunia dan menyelamatkan negara kita daripada nasib menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mohamed Rafick Khan dalam komen terkini beliau yang mengatakan “Ini Malaysia, bukan Malaya atau Tanah Melayu”.

Marilah kita bergerak ke hadapan dengan peredaran zaman.

Langkah pertama ke arah adalah dengan semua rakyat Malaysia bersetuju untuk melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada Bangsa Malaysia — dan di mana slogan untuk semua rakyat adalah “Perpaduan Bangsa Malaysia” dan bukannya “perpaduan Melayu”, “perpaduan Cina”, “perpaduan India”, “perpaduan Iban”, atau “perpaduan Kadazan”.

Hanya dengan cara ini sahaja dapat kita realisasikan cita-cita Bangsa Malaysia seperti yang diiltizamkan dalam Wawasan 2020 yang telah gagal.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 1 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.