Let the drawing up of the new national consensus for a great Malaysia be a bottom-up affair, involving holding the government to account for Covid-19 responses, demanding explanation why Malaysia is paying RM3 billion to immunise 6.4 million Malaysians when the expose from a Belgian Minister shows it should be cheaper by over 20 times


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The 32 million Malaysians must take ownership of the idea of a new national consensus for a great Malaysia in 2040 and the drafting of the new national consensus should be a bottom-up and not a top-down affair.

I have written in the past few days of an urgent need for a new national consensus as the Merdeka Constitution 1957, the Malaysian Constitution 1963, the Rukun Negara 1970 and the Vision 2020 promulgated in 1991 have all failed as nation-building instruments to the extent that there are now Ministers in the Cabinet who reject these basic documents of Malaysian nation-building.

The process of drawing up a new national consensus for a great Malaysia in 2040 should hold the government to account for the “once-in-a-century” Covid-19 pandemic responses, why the Muhyiddin government has failed to draw up a “all-of-government” and “whole-of-society” strategy in the war against the Covid-19 pandemic, and to demand explanation for the many failings of the government responses in the Covid-19 pandemic.

In particular, the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin should explain why Malaysia is paying RM3 billion to immunise 6.4 million Malaysians why an expose by a Belgian Minister shows that it should be cheaper by over 20 times.

Has the Malaysian Anti-Corruption Commission acted on this information of the Belgian Minister to ensure that no corruption or abuses of power is permitted in the government’s responses to the Covid-19 pandemic, and that the government’s response in the Covid-19 pandemic is single-minded one focused on saving lives and livelihoods and ensuring national unity and economic recovery?

And why the Muhyiddin government is only expected to receive the first batch of Covid-19 vaccine from Pfizer in February next year – in contrast to Singapore which will begin a widespread vaccination programme in the first week of January with the aged and priority work first, and a target to vaccinate the entire population of 5.3 million as soon as possible?

DAP MP for Bangi, Ong Kian Ming has expressed full support and put forward his views about how there could be a “political reset” to consolidate the strength of the 108 Opposition MPs in Parliament.

This is a most useful contribution in the process to formulate a new national consensus to build a great Malaysia in 2040.

One may agree or disagree with Kian Ming’s specific views and proposals, but the beginning of the process to formulate a new national consensus and for Malaysians to think about the future are urgently needed.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, December 21, 2020)


Penyusunan semula konsensus nasional yang baru untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat perlu mengambil pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up), termasuk meneliti bagaimana cara kerajaan menguruskan krisis Covid-19, dengan menuntut penjelasan mengapa Malaysia perlu membayar RM3 bilion untuk mendapatkan imunisasi bagi 6.4 juta rakyat Malaysia sedangkan Menteri Belgium mendedahkan bahawa harga vaksin tersebut sebenarnya 20 kali ganda lebih murah

32 juta rakyat Malaysia mesti memikul idea konsensus nasional baru untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat pada tahun 2040 dan penyusunan konsensus nasional yang baru harus mengambil pendekatan dari bawah ke atas dan bukan dari atas ke bawah.

Saya telah menyatakan sebelum ini tentang keperluan mendesak untuk merangka konsensus nasional yang baru kerana Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963, Rukun Negara 1970 dan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menemui kegagalan sebagai instrumen pembangunan negara sehinggakan terdapat Menteri yang terang-terangan menolak dokumen asas pembinaan negara Malaysia ini.

Proses menyusun konsensus nasional baru untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat pada tahun 2040 harus memaksa kerajaan untuk bertanggungjawab atas kegagalannya dalam menguruskan pandemik Covid-19, termasuk kegagalan kerajaan Muhyiddin untuk menerapkan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan pandemik Covid-19, dan menuntut penjelasan atas banyak lagi kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, khususnya, harus menjelaskan mengapa Malaysia perlu membayar RM3 bilion untuk menyediakan vaksin kepada 6.4 juta rakyat Malaysia sedangkan Menteri Belgium mendedahkan bahawa harga vaksin tersebut sebenarnya 20 kali ganda lebih murah.

Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah bertindak berdasarkan maklumat yang didedahkan Menteri Belgium ini untuk memastikan bahawa tidak terdapat unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam usaha memerangi Covid-19?

Mengapa kerajaan Muhyiddin hanya menjangkakan yang kumpulan pertama yang akan diberikan vaksin Covid-19 dari Pfizer akan menerima vaksin tersebut pada bulan Februari tahun depan – sedangkan Singapura akan memulakan program vaksinasi secara meluas lebih awal iaitu pada minggu pertama Januari dengan orang yang berusia dan bekerja dalam sektor penting diberikan keutamaan, malah berjanji untuk secepat mungkin memberikan vaksin kepada keseluruhannya rakyatnya yang seramai 5.3 juta orang?

Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming telah menyatakan sokongan penuh dan mengemukakan pandangannya tentang bagaimana untuk melakukan “reset politik” bagi menyatukan kekuatan 108 anggota Parlimen Pembangkang di Parlimen.

Ini merupakan sumbangan yang paling berguna dalam proses merumuskan konsensus nasional baru untuk membina Malaysia yang hebat pada tahun 2040.

Mungkin ada yang setuju atau tidak setuju dengan pandangan dan cadangan khusus Kian Ming, tetapi permulaan proses untuk merumuskan konsensus nasional baru dan memberikan idea untuk rakyat Malaysia memikirkan masa depan adalah sangat diperlukan.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Isnin, 21 Disember 2020:)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.