Anwar assured that DAP leadership had never proposed a change of Opposition Leader


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia is surging ahead in the stakes for the most cumulative total of Covid19 cases in the world – leaving China ranked No. 80 behind, beating Bahrain to be ranked No. 78 with 91,969 cases. Today, Malaysia will improve its position to be ranked No. 77 if its daily increase of Covid-19 infections today reaches1,792 cases.

This is not a world achievement that Malaysians can be proud of, just as it is not national honour and glory for Malaysia to scale the heights of a global kleptocracy before the 14th General Election on May 9, 2018.

These are signs that the nation is spiralling quickly downwards to become a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

This is why there is an urgent need for a new national consensus for the Merdeka Constitution 1957, the Malaysian Constitution 1963, the Rukun Negara 1970 and the Vision 2020 promulgated in 1991 have all failed – to the extent that there are now Ministers in the Cabinet who reject these basic documents of Malaysian nation-building.

There must be reset of nation-building policies after these failures.

Six year ago, in December 2014, a group of 25 prominent Malays, comprising former top civil servants, judges, ambassadors and scholars, issued a joint statement calling on the then Prime Minister , Datuk Seri Najib Razak to show leadership as it was time for moderate Malays to speak up as extremist, intolerant and immoderate voices did not speak for Malays.

The group said it was “deeply concerned” and found it necessary to take a public position given the consequences of vitriolic rhetoric on race relations and political stability in the country.

They also called on like-minded moderate Malays and Muslims to speak up for a rational and informed discussion on Islam in the country.

One of the prominent Malays in this group, Ahmad Kamil, a diplomat for 34 years before his retirement as secretary-general of the Ministry of Foreign Affairs.and former special envoy to the prime minister, said

“I do not want my grandchildren to live in a Talibanised country.

“I come from a background of people of different races and we (back then) never questioned who you are. Today, there are so many discordant and divisive issues.

“It is time all of us got up from sitting on our backsides.”

Unfortunately, this call by the 25 prominent Malays six years ago did not result in a new national consensus on nation-building policies, and the nation had to wait for the 14th General Election on May 9, 2018 to attempt a reset of nation-building policies.

But the Pakatan Harapan government as too short-lived as it was toppled after 22 months by the Sheraton Move conspiracy which ushered in a backdoor and illegitimate jumbo-sized Muhyiddin Cabinet.

What was the most toxic development in the past 32 months of Pakatan Harapan and Perikatan Nasional governments since the 14th General Election on May 9, 2018?

It is the systematic campaign of lies, falsehood and fake news to polarise the racial and religious situation the country by poisoning the Malay mind to make Malays believe that Malay rights, dignity and future were at stake unless UMNO is returned to power for the Pakatan Harapan was nothing but a DAP government and the then Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad nothing but a stooge of DAP, and the lies that DAP was anti-Malay, anti-Islam, anti-Sultans and even “communist”.

As a result, the lines were drawn in the political battlefield – Malaysian politics vs Malay politics.

If the Malays fell hook, line and sinker to the UMNO lies, falsehoods and fake news, the only result is racial and religious polarisation, and all Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans and Orang Asli, will be the victims.

This is because Malaysia can only become a world-class great nation if we could leverage on its unique position as the confluence of four great civilisations in the world to build a united, harmonious, democratic, just, prosperous and progressive world-class nation.

If the policies of Malay politics and hegemony had succeeded in the past 50 years to uplift the Malay masses, the ordinary Malays would not be so poor and insecure today that Khoo Boo Teik, a retired professor writing for the Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), a think tank at the National University of Singapore, could pen a 19-page paper entitled “Malay Politics: Parlous Condition, Continuing Problems”.

There must begin a new beginning for the Malaysian nation=building process with a new national consensus to make Malaysia “a beacon of light in the difficult and distracted world” and not condemn Malaysia to become the Venezuela or Zimbabwe of Asia.

There are those who do not want a new national consensus for Malaysia and are doing their utmost to sabotage its birth.

When I met the Parliamentary Opposition Leader, Anwar Ibrahim, on Friday, I assured him that the DAP leadership had never proposed a change of Opposition Leader, but the Opposition must set forth in a new direction focussing on the need to strengthen and consolidate all opposition forces in the country through a new national consensus.

I am taken aback by the latest statement of the Pakatan Harapan secretary-general as he must speak on behalf of all three parties in Opposition coalition and not for one political party.

Every day, we are shocked by new evidence of Malaysia spiralling down the trajectory of kleptocracy, kakistocracy and a failed state in 2040, whether it be the latest announcement by the Muhyiddin government that it expects to receive the first batch of Covid-19 vaccine from Pfizer in February next year – in contrast to Singapore which will begin a widespread vaccination programme in the first week of January with the aged and priority work first, and a target to vaccinate the entire population of 5.3 million as soon as possible – or the fate of the “lost generation”, which former education minister Mazlee Malik attempted to highlight in Parliament about the estimated one million students in Malaysia who will be impacted and sidelined from academic progress, particularly those in pre-school, Primary Year One and Year Two.

As I said yesterday, time and tide waits for no man and the time for action for a new national consensus is now as Malaysia must be spared the fate and ignominy of kleptocracy, kakistocracy and a failed state in 2040.
siang

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 20th December 2020)


Tiada sebarang cadangan daripada pimpinan DAP untuk menukar Ketua Pembangkang

Kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia terus-menerus meningkat berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia — meninggalkan China yang kini berada di tempat ke-80, dan mengalahkan Bahrain dengan merampas tempat ke-78 dengan 91,969 kes. Hari ini, Malaysia bakal mara lagi ke kedudukan ke-77 sekiranya jumlah jangkitan baharu ini melebihi 1,792 kes.

Ini bukanlah satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana negara kita berada di kemuncak kleptokrasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Perkara ini adalah petanda yang negara kita sedang menjunam ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal.

Kerana inilah perlunya untuk suatu konsensus kebangsaan baharu, memandangkan Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963, Rukun Negara 1970, dan Wawasan 2020 yang dirangka pada tahun 1991 semuanya telah gagal — sehinggakan kini terdapat menteri di dalam Kabinet yang menolak dokumen-dokumen asas pembinaan negara bangsa Malaysia ini.

Kita memerlukan suatu penetapan semula polisi pembinaan negara bangsa selepas kegagalan-kegagalan ini.

Enam tahun yang lepas, pada bulan Disember 2014, sekumpulan 25 orang Melayu yang terkenal, daripada kalangan mantan penjawat awam kanan, hakim, duta, dan para ilmuan, telah mengeluarkan satu kenyataan bersama, menyeru Perdana Menteri semasa itu, Datuk Seri Najib Razak untuk menunjukkan kepimpinan memandangkan masanya telah tiba untuk golongan Melayu moderat untuk bersuara melawan unsur-unsur ekstremisme dan mereka yang tidak mahu bertoleransi dan berserdehana.

Kumpulan tersebut mengatakan yang mereka “amat bimbang” dan mendapati perlu untuk mereka mengambil satu pendirian awam memandangkan kesan berat yang dibawa oleh retorik toksik dalam hubungan antara kaum dan kestabilan politik di Malaysia.

Mereka juga menyeru kepada golongan Melayu dan Muslim moderat yang lain untuk bersuara, bagi mencetuskan perbincangan yang bermanfaat dan rasional mengenai Islam dalam negara kita.

Salah seorang daripada mereka ini, Ahmad Kamil, yang merupakan seorang diplomat selama 34 tahun sebelum persaraan beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan sebagai Duta Khas Perdana Menteri, telah mengatakan:

“Saya tidak mahu melihat cucu saya membesar dalam sebuah negara Taliban.

“Saya datang daripada satu latar belakang masyarakat berbilang kaum, dan kami (pada masa dahulu) tidak pernah mempersoalkan latar belakang masing-masing. Hari ini, terdapat terlalu banyak isu yang memecah-belahkan masyarakat.

“Sudah tiba masanya untuk kita semua bangkit.”

Malangnya, seruan daripada kumpulan ini enam tahun yang lalu tidak membawa kepada pembentukan konsensus kebangsaan baharu dalam polisi pembinaan negara bangsa, dan negara kita terpaksa menunggu sehingga PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 untuk mencuba menetapkan semula polisi pembinaan negara bangsa kita.

Tetapi, Kerajaan Pakatan Harapan ini tidak panjang umurnya memandangkan ia telah ditumbangkan selepas 22 bulan oleh konspirasi Langkah Sheraton yang telah membawa masuk kerajaan pintu belakang Muhyiddin yang tidak mempunyai keabsahan dan bersaiz gergasi.

Apakah perkembangan yang paling toksik dalam tempoh 32 bulan pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sejak berlangsungnya PRU-14 pada 9 Mei 2018?

Semestinya ia adalah kempen penipuan, fitnah, dan berita palsu yang berjalan secara sistematik yang bertujuan untuk memecah-belahkan masyarakat dengan memainkan isu-isu perkauman dan keagamaan dalam negara. Di mana terdapat cubaan untuk meracun minda orang Melayu untuk percaya yang hak, maruah, dan masa hadapan orang Melayu sedang diancam, melainkan sekiranya UMNO kembali berkuasa, kerana kononnya kerajaan Pakatan Harapan hanyalah satu kerajaan DAP dan Perdana Menteri semasa itu, Tun Dr Mahathir ini hanyalah seorang pak turut DAP, dan perkara ini disertai dengan pelbagai fitnah yang mengatakan kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, malah DAP itu kononnya komunis.

Hasilnya, landskap politik negara telah berubah, kini wujud politik Malaysia dan politik Melayu.

Sekiranya orang Melayu terpedaya dengan penipuan, fitnah, dan berita palsu yang disebarkan oleh UMNO ini, akhirnya seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, mahupun Orang Asli akan menjadi mangsa polarisasi perkauman dan keagamaan di negara kita.

Malaysia hanya mampu menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia sekiranya kita mampu menggembeleng kedudukan unik kita sebagai pertemuan empat peradaban hebat dunia untuk membina sebuah negara yang bersatu-padu, harmoni, demokratik, adil, makmur, dan progresif.

Sekiranya polisi politik dan hegemoni Melayu ini berjaya dalam tempoh 50 tahun yang lepas untuk mengangkat taraf ekonomi orang Melayu, maka, orang Melayu hari ini tidak akan berada dalam keadaan yang miskin dan berasa tidak selamat seperti hari ini. Sehinggakan Khoo Boo Teik, seorang profesor yang telah bersara, boleh menulis satu artikel sepanjang 19 muka surat di Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS), yang bertajuk “Politik Melayu: Keadaan tidak Menentu, Masalah yang berterusan”.

Kita memerlukan permulaan baharu dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia dengan satu konsensus kebangsaan yang baharu, untuk menjadikan Malaysia satu “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu” dan bukannya untuk menjadikan Malaysia sebagai Venezuela atau Zimbabwe Asia.

Terdapat segolongan mereka yang tidak mahu wujudnya konsensus kebangsaan yang baharu ini dan mereka cuba sedaya upaya untuk mensabotaj usaha ini.

Semasa saya berjumpa dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim pada hari Jumaat yang lepas, saya telah memberikan jaminan kepada beliau yang pimpinan DAP tidak pernah mencadangkan penukaran Ketua Pembangkang, tetapi, kumpulan Pembangkang perlu mara ke hadapan dan arah yang baharu yang berfokuskan kepada keperluan untuk menguatkan dan merapatkan semua blok pembangkang dalam negara kita dengan sebuah konsensus kebangsaan yang baharu.

Saya terkejut dengan kenyataan terkini Setiausaha Agung Pakatan Harapan, kerana beliau perlulah bercakap bagi pihak ketiga-tiga parti dalam PH dan bukannya untuk hanya sebuah parti politik.

Setiap hari, kita dikejutkan dengan bukti baru yang menunjukkan negara kita kembali ke arah sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal menjelang 2040. Sama ada dengan pengumuman terkini daripada kerajaan Muhyiddin yang mengatakan kerajaan menjangkakan penerimaan kumpulan pertama vaksin Covid-19 daripada Pfizer pada bulan Februari tahun hadapan — berbanding dengan Singapura yang akan memulakan program vaksinasi secara besar-besaran dalam minggu pertama bulan Januari dengan memberikan keutamaan kepada golongan warga emas dan petugas penting dahulu, dengan sasaran untuk memberikan vaksin kepada seluruh 5.3 juta orang penduduk secepat mungkin. Begitu juga dengan nasib “generasi yang hilang”, seperti yang cuba ditonjolkan oleh mantan Menteri Pendidikan Maszlee Malik di Parlimen mengenai kira-kira sejuta pelajar sekolah di Malaysia yang akan terkesan dan dipinggirkan daripada kemajuan akademik, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di tadika dan pelajar sekolah tahun satu dan dua.

Seperti yang saya katakan semalam, masa tidak menunggu sesiapapun, dan masa untuk membentuk sebuah konsensus kebangsaan yang baharu adalah sekarang memandangkan Malaysia mesti diselamatkan daripada nasib menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal menjelang 2040.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 20 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.