It is most regrettable that for his own political survival as the eighth Prime Minister, Muhyuddin has compromised the 1957 Merdeka Constitution, Malaysia Agreement 1963 and 1970 Rukun Negara


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

It is most regrettable that for his own political survival as the eighth Prime Minister Malaysia and to avoid becoming the Malaysian Prime Minister for the shortest term, Tan Sri Muhyiddin Yassin has compromised the 1957 Merdeka Constitution, the 1963 Malaysia Agreement and the 1970 Rukun Negara.

Let me remind Muhyiddin of the constitutional position and the historical records of the nation with regard to secularism.

Article 3 of the Constitution of Malaysia which states that Islam is the official religion of the country, stipulates:

“Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation.”

In 1956, the Alliance Party submitted a memorandum to the Reid Commission,which was responsible for drafting the Malayan constitution.

The memorandum said: “The religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practicing their own religion and shall not imply that the state is not a secular state.”

The full text of the Memorandum was inserted into paragraph 169 of the Commission Report.

This suggestion was later carried forward in the Federation of Malaya Constitutional Proposals 1957 (White Paper), specifically quoting in paragraph 57: “There has been included in the proposed Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the Federation. This will in no way affect the present position of the Federation as a secular State….”

The Cobbold Commission also made another similar quote in 1962: “….we are agreed that Islam should be the national religion for the Federation. We are satisfied that the proposal in no way jeopardises freedom of religion in the Federation, which in effect would be secular.”

In December 1987, the Lord President of the Supreme Court, Salleh Abas described Malaysia as governed by “secular law” in a court ruling.

In the light of this constitutional and historical background, Muhyiddin’s speech at the Bersatu Annual General Meeting at the end of November where he declared war on “secularism” must be viewed with great concern by all Malaysians who abide by the 1957 Merdeka Constitution, the 1963 Malaysia Agreement and the 1970 Rukun Negara that the status of Islam as the official religion of Malaysia does not imply that Malaysia is not a secular state where there is freedom of religion throughout the country.

Malaysians are entitled to know whether Bersatu now follows PAS in refusing to accord recognition to the secular principles in the Malaysian Constitution, Malaysia Agreement 1963 and the Rukun Negara.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Batu Pahat on Sunday, 6th December 2020)


Amat dikesalkan apabila Muhyiddin sanggup berkompromi mengenai Perlembagaan Merdeka 1957, Perjanjian Malaysia 1963, dan Rukun Negara 1970 demi kelangsungan politik beliau sebagai Perdana Menteri kelapan

Menjadi satu perkara yang amat dikesali apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berkompromi mengenai Perlembagaan Merdeka 1957, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara 1970 hanya demi kelangsungan politik beliau sebagai Perdana Menteri kelapan dan untuk tidak menjadi Perdana Menteri dengan penggal terpendek dalam sejarah negara.

Izinkan saya mengingatkan Muhyiddin mengenai kedudukan perlembagaan dan catatan sejarah negara berkenaan dengan sekularisme.

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, menetapkan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Pada tahun 1956, Parti Perikatan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Reid, yang bertanggungjawab merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Memorandum tersebut mengatakan: “Agama rasmi Tanah Melayu adalah Islam. Pematuhan prinsip ini tidak akan menimbulkan kekangan kepada warganegara bukan Islam yang menganut dan mengamalkan agama mereka sendiri dan tidak bermaksud bahawa negara ini bukan sebuah negara yang sekular.”

Teks lengkap Memorandum ini dimasukkan ke dalam perenggan 169 Laporan Suruhanjaya tersebut.

Saranan ini kemudian dikemukakan dalam Cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Kertas Putih), yang secara khusus memetik dalam perenggan 57: “Di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dicadangkan terdapat perisytiharan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Perkara ini tidak akan dengan apa-apa cara sekalipun mengubah kedudukan semasa Persekutuan ini sebagai sebuah negara sekular….”

Suruhanjaya Cobbold ini juga sekali lagi membuat kenyataan yang serupa pada tahun 1962: “…. kami sepakat bahawa Islam harus menjadi agama rasmi bagi Persekutuan. Kami berpuas hati bahawa cadangan ini sama sekali tidak menggugat kebebasan beragama di Persekutuan ini, yang pada hakikatnya bersifat sekular. ”

Pada bulan Disember 1987, Tuan Yang Dipertua Mahkamah Persekutuan, Salleh Abas menyifatkan Malaysia sebagai ditadbir oleh “undang-undang sekular” dalam keputusan mahkamahnya.

Berdasarkan latar belakang perlembagaan dan sejarah ini, ucapan Muhyiddin pada Mesyuarat Agung Tahunan Bersatu pada akhir November di mana beliau mengisytiharkan perang terhadap “sekularisme” mesti diteliti dengan penuh kerisauan oleh semua rakyat Malaysia yang berpegang kepada Perlembagaan Merdeka 1957, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara 1970 bahawa status Islam sebagai agama rasmi Malaysia tidak bermaksud bahawa Malaysia bukan negara sekular yang menjamin kebebasan beragama di seluruh negara.

Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui sama ada Bersatu sekarang mengikuti PAS dengan enggan memberikan pengiktirafan kepada prinsip sekular dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Batu Pahat pada hari Ahad, 6 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.