Malaysia will overtake China in cumulative total of Covid-19 cases in less than two weeks if Covid-19 cases in Malaysia continues to increase as in the past week which averages 1,210 cases a day


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia will overtake China in cumulative total of Covid-19 cases in less than two weeks if Covid-19 cases in Malaysia continues to increase as in the past week, which averages 1,210 cases a day.

Malaysia with 70,236 Covid-19 cases is today No. 82 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases while China is ranked No. 75 with 86,585 cases.

Malaysia and China is now separated by seven places, whereas the separation is greater by over 60 positions. On Sept 1, for instance, China had 85,058 Covid-19 cases while Malaysia had 9,354 cases.

Since the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia caused by the Sabah state general election, the surge in Covid-19 infections have enabled Malaysia to close the gap with China, which was for over two months the Top No. 1 nation with Covid-19 infections to a position today when Malaysia will overtake China in less than two weeks if we continue in the present Covid-19 trajectory.

It is time that Malaysia finds out what has gone wrong with Malaysia strategy to win the invisible war against the Covid-19 pandemic, to the extent that we are overtaking China in cumulative total of cases, when China has over 40 times the population of Malaysia – China’s 1.4 billion as compared to Malaysia’s 32 million.

Indonesia, which has 275 million population, has cumulative total of 563,680 Covid-19 cases, which works out to 2,052 Covid-19 cases per 1 million population – which is lower than Malaysia’s 2,158 Covid-19 cases per 1 million population. China has 60 cases per 1 million population.

While Malaysia’s Covid-19 epidemic is serious, we are not in the league of the 14 nations which had over a million cumulative total of Covid-19 cases, namely: United States of America, India, Brazil, Russia, France Spain, United Kingdom, Italy, Argentina, Colombia, Germany, Mexico, Poland and Iran.

The United States have a very high cumulative total of 44,410 per 1 million population although it loses out to Qatar which has a cumulative total of 49,734 Covid-19 cases per 1 million population, Bahrain which has 50,753 cases per 1 million population and Luxembourg which has 58,732 cases per 1 million population.

There is now a vaccine-mania in the world.

Although the Covid-19 vaccine is poised to be approved and distributed in the coming weeks all over the world, it is not going to alleviate the record levels of infections and hospitalizations in the United States, which has suffered nearly 15 million Covid-19 infections and over 285,000 Covid-19 fatalities.

It is shocking to Malaysians that Joe Biden’s message in his Inauguration Speech as United States President on January 20 is going to ask Americans to wear masks for 100 days.

The world has passed the 66 million mark for cumulative total of Covid-19 cases and is heading towards the 100 million mark, which will probably be reachd in Joe Biden’s 100 days as US President.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, December 5, 2020)


Malaysia akan mengatasi China dengan lebih banyak jumlah kes Covid-19 terkumpul dalam tempoh dua minggu jika kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat seperti dalam minggu lepas pada kadar purata 1,210 kes sehari

Malaysia akan mengatasi China dengan lebih banyak jumlah kes Covid-19 terkumpul dalam tempoh dua minggu jika kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat seperti dalam minggu lepas pada kadar purata 1,210 kes sehari.

Malaysia, dengan 70,236 kes Covid-19 berada di tempat ke-82 di dunia, manakala China pula berada di tempat ke-75 dengan 86,585 kes.

Kini, kedudukan di antara Malaysia dan China hanya berbeza dengan tujuh tempat kedudukan, sebelum ini, pada 1 September kedua negara ini dipisahkan dengan lebih 60 kedudukan. Pada 1 September, China mencatatkan 85,058 kes Covid-19 sedangkan Malaysia hanya mencatatkan 9,534 kes.

Sejak kejadian gelombang ketiga Covid-19 yang disebabkan oleh Pilihan Raya Negeri Sabah, peningkatan mendadak kes Covid-19 telah menyebabkan semakin menghampiri kedudukan China (yang untuk tempoh dua bulan pertama penularan wabak ini, merupakan negara di kedudukan pertama dengan jumlah kes tertinggi di seluruh dunia) dalam carta jumlah kes tertinggi dunia, dan negara kita mungkin bakal mengatasi kedudukan China dalam tempoh kurang daripada dua minggu jika kita kekal dengan trajektori semasa.

Sudah tiba masanya untuk Malaysia mengkaji semula, di mana silapnya dengan strategi negara kita untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 ini, sehinggakan negara kita sedang berada dalam trajektori untuk mengatasi kedudukan China dalam jumlah kes terkumpul, sedangkan China mempunyai lebih daripada 40 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia — 1.4 bilion di China berbanding dengan 32 juta orang di Malaysia.

Indonesia, yang mempunyai 275 juta penduduk, mencatatkan sejumlah 563,680 kes Covid-19, yang membawa kepada purata kira-kira 2,052 kes Covid-19 per sejuta penduduk — yang lebih rendah berbanding dengan kadar 2,158 kes per sejuta penduduk di Malaysia. China mencatatkan kira-kira 60 kes per sejuta penduduk.

Walaupun wabak Covid-19 di Malaysia ini suatu perkara yang serius, kita masih belum termasuk dalam liga 14 negara yang mencatatkan lebih daripada sejuta kes terkumpul, iaitu: Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis Sepanyol, United Kingdom, Itali, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland dan Iran.

Amerika Syarikat mencatatkan kadar jangkitan yang amat tinggi, dengan 44,410 kes per sejuta penduduk, namun angka ini masih di belakang Qatar yang mencatatkan 49,734 kes per sejuta penduduk, Bahrain yang mencatatkan 50,753 kes per sejuta penduduk, dan Luxembourg yang mencatatkan 58,732 kes per sejuta penduduk.

Kini terdapat satu kegilaan untuk vaksin di seluruh dunia.

Walaupun vaksin wabak Covid-19 dijangkakan akan mendapat kelulusan dan diedarkan dalam beberapa minggu lagi di seluruh dunia, vaksin ini mungkin tidak akan dapat membantu kadar jangkitan dan hospitalisasi di Amerika Syarikat, yang telah mencatatkan lebih daripada 15 juta kes jangkitan Covid-19 dan lebih daripada 285,000 kematian.

Apa yang mengejutkan kepada rakyat Malaysia adalah mesej Joe Biden dalam ucapan pertama beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini adalah untuk meminta rakyat Amerika untuk terus memakai pelitup muka selama 100 hari lagi.

Jumlah kes di seluruh dunia telah melepasi paras 66 juta kes jangkitan, dan kini angka ini sedang menghala ke arah 100 juta kes jangkitan terkumpul, yang mungkin akan dicapai menjelang hari ke-100 Joe Biden sebagai Presiden AS.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu, 5 Disember 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.