The marvel is not that Joe Biden won, but that Donald Trump nearly won!


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

After four nail-biting days, which nearly turned the US Presidential Election Day into an Election Week, Joe Biden has been confirmed to have crossed the magic figure of 270 US Electoral College votes to become the 46th President of the United States.

The marvel is not that Joe Biden won, but that Donald Trump nearly won!

It is a testimony of the power of disinformation and fake news in the era of information that despite ignoring over 10 million Covid-19 cases and nearly a quarter of a million of Covid-19 fatalities in the United States in the 10-month-old epidemic – almost five times the number of Americans killed in the Vietnam war – and painting a false picture in the final days of the campaign that the United States was “turning the corner” in the Covid-19 epidemic when it was raging to a new high registering a record daily increase of 132,540 Covid-19 infections on Nov. 6, Trump was nearly re-elected President of the Unites States.

World-wide, there are now over 50 million Covid-19 cases and over 1.25 million deaths, with the United States leading the world with the most number of Covid-19 cases.

There are 73 days to the US Inauguration Day on January 20, when Biden will formally assume office as the President of the United States.

If the US keeps registering the daily average of Covid-19 infections and deaths since Election Day on November 3, then it is likely that by Inauguration Day on January 20, it would have over 18 million Covid-19 cases and over 330,000 Covid-19 deaths. Awesome figures.

It has been estimated that since he entered the White House four years ago, Trump ha told more than 25,000 falsehoods in office.

We in Malaysia must not take light the power of disinformation and fake news to distract public attention from the 1MDB financial scandal and the abuse of power, corruption and money-laundering of a kleptocracy by the manufacture and dissemination of lies and falsehoods that the DAP is anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty and even communist by UMNO propagandists and cybertroopers.

But all is not lost – that Biden finally won is also a testimony of the power of national renewal and the ability of the ordinary people to save a country from infamy and perdition.

This is a day that Malaysians must reflect and resolve that the “political miracle” of the 14th General Election on May 8, 2018 is not a “flash in the pan” but represented the deep conviction of majority of Malaysians who want the country to become, in the words of Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman, “a beacon of light in a difficult and a distracted world” and to take our proper place in the international community of nations, not for the infamy and iniquity of a kleptocracy or kakistocracy but because of our achievements and excellence in various fields of human endeavour leveraging on our unique position as the confluence of four great civilisations in the world.

The cliffhanger of the US elections this week is both an ominous warning and a great inspiration for Malaysians who feel that Malaysia deserves better in all areas of national life.

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 8th November 2020)


Apa yang mengejutkan bukanlah kemenangan Joe Biden, tetapi hakikat yang Donald Trump hampir menang!

Selepas empat hari yang getir, yang hampir mengubah hari Pemilihan Presiden AS kepada Minggu Pemilihan Presiden AS, Joe Biden telah disahkan melepasi kedudukan 270 undian Badan Pemilihan yang diperlukan beliau untuk menjadi Presiden ke-46 Amerika Syarikat.

Perkara yang mengejutkan kita semua bukanlah kemenangan Joe Biden, tetapi hakikat yang Donald Trump hampir memenangi pemilihan ini!

Perkara ini menjadi testimoni kepada kuasa usaha pengeliruan dan penyebaran berita palsu dalam era informasi ini. Walaupun setelah beliau mengabaikan lebih daripada 10 juta kes Covid-19 di Amerika Syarikat, yang mengorbankan hampir suku juta orang di AS dalam masa 10 bulan — hampir kali ganda jumlah kematian Amerika dalam Perang Vietnam — dan kemudiannya cuba memberikan gambaran yang salah dengan mengatakan yang keadaan Covid-19 di AS sedang berubah arah kepada situasi yang lebih baik sedangkan wabak ini sedang merebak pantas, mencatatkan rekod baharu peningkatan harian setinggi 132,540 pada 6 November, Trump hampir berjaya dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Di seluruh dunia, terdapat lebih daripada 50 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 1.25 juta korban akibat wabak ini, dan Amerika Syarikat mendahului dengan jumlah kes tertinggi di dunia.

Terdapat 73 hari lagi sebelum hari mengangkat sumpah AS pada Januari 20, di mana Biden akan masuk bertugas secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Jika AS terus mencatatkan peningkatan seperti yang dicatatkan sejak hari pemilihan lalu pada 3 November, negara tersebut mungkin akan berhadapan dengan 18 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 330,000 kematian akibat Covid-19 menjelang 20 Januari. Satu angka yang mengerikan.

Terdapat satu penganggaran yang mengatakan, sejak Trump memasuki White House empat tahun yang lalu, beliau telah menyebarkan lebih daripada 25,000 penipuan.

Kita di Malaysia tidak boleh memandang ringan kuasa pengeliruan dan penyebaran berita palsu yang cuba untuk mengalihkan perhatian umum daripada skandal kewangan 1MDB dan penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan pengubahan wang haram dalam sebuah kleptokrasi yang cuba dicapai melalui penciptaan dan penyebaran penipuan dan fitnah yang cuba mengatakan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, malah dituduh sebagai komunis oleh propagandis dan tentera siber UMNO.

Namun, masih terdapat harapan — kejayaan Biden memenangi pemilihan ini menunjukkan kuasa pembaharuan nasional dan kebolehan rakyat untuk menyelamatkan negara daripada dimalukan dan dihina.

Hari ini adalah hari di mana rakyat Malaysia perlu bermuhasabah dan beriltizam yang bahawa “keajaiban politik” yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 bukanlah satu perkara yang hanya berlaku sekali sahaja, tetapi merupakan satu keyakinan mendalam majoriti rakyat Malaysia, yang mahukan negara kita untuk menjadi seperti yang dikatakan oleh Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, sebuah obor menyinari dunia yang suram dan terganggu, untuk mengambil tempat kita yang sepatutnya dalam komuniti antarabangsa, bukan kerana malu dan penghinaan menjadi sebuah kleptokrasi mahupun sebuah kakistokrasi, tetapi kerana pencapaian dan kecemerlangan kita dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia, menggembelengkan kepelbagaian kita di mana empat tamadun dunia bertemu.

Penantian dalam pemilihan presiden AS minggu ini menjadi satu amaran dan inspirasi kepada rakyat Malaysia yang percaya bahawa negara kita layak untuk mendapat yang lebih baik dalam semua bidang kehidupan negara.

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Gelang Patah pada hari Ahad 8 Oktober 2020

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.