One thing Malaysians must learn from the US Presidential Election cliffhanger if Malaysia is not to end up as a basket case – the power of disinformation especially from top political leaders must be countered and exposed


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

One thing Malaysians must learn from the United States Presidential Election cliffhanger if Malaysia is not to end up as a basket case – the need to counter and expose the power of disinformation especially from top political leaders.

One Minister of the Najib government, for instance, had said before the 14th General Election that the 1MDB financial scandal was “fake news”.

Did this Minister ever apologise for such a lie and falsehood?

In fact, many Malaysians today still believe that the 1MDB financial scandal is “fake news”.

DAP had been the target of a highly-funded long-term misinformation special operation to paint the party as anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty, although these UMNO propagandists and cybertroopers have not been able to cite a single instance of the DAP being anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty in over five decades of DAP history.

It is time that Malaysians return to honest, decent and civil politics about policies and programmes instead of the dishonest, indecent and uncivil politics of lies, hate and fear arousing primordial racial and religious sentiments.

I have never accused UMNO of being anti-Chinese, anti-Indian, anti-Buddhism, anti-Christianity or anti-Hinduism but it is the stock-in-trade of UMNO leaders and UMNO propaganda apparatus to make wild and false allegations that DAP is anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty.

The trouble with UMNO is that after half a century of nationhood UMNO leaders have forgotten that they are servants of the Malay race and the Malaysian people, and are acting as the masters not only of the Malay race but the Malaysian people as well.

I do not believe there is any race, religion or culture which will want their leaders to come from the ranks of the kleptocrats and for the country to be regarded worldwide as a global kleptocracy.

The United States presidential election should be an object lesson that once the toxic politics of race, religion, hate, lies and fake news are allowed to run wild, it is not easy to counter and expose the fake news and hate generated by a campaign of misinformation and disinformation – whoever wins the US presidential election.

Although Donald Trump promised the American voters during the presidential campaign that the Covd-19 pandemic in the United States had “turned the corner”, the contrary is the case as every day in the past week, United States had been registering a record-high of daily increase of Covid-19 cases – the highest-ever number of 121,054 Covid-19 cases in the United States was registered yesterday!

In fact, the global daily increase of Covid-19 cases set a new record of 601,958 cases yesterday – the first time Covid-19 infections have passed the 600,000-mark.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Friday, 6th November 2020)


Satu pengajaran yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia daripada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat jika kita tidak mahu melihat negara kita berhadapan dengan nasib yang sama — kekuatan usaha pengeliruan, terutamanya daripada para pemimpin tertinggi politik, mestilah dilawan dan dibongkarkan

Satu pengajaran yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia daripada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat jika kita tidak mahu melihat negara kita berhadapan dengan nasib yang sama — kekuatan usaha pengeliruan, terutamanya daripada para pemimpin tertinggi politik, mestilah dilawan dan dibongkarkan.

Seorang menteri dalam kerajaan Najib misalnya, pernah mengatakan sebelum PRU14 yang skandal kewangan 1MDB ini adalah satu “berita palsu”.

Adakah menteri ini telah memohon maaf kerana menyebarkan penipuan ini?

Malah, masih ramai rakyat Malaysia sehingga hari ini yang memercayai yang skandal kewangan 1MDB ini hanyalah satu “berita palsu”.

DAP telah menjadi sasaran satu kempen jangka panjang besar-besaran yang menyebarkan kekeliruan dengan tujuan untuk menggambarkan parti ini sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, sedangkan para propagandis dan tentera siber UMNO ini tidak pernah pun dapat memberikan contoh di mana DAP bertindak anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja dalam lima dekad sejarah DAP.

Telah tiba masanya untuk rakyat Malaysia pulang kepada politik yang jujur, sopan, dan beradab yang berasaskan polisi dan program dan bukannya politik tidak jujur dan buruk yang berteraskan penipuan dan kebencian yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan.

Saya tidak pernah menuduh UMNO sebagai sebuah parti yang anti-Cina, anti-India, anti-Buddha, anti-Kristian, atau anti-Hindu tetapi perkara menuduh DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja ini adalah satu perkara harian dalam kalangan pemimpin dan apparatus propaganda UMNO.

Masalah UMNO adalah selepas setengah abad negara kita merdeka, para pemimpin UMNO telah lupa yang mereka sepatutnya berkhidmat untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia, di mana kini mereka bertindak seakan-akan mereka adalah tuan kepada bukan sahaja orang Melayu tetapi kepada semua rakyat Malaysia juga.

Saya tidak percaya ada mana-mana kaum, agama, mahupun budaya yang mahu melihat pemimpin mereka daripada kalangan kleptokrat mahupun melihat negara mereka dianggap di seluruh dunia sebagai sebuah kleptokrasi global.

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat ini perlu menjadi pengajaran kepada semua, di mana apabila politik toksik perkauman, keagamaan, penipuan, fitnah, dan berita palsu ini dibenarkan untuk tersebar luas, usaha untuk membendung penularan dan membongkar berita-berita palsu dan penipuan yang muncul ini amatlah sukar — tanpa mengira sesiapa pun yang memenangi pilihan raya ini.

Walaupun Donald Trump telah menjanjikan kepada pengundi di Amerika Syarikat dalam kempen beliau yang keadaan wabak Covid-19 di AS telah beralih arah, hakikatnya bertentangan sama sekali, memandangkan setiap hari dalam minggu lepas, Amerika Syarikat telah mencatatkan rekod baharu peningkatan harian kes Covid-19 — dengan angka tertinggi dicatatkan semalam pada 121,054 kes baharu di Amerika Syarikat!

Malah, jumlah peningkatan kes harian global telah mencapai satu rekod baharu, dengan 601,958 kes dicatatkan semalam — di mana buat pertama kalinya wabak ini melepasi paras 600,000 kes baharu dalam sehari.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Parlimen pada hari Jumaat 6 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.