The appointment of Najib as BNBBC Chairman in Parliament has presented all Malaysians with a moral crisis


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The appointment of former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, as Chairman of Barisan Nasional Backbenchers’ Club (BNBBC) has confronted all Malaysians with a moral crisis, bringing to the fore the issue of the 1MDB financial scandal and Malaysia becoming a kleptocracy.

This is the time for all patriotic politicians to take a stand against the 1MDB financial scandal and Malaysia becoming a kleptocracy.

It is really amazing that after a decade at the end of 2020, there are still political leaders especially in UMNO, MCA and MIC who are so enamoured with the 1MDB financial scandal that they are not prepared to condemn it straightaway, taking a very ambiguous position that it has still to be proven that 1MDB was a scandal, and to avoid altogether the subject of Malaysia becoming a kleptocracy.

This despite the fact that the 1MDB scandal had been known worldwide for at least five years as an infamous financial scandal and was the subject of investigation by law enforcement agencies of at least 10 foreign countries!

One wonders whether these politicians are hankering for the days when the 1MDB financial scandal was a new norm and the issue of Malaysia becoming a kleptocracy could be banned from Parliament and public discourses through draconian and repressive measures.

Are we waiting for a day when Malaysia’s most notorious fugitive from justice, Jho Low, could return to the country with a hero’s welcome?

Malaysia is at the crossroads as less than two years after the 14th General Election on May 9, 2018, where the seemingly invincible kleptocratic government was voted out of office, political leaders are taking a very ambivalent attitude to the two issues of the 1MDB financial scandal and Malaysia becoming a kleptocracy.

It was just three months ago that Najib was convicted of corruption, money-laundering and abuse of power in the first of many 1MDB trials in Malaysian courts and sentenced to 12 years’ jail and fine of RM210 million and just one week ago that Goldman Sachs pleaded guilty in the United States to violations of the Foreign Corrupt Practices Act, which bars U.S. companies from paying bribes to government officials abroad – in the case of “a massive global scheme to loot billions of dollars” from 1MDB and the subsequent use of those funds by senior Goldman bankers and their co-conspirators to pay billions of dollars in bribes to senior government officials and others around the world, particularly to “MO1”, who is none other than Najib himself.

Why have Malaysian political leaders such short memory?

There are those who think I should not be raising this moral crisis as Najib has presented the Opposition with a great campaign issue in the 15th General Election.

But I do not concur.

I agree that the moral crisis from such faux pax is politically expedient for exploitation in the 15th General Election campaign, but I believe that as patriotic Malaysians, we must try to spare Malaysia of this moral crisis by raising it now.

Malaysia had the best Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) report in January this year, when the 2019 TI CPI was released.

It was the best antidote to the atmosphere of gloom and doom which had descended on the country, and which hopefully would spark the start of a virtuous circle of delivery of Pakatan Harapan general election promises and achievements in 2020.

But it was not to be, as the Pakatan Harapan government was toppled by the Sheraton Move conspiracy which brought in a backdoor, illegitimate and kakistocratic government.

When Transparency International started its annual CPI report in 1995, Malaysia was ranked No. 23 out of 41 countries with a score of 5.28 points out of ten and in 1996, Malaysia was ranked No. 26 out of 54 countries with a score of 5.32 points out of ten.

In the past quarter of a century, we have lost out on the public integrity front to many countries, while other countries like China and Indonesia have made great strides on the anti-corruption front.

In the first TI CPI 1995 report, China and Indonesia were the last two countries in the list, with a miserable score of 2.16 for China and 1.94 for Indonesia out of ten points.

In the TI CPI 2019 report, China is placed No. 80 with a score of 41 out of 100 points and Indonesia placed No. 85 with a score of 40 out of 100 points – while Malaysia had an improved ranking of No. 51 and score of 53 out of 100.

With anti-corruption efforts in retreat in Malaysia as illustrated by the appointment of Najib as BNBBC Chairman in Parliament, will Indonesia and China be overtaking Malaysia as a nation of public integrity in the coming decade before 2030?

This is a question all patriotic Malaysians should be asking now.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Thursday, 5th November 2020)

========================

Pelantikan Najib sebagai Pengerusi BNBBC di Parlimen telah membawa krisis moral kepada rakyat Malaysia

Pelantikan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) telah membawa satu krisis moral kepada semua rakyat Malaysia, menonjolkan isu skandal kewangan 1MDB dan Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi.

Ini adalah masanya untuk semua ahli politik yang patriotik untuk mengambil kedudukan menolak keras skandal kewangan 1MDB dan Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi.

Apa yang lebih mengejutkan adalah setelah lebih sedekad, di penghujung tahun 2020, masih terdapat pemimpin politik, terutamanya daripada UMNO, MCA, dan MIC yang masih terpesona dengan skandal kewangan 1MDB ini sehingga mereka tidak sanggup untuk mengutuknya. Malah, mereka mengambil kedudukan yang samar-samar yang cuba mengatakan skandal 1MDB ini masih belum terbukti dan mereka cuba untuk mengelakkan daripada bercakap mengenai hakikat yang Malaysia pernah menjadi sebuah kleptokrasi, walaupun skandal 1MDB ini telah diketahui di seluruh dunia sejak sekurang-kurangnya lima tahun yang lepas dan menjadi perkara yang disiasat oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di sekurang-kurangnya 10 buah negara!

Saya tertanya, adakah mereka ini menantikan hari di mana skandal kewangan 1MDB ini menjadi sebahagian daripada norma baharu dan isu di mana Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi ini diharamkan daripada dibahaskan di Parlimen dan perbincangan awam melalui tindakan yang menindas dan drakonian.

Adakah kita menanti hari di mana pelarian jenayah, Jho Low, boleh pulang ke negara kita sebagai seorang wira?

Malaysia kini berada di persimpangan, tidak sampai dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 di mana sebuah kerajaan kleptokratik yang kelihatan kebal telah ditolak melalui pilihan raya, para pemimpin politik masih mengambil kedudukan yang agak samar-samar terhadap kedua isu skandal kewangan 1MDB dan Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi.

Baru tiga bulan lepas Najib disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram, dan penyalahgunaan kuasa dalam perbicaraan pertama daripada sejumlah beberapa perbicaraan berkiatan dengan 1MDB di Mahkamah Malaysia, di mana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta. Manakala hanya pada minggu lepas, Goldman Sachs telah mengaku bersalah di Amerika Syarikat atas kesalahan melanggari undang-undang Perlakuan Rasuah di Luar Negara yang menghalang syarikat-syarikat AS daripada menyogok rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan di luar negara — dalam “skim global perompakan berbilion dolar” daripada 1MDB dan penggunaan dana tersebut oleh pegawai kanan Goldman untuk membayar berbilion dolar sebagai rasuah kepada pegawai kanan kerajaan dan sekutu mereka di seluruh dunia, terutamanya kepada MO1 yang merupakan Najib sendiri.

Mengapakah ahli politik di negara kita mempunyai memori yang pendek?

Terdapat mereka yang mengatakan yang saya tidak sepatutnya membangkitkan krisis moral ini sekarang, memandangkan Najib telah memberikan pihak pembangkang satu isu yang besar untuk dikempenkan dalam PRU-15.

Tetapi, saya tidak bersetuju.

Saya bersetuju yang moral krisis ini menjadi satu perkara yang mudah untuk digunakan secara politikal dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15, tetapi saya percaya, sebagai seorang rakyat Malaysia yang patriotik, kita perlu menghalang negara kita daripada terjebak dengna krisis moral ini sekarang.

Malaysia telah mencatatkan kedudukan terbaiknya dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI-CPI) 2019 yang diterbitkan pada bulan Januari tahun ini.

Perkara tersebut merupakan satu antidot terbaik untuk keadaan suram negara kita ketika itu, yang diharapkan untuk menjadi pencetus penyampaian janji-janji reformasi pilihan raya Pakatan Harapan dalam tahun 2020.

Namun begitu, perkara ini tidak berlaku, memandangkan kerajaan Pakatan Harapan ini telah ditumbangkan oleh konspirasi Langkah Sheraton yang membawa masuk sebuah kerajaan kakistokrasi pintu belakang yang tidak sah.

Semasa Transparency International mula menerbitkan laporan TI-CPI ini pada tahun 1995, negara kita berada di tempat ke-23 daripada sejumlah 41 buah negara, dengan markah 5.28/10, pada tahun 1996, negara kita berada di tempat ke-26 daripada 54 buah negara, dengan markah 5.32/10.

Dalam tempoh suku abad yang lepas, kita telah kalah dari segi integriti awam berbanding dengan banyak negara lain, sedangkan negara-negara lain seperti Indonesia dan China telah mencatatkan banyak penambahbaikan dalam usaha anti-rasuah.

Dalam laporan pertama TI-CPI pada tahun 1995, China dan Indonesia merupakan dua negara di tempat terakhir dalam laporan tersebut, dengan masing-masing mencatatkan markah 2.16 dan 1.94 daripada keseluruhan 10 markah.

Dalam laporan TI-CPI 2019, China berada di tempat ke-80 dengan markah 41 daripada 100 manakala Indonesia berada di tempat ke-85 dengan 40 markah — dan Malaysia mendapati kedudukan yang bertambah baik di tempat ke-51 dengan 53 markah.

Dengan usaha anti-rasuah yang kian menguncup di Malaysia seperti yang ditunjukkan dengan pelantikan Najib sebagai Pengerusi BNBBC di Parlimen, adakah Indonesia dan China bakal mengatasi kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti dalam dekad yang akan datang sebelum tahun 2030?

Inilah soalan yang perlu ditanyakan oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Parlimen pada hari Khamis 5 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.