(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
There is an urgent need for a special humanitarian crisis package for Sabah now as some 29 people in Sabah may die of Covid-19 if we wait until the 2021 Budget is presented in Parliament next Friday on November 6.
The third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia has claimed 102 lives in Sabah in the first 28 days of October, averaging a fatality rate of 3.64 lives daily – and if we wait for another eight days until Nov. 6, we may see another 29.12 fatalities.
In contrast, eight lives were lost in the rest of Malaysia during the past four weeks.
Malaysia-wide, there were 30 fatalities for the five months from April 28, when Covid-19 claimed 100 fatalities, and Sept. 22, when total of fatalities increased to 130.
This state of vulnerability of Sabah to the ravages of the Covid-19 pandemic is unacceptable and contrary to all the promises made during last month’s Sabah state general elections to give serious attention to the problems and needs of the people of Sabah.
The impression, especially by the people of Sabah, that they have been left to fend for themselves against the ravages of the third wave of the Covid-19 pandemic – which had been brought about by the greed of Perikatan Nasional government in Putrajaya because it wanted to grab power in the Sabah state – must not be allowed to continue.
The third wave is officially regarded as having started on Sept. 20, although it could have started earlier during the Sabah state general election, which had its nomination of candidates on Sept. 12.
It would be most irresponsible and unconscionable to deny Sabahans a special humanitarian crisis package immediately, as Putrajaya must accept responsibility for the skyrocketing of 426 Covid-19 cases and eight deaths on Sept. 1 to 13,701 Covid-19 cases and 114 deaths yesterday – an increase of Covid-19 cases by 32 times and fatalities by more than 14 times.
Sabah’s humanitarian crisis in the third wave of the Covid-19 pandemic is also the result of the long-standing neglect of the Federal and Sabah state governments, resulting in Sabah becoming the poorest state in Malaysia with the most backward infrastructure development.
This is the time when Putrajaya should give emergency aid to Sabahans who are facing a humanitarian crisis, keeping in mind that Sabah’s oil and gas revenue has provided billions to the national coffers.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 29th October 2020)
========================
Seruan untuk satu pakej bantuan bencana kemanusiaan khas untuk Sabah sekarang, memandangkan 29 orang mungkin akan terkorban akibat Covid-19 di Sabah jika kita mahu menunggu pembentangan Belanjawan 2021 pada hari Jumaat depan
Terdapat satu keperluan mendesak untuk mengumumkan satu pakej bantuan bencana kemanusiaan khas untuk Sabah sekarang, memandangkan 29 orang mungkin akan terkorban akibat Covid-19 di Sabah jika kita mahu menunggu pembentangan Belanjawan 2021 yang hanya akan berlangsung pada hari 6 November, Jumaat depan.
Gelombang ketiga wabak Covid-19 ini telah mengorbankan 102 nyawa di Sabah dalam 28 hari pertama bulan Oktober, secara purata, 3.64 kematian sehari — dan jika menunggu untuk lapan hari lagi sehingga 6 November, kita mungkin akan melihat sebanyak 29.12 kematian baharu.
Sebagai perbandingan, hanya lapan nyawa sahaja yang terkorban di keseluruhan Malaysia dalam tempoh empat minggu yang lepas.
Di seluruh Malaysia, terdapat 30 kematian dalam tempoh lima bulan di antara 28 April, semasa wabak ini mengorbankan nyawa keseratusnya sehingga 22 September apabila jumlah kematian mencecah genap 130.
Keadaan Sabah yang amat terdedah kepada bencana yang dibawa Covid-19 ini adalah tidak boleh diterima sama sekali dan berlawanan dengan segala janji-janji yang telah dibuat semasa kempen PRN Sabah yang berlangsung pada bulan lepas untuk memberikan perhatian yang serius terhadap masalah dan keperluan rakyat Sabah.
Gambaran, terutamanya kepada rakyat Sabah, seakan-akan mereka dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka sendiri dalam melawan gelombang ketiga wabak ini — yang telah dicetuskan oleh ketamakan kerajaan Perikatan Nasional di Putrajaya yang cuba merampas kerajaan negeri Sabah — tidak boleh dibiarkan berterusan.
Gelombang ketiga ini secara rasmi dikira sebagai bermula pada 20 September, walaupun ia mungkin telah bermula lebih awal lagi semasa berlangsungnya pilihan raya negeri Sabah dengan hari penamaan calon pada 12 September.
Menjadi satu perkara yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral untuk menafikan rakyat Sabah bantuan khas bencana kemanusiaan sesegera yang mungkin, memandangkan Putrajaya perlu bertanggungjawab terhadap peningkatan kes mendadak daripada 426 kes dan lapan kematian di Sabah pada 1 September, kepada 13,701 kes dan 114 kematian setakat semalam — peningkatan kes jangkitan 32 kali ganda dan 14 kali ganda kematian.
Krisis kemanusiaan di Sabah dalam gelombang ketiga wabak Covid-19 ini juga berlaku kerana pengabaian kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Sabah yang menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia dengan pembangunan infrastruktur termundur.
Masanya telah tiba untuk Putrajaya memberikan bantuan kecemasan kepada rakyat Sabah yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan, janganlah kita lupa yang hasil minyak dan gas Sabah telah menyumbangkan berbilion ringgit kepada pendapatan negara.
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 29 Oktober 2020)