Sabah general election is Malaysia’s Covid-19 super-spreader event but Malaysians must show unity and discipline to prove wrong the modelling projection of academicians that there will be 15,000 active cases in Malaysia by Nov. 8


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

It is bizarre following the United States Presidential election.

Malaysia is struggling to ensure that we avoid four-digit daily increase of Covid-19 infections, although we have failed twice on the 24th and 26th October when we recorded 1,228 and 1,240 Covid-19 new cases respectively.

The United States is not struggling to avoid a four-digit daily increase, but to avoid seven-digit daily increase, recording more than 84,000 new Covid-19 cases last Friday – which is about thrice of the cumulative total of Covid-19 cases in Malaysia after nine months of the Covid-19 pandemic, viz: 29,441 cases.

Yesterday in one single day, 1,038 Americans died of Covid-19, which is about four times the cumulative total of Malaysians casualties after nine months.

Yesterday was a day of many grim milestones for the Covid-19 pandemic. For the first time, global daily increase of Covid-19 infections exceeded the half-a-million mark, as the Covid-19 world-o-meter website recorded a daily increase of 500,764 cases.

It took 13 weeks for the first million Covid-19 cases to be recorded in the world, but the exponential increase of the Covid-19 pandemic is such that it now takes two days for the global million mark of daily increase to be recorded.

The second global grim milestone is that the United States has crossed the nine million mark for total Covid-19 infections, together with more than 230,000 fatalities. India, the second top nation in the world for the most Covid-19 cases, has passed the eight million mark, while there are eight countries with over a million cases – after United States and India are Brazil, Russia, France, Spain, Argentina and Colombia.

Yet we have Donald Trump closing his re-election campaign by pleading with voters to ignore the evidence of a calamity unfolding before their eyes and trust his word that the disease is already disappearing as a threat to their personal health and economic well-being.

If Trump loses in next week US presidential election, as most analysts predict, he will be defeated not so much by Joe Biden but by the Covid-19 epidemic.

The United States and Europe are not examples for Malaysians to follow in the war against the Covid-19 epidemic.

We already have the recent Sabah state general election as a Covid-19 super-spreader event.

Malaysians must show greater unity and discipline to forge an “all-of-government” and “whole-of-society” war against the Covid-19 epidemic and prove wrong the modelling projection of academicians that there will be 15,000 active cases by Novemer 8, 2020.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 29th October 2020)

==========================

Pilihan Raya Negeri Sabah adalah satu peristiwa penyebar super Covid-19 di Malaysia, tetapi rakyat Malaysia perlu menunjukkan perpaduan dan disiplin untuk membuktikan salah jangkaan ahli akademik yang mengatakan akan terdapat 15,000 kes aktif menjelang 8 November

Perkembangan terkini pilihan raya presiden Amerika Syarikat amatlah pelik.

Malaysia sedang berusaha untuk mengelakkan peningkatan harian empat angka, walaupun kita gagal dua kali pada 24 dan 26 Oktober apabila kita mencatatkan 1,228 dan 1,240 kes baharu.

Namun, Amerika Syarikat kelihatan seperti tidak berusaha untuk mengelakkan peningkatan harian empat angka, tetapi sedang mencuba untuk mengelakkan peningkatan harian tujuh angka, mencatatkan lebih daripada 84,000 kes baharu Covid-19 pada hari Jumaat lepas — lebih kurang tiga kali ganda jumlah kes terkumpul di Malaysia selepas sembilan berhadapan dengan wabak ini, iaitu 29,441 kes.

Semalam, dalam masa sehari sahaja, 1,038 rakyat Amerika terkorban akibat wabak ini, kira-kira empat kali ganda jumlah korban terkumpul di Malaysia.

Semalam adalah satu hari yang mencatatkan banyak rekod suram Covid-19 di seluruh dunia. Buat pertama kalinya, jumlah kes baharu harian dunia melepasi paras setengah juta, lama web World-o-meter mencatatkan peningkatan harian sebanyak 500,764 kes.

Wabak ini mengambil masa 13 minggu untuk mencatatkan sejuta kes pertamanya, tetapi peningkatan mendadak wabak Covid-19 ini telah mencapai satu tahap di mana wabak ini hanya mengambil masa dua hari untuk mencatatkan peningkatan sejuta kes.

Rekod suram kedua adalah Amerika Syarikat yang telah melepasi paras sembilan juta kes Covid-19, bersama dengan sejumlah lebih daripada 230,000 kematian akibat Covid-19. India, negara kedua dengan jumlah kes tertinggi telah melepasi paras lapan juta kes, manakala terdapat lapan negara dengan lebih daripada sejuta kes, selepas Amerika Syarikat dan India; Brazil, Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Colombia.

Namun begitu, kita dapat lihat Donald Trump yang menutup kempen pemilihan semula beliau dengan merayu kepada para pengundi untuk mengabaikan bukti-bukti bencana yang sedang berlaku di hadapan mata mereka sendiri dan untuk percaya kepada beliau yang ancaman terhadap kesihatan dan ekonomi yang dibawa oleh wabak ini sedang menurun.

Jika Trump kalah dalam pilihan raya presiden AS pada minggu hadapan, seperti yang dijangkakan oleh ramai penganalisis politik, beliau bukannya akan dikalahkan oleh Joe Biden, tetapi dikalahkan oleh wabak Covid-19.

Amerika Syarikat dan Eropah bukanlah satu contoh yang baik untuk diikuti oleh rakyat Malaysia dalam perang melawan wabak Covid-19.

Kita sudahpun mempunyai Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru sahaja berlangsung sebagai kejadian penyebaran super.

Rakyat Malaysia perlu menunjukkan perpaduan dan disiplin untuk membentuk satu usaha yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19 dan membuktikan salah jangkaan ahli akademik yang menjangkakan negara kita akan mencatatkan 15,000 kes aktif menjelang 8 November ini.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 29 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.