Khairuddin should be referred to the Committee of Privileges when Parliament meets on Nov. 2 for violating Covid-19 SOP and threatening the health and lives of MPs with his wilful attendance of Parliament on July 13, 14 and 16 when he should be on 14-day home quarantine


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Plantation Industries and Commodities Minister, Mohd Khairuddin Aman Razali should be referred to the Committee of Privileges when Parliament meets on November 2, 2020 for violating the Covid-19 SOP and threatening the health and lives of Members of Parliament with his wilful attendance of Parliament on July 13, 14 and 16 when he should be on 14-day home quarantine on his return from Turkey on July 7.

Will the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin move such a motion?

Or is Muhyiddin being held to ransom by Khairuddin and other PAS Ministers and Deputy Ministers, as the Muhyiddin government will fall if PAS withdraws support, especially at a time when UMNO is mulling to quit the Perikatan Nasional government and wants a new deal?

It is a pathetic spectacle so see the Khairuddin investigation papers being treated like a shuttlecock between the police and the Attorney-General’s chambers.

It does the Police no credit whatsoever that there is no decision yet on Khairuddin’s case although the police started investigations some nine weeks ago over a simple open-and-shut case!

If the Police are unable to competently complete its investigations into the case, so that the Attorney-General’s Chambers Prosecution Division could make a decision, how are Malaysians expect to have confidence in the police on more complicated cases?

Muhyiddin took one whole week before commenting on Khairuddin’s Ministerial misdemeanour, saying that no one is exempted from the law, and that it is up to the relevant authorities to conduct a thorough investigation and take appropriate action.

Is he not concerned that no action had been taken on the Khairuddin case although it is now more than three months after the Minister’s violation of the Covid-19 quarantine SOP on July 7?

In the circumstances, the question whether Muhyiddin is being held to ransom by Khairuddin and the other PAS leaders not to take any action or they will withdraw support for the Muhyiddin Government is a pertinent and valid one which deserves an answer.

At a time when the Covid-19 epidemic is regarded as the nation’s foremost problem, as well as globally as worldwide over 39 million people have been infected and over 1.1 million people had been killed by Covid-19, no Minister who violated the Covid-19 SOP has the moral authority to remain in the Cabinet.

Has PAS no other MP to replace Khairuddin as Minister for Plantation Industries and Commodities?

I have given notice that I will raise the issue of Khairuddin’s violation of the Covid-19 quarantine SOP in the November meeting of Parliament.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 16th October 2020)

========================

Khairuddin perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan apabila Parlimen bersidang bermula 2 November kerana melanggari SOP Covid-19 dan membahayakan kesihatan serta nyawa ahli-ahli Parlimen dengan menghadiri sidang Parlimen pada 13, 14, dan 16 Julai, sedangkan beliau sepatutnya menjalani kuarantin 14 hari di rumah

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan apabila Parlimen bersidang pada 2 November 2020 kerana melanggari SOP Covid-19 dan mengancam kesihatan dan nyawa ahli-ahli Parlimen dengan menghadiri persidangan Parlimen pada 13, 14, dan 16 Julai sedangkan beliau sepatutnya menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari semasa itu.

Adakah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan usul untuk perkara ini?

Atau adakah Muhyiddin akan terus dipegang sebagai tebusan oleh Khairuddin dan para menteri dan timbalan menteri PAS, memandangkan kerajaan Muhyiddin ini akan tumbang jika PAS menarik sokongan mereka, terutamanya dalam masa di mana UMNO sedang mempertimbangkan untuk menarik semula sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional dan mahukan satu tawaran baharu.

Menjadi satu perkara yang menyedihkan melihat kertas siasatan Khairuddin dilayan seperti bulu tangkis, dilempar di antara pihak Polis dan Pejabat Pendakwa Raya berulang kali.

Perkara ini tidak membantu imej pihak Polis langsung, untuk sebuah kes yang sangat mudah di mana siasatan ke atas kes Khairuddin ini telah dibuka sembilan minggu yang lalu.

Jika pihak Polis tidak dapat untuk menyelesaikan siasatan mereka bagi membolehkan Bahagian Pendakwaan Pejabat Pendakwa Raya membuat keputusan, bagaimanakah rakyat hendak percaya dan yakin dengan kebolehan pihak Polis untuk menyelesaikan kes-kes yang lebih rumit?

Muhyiddin sendiri mengambil masa selama seminggu sebelum memberikan sebarang komen mengenai kesalahan Khairuddin ini, mengatakan yang tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada undang-undang, dan terserahlah kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai perkara ini dan mengambil tindakan yang berpatutan.

Adakah beliau tidak peduli yang tidak ada sebarang tindakan telah diambil ke atas kes Khairuddin ini, walaupun tiga bulan sudah berlalu sejak beliau melanggar SOP kuarantin Covid-19 pada 7 Julai yang lalu?

Dalam keadaan seperti ini, persoalan mengenai kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang dipegang sebagai tebusan oleh Khairuddin dan para pemimpin PAS untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka bagi memastikan sokongan berterusan kepada beliau adalah satu persoalan yang sah dan memerlukan satu jawapan.

Dalam masa di mana wabak Covid-19 dianggap sebagai masalah terbesar negara dan juga di peringkat global, dengan lebih daripada 39 juta orang telah dijangkiti dan lebih daripada 1.1 juta nyawa telah terkorban, tidak ada mana-mana menteri yang telah mengingkari SOP Covid-19 layak untuk kekal sebagai menteri Kabinet.

Adakah PAS tidak mempunyai mana-mana Ahli Parlimen yang lain untuk menggantikan Khairuddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi?

Saya telah memberikan notis untuk membangkitkan isu pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 oleh Khairuddin ini dalam persidangan Parlimen pada bulan November depan.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 16 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.