Call to Sabah nominated Assembly members to resign to give way to women deserves serious consideration


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The call by the Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO) to Sabah nominated Assembly members to resign to give way to women deserves serious consideration.

SAWO has put up an invincible case for its call, lamenting that “Today marks a dark day for women in Sabah as their status and position in the state has reached rock bottom”, expressing anger and disappointment that there are no women ministers in the new Sabah cabinet.

As the Sawo statement said:

“Women’s representation in the state assembly has been decreasing over the years and is now less than 10 percent. Sawo, together with other groups, urge the government to improve this pathetic and unjust situation by appointing women into the six nominated Legislative Assembly seats…

“The message of this GRS-led government to Sabahan women is very loud and clear. They think that Sabahan women are not good enough, nor capable enough, to deserve a seat at the table together with male leaders to govern the state.”

It is indeed a shame and a regressive step that while in other countries, women are taking their rightful place and playing an increasing prominent role in public affairs, like New Zealand Prime Minister Jacinda Ardern, Denmark Prime Minister Mette Frederiksen, Iceland Premier Katrin Jakodsdottir, Finland Premier Sanna Marin and Taiwan President Tsai Ing-Wen, women cannot become a Minister in Sabah.

But this is not the only flaw of the new Sabah Cabinet.

Just as the Standard Operating Procedures (SOP) must be observed if we are to win the war in the Covid 19 pandemic, there is a SOP for building a successful Sabah – unity and inclusivity, and not the poisonous and negative politics of race and religion engendering fake news and lies to create hate and fear in our society.

In the Sabah general election, the Warisan Plus had a manifesto which provided a SOP for a New Sabah where Sabah:

· abandons the reputation as the poorest state in the country 57 years after the founding of Malaysia – worse than Kelantan, the poorest state in Peninsular Malaysia;

· where the state’s rich natural resources will be used to improve the infrastructure facilities of Sabah and abolish the backwardness of the most remote areas – no need for the Veveonah Mosibins of Sabah to spend 24 hours on a treetop to gain better Internet connectivity to sit for an online exam – instead of enriching the coffers of the corrupt and the powerful;

· where there is unity and harmony among the various ethnic groups, languages, religions and cultures in the country; and

· where there is no discrimination whether of gender or age.

The Sabah state Cabinet is proof that it is a major setback for Sabah and Malaysia that the campaign of Warisan Plus leader Shafie Apdal, who used slogans of unity and inclusivity like: “In God Trust, Unite We Must” and “We are here to build a nation not a particular race or religion” failed to win the election.

As a result, as rightly pointed out by the Sabah DAPSY chief and Sabah Assemblymen for Luyang, Ginger Phoong, there is gross lack of diversity in the new Sabah Cabinet as it has no representative of the state’s youth, women and Chinese community.

It is sad that the average age of the new Sabah cabinet is over 60 – a regression from Shafie Apdal’s Cabinet and the global trend of increasing youth and women participation in leadership positions. Ginger Phoong was appointed Minister for Youth and Sports in the Shafie Apdal Cabient when he was 29 years old.

What stands out as a sore thumb is the absence of a Heath Minister especially at a time when Sabah is the premier hotpot state in the third wave of the Covid-19 pandemic, with Sabah registering more than half of the active Covid-19 cases, i.e. 1,944 out of 3,703 active cases in Malaysia.

Nobody would disagree if it is said that the new Sabah Cabinet is the worst in the history of Sabah.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, 9th October 2020)

=============================

Seruan kepada Ahli yang dilantik Dewan Undangan Negeri Sabah untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada golongan wanita patut dipertimbangkan dengan serius

Seruan daripada Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO) kepada ahli lantik Dewan Undangan Negeri Sabah untuk meletakkan jawatan bagi memberikan ruang kepada golongan wanita patut dipertimbangkan secara serius.

SAWO mempunyai kes yang kuat untuk seruan mereka ini, mengeluh mengatakan “Hari ini menandakan satu lagi hari yang gelap untuk wanita di Sabah, memandangkan status dan kedudukan mereka dalam negeri ini telah mencapai tahap terendah”, menzahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka kepada hakikat yang tidak ada seorang pun menteri wanita dalam Kabinet baharu Sabah.

Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan SAWO:

“Perwakilan golongan wanita dalam Dewan Undangan Negeri telah menurun sejak bertahun-tahun dan kini berada di paras bawah 10 peratus. SAWO, bersama dengan kumpulan-kumpulan lain, menggesa kerajaan untuk memperbetulkan keadaan yang menyedihkan dan tidak adil ini dengan melantik wanita ke dalam keenam-enam jawatan ahli lantikan Dewan Undangan Negeri Sabah…

“Mesej yang disampaikan oleh kerajaan pimpinan GRS ini jelas. Mereka fikir yang wanita Sabah tidak cukup bagus ataupun mampu untuk mendapatkan tempat duduk mereka di meja perbincangan bersama-sama dengan pemimpin lelaki untuk mentadbir negeri ini.”

Memang memalukan dan menjadi langkah terkebelakang, sedangkan di negara lain, wanita mengambil tempat mereka dan memainkan peranan yang lebih penting dalam hal ehwal pentadbiran, seperti Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, Perdana Menteri Iceland, Katrin Jakodsdottir, Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, dan Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen, di Sabah pula, wanita dinafikan jawatan menteri.

Tetapi ini bukanlah satu-satunya kekurangan Kabinet Sabah.

Sepertimana SOP harus dipatuhi untuk memenangi peperangan melawan Covid-19, terdapat juga SOP untuk membina sebuah negeri Sabah yang berjaya — berasaskan perpaduan dan keterangkuman semua, dan bukannya politik beracun dan negatif perkauman dan keagamaan yang menggunakan penyebaran berita palsu dan fitnah untuk mencipta ketakutan dan kebencian dalam masyarakat.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, Warisan Plus mempunyai manifesto yang menggariskan SOP Sabah Baharu ini, di mana Sabah:

– meninggalkan reputasinya sebagai negeri termiskin dalam negara selepas 57 Malaysia ditubuhkan — dengan kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan Kelantan, negeri termiskin di Semenanjung Malaysia;

– di mana hasil kaya negeri Sabah digunakan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur di Sabah untuk menghapuskan kemunduran di kawasan-kawasan yang paling terpencil sekalipun — supaya tidak perlu lagi terjadinya insiden Veveonah Mosibin yang terpaksa menghabiskan 24 jam di atas pokok untuk mendapatkan sambungan internet yang baik bagi membolehkan beliau menduduki peperiksaan di atas talian — dan bukannya digunakan untuk mengayakan poket mereka yang korup dan berkuasa;

– di mana terdapatnya perpaduan dan harmoni di antara pelbagai kumpulan etnik kaum, bahasa, agama, dan budaya dalam negara; dan

– di mana tidak ada sebarang diskriminasi, baik di antara jantina mahupun umur.

Kabinet negeri Sabah ini menjadi bukti yang ia adalah satu batu halangan kepada Sabah dan Malaysia, di mana kempen pemimpin Warisan Plus, Shafie Apdal, yang menggunakan slogan perpaduan dan inklusif seperti: “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti” dan “Marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama” gagal untuk memenangi pilihan raya.

Hasilnya, seperti yang dikatakan oleh Ketua DAPSY Sabah yang juga merupakan ADUN Luyang, Ginger Phoong, terdapat kelompongan kepelbagaian dalam Kabinet baharu Sabah memandangkan Kabinet ini tidak mempunyai sebarang perwakilan daripada golongan muda, wanita, dan komuniti Cina.

Amat menyedihkan apabila umur purata Kabinet Sabah ini adalah 60 tahun — satu langkah kebelakang berbanding dengan Kabinet Shafie Apdal dan juga trend global yang melihat peningkatan penglibatan golongan belia dan wanita dalam kedudukan kepimpinan. Ginger Phoong telah dilantik sebagai Menteri Beliau dan Sukan dalam Kabinet Shafie semasa beliau berumur 29 tahun.

Apa yang lebih menonjol adalah ketiadaan seorang Menteri Kesihatan, terutamanya ketika negeri Sabah sedang menjadi pusat utama penularan wabak Covid-19 dalam negara, dengan Sabah mencatatkan lebih daripada separuh daripada kesemua kes aktif Covid-19, 1,944 kes daripada 3,703 kes aktif di Malaysia.

Tidak ada sesiapa pun yang akan tidak bersetuju jika Kabinet Sabah ini dikatakan sebagai Kabinet paling teruk dalam sejarah Sabah.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 9 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.