First item of business for the 27-day budget meeting of Parliament starting on Nov. 2 is to set up an Opposition-headed Parliamentary Select Committee on Covid-19 to monitor the public health, economic and nation building crisis of Covid-19


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Two months ago during the last parliamentary meeting, I asked whether the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin and the Health Minister, Dr. Adham Baba whether they will give top priority to ensure that a Parliamentary Select Committee on Covid-19 would be set up to monitor the public heath, economic and nation-building crisis of Covid-19.

It is a serious dereliction of duty by both the Prime Minister and the Health Minister that this has not been done, resulting in a leadership vacuum to inspire public trust and confidence to rally all Malaysians, regardless of political affiliation, to wage a single-minded war against the Covid-19 virus for the public health wellbeing of the country, as well as to ensure a sustainable bounce-back of the Malaysian economy after the ravages of over seven months of the Covid-19 pandemic. Even more important, to ensure that the process of nation-building is given top priority.

At that time, the cumulative global total of Covid-19 infections had just passed the 20 million mark.

Today, the cumulative global total has increased by leaps and bounds and has recorded nearly 36.4 million cases and over one million fatalities.

Today, global statistics of Covid-19 pandemic established another grim record, when the global daily increase of Covid-19 cases registered an all-time high of 343,517 cases.

When the World Health Organisation (WHO) declared Covid-19 a pandemic on March 11, 2020, there were more than 118,000 Covid-19 cases in 114 countries, and 4,291 people have lost their lives.

Yesterday’s global daily increase was nearly three times the global total of Covid-19 cases when WHO declared Covid-19 as a pandemic seven months ago – when it killed 4,291 people as compared to the present fatality of 1,060,427 people.

In the United Nations two days ago, the World Health Organisation estimated that roughly one in 10 people may have been infected with the coronavirus, leaving the vast majority of the world’s population vulnerable to the Covid-19 disease it causes.

This is a mind-boggling figure as it would mean that 780 million people are infected with Covid-19 as the world population is 7.8 billion – which is a far cry from the recorded Covid-19 estimate.

Countries all over the world are worried about a second wave of the Covid-19 epidemic, except the United States which has not emerged from its first wave of the Covid-19 epidemic although it leads the world with 7.8 million cases and over 216,000 fatalities.

We in Malaysia are in the thick of a third wave caused by the Sabah state general election with three-digit infections for the last 11 days except one since the Polling Day – the result of the negligence and irresponsibility of backdoor conspirators who wanted to illegally seize power in the Sabah State.

As a result, Malaysia Day on Sept. 16 had the dubious honour of breaking the 10,000-mark for Covid-19 cases in Malaysia, as on that day, the cumulative total of Covid-19 cases stood at 10,147 cases with 128 deaths.

During the 14-day Sabah state general election from Sep. 12 – Sept. 26, the cumulative total of Covid-19 cases increased by over 900 cases, and the number of Covid-19 cases from Sabah general election Nomination Day on Sept. 12 to now is an sharp increase of 4,125 cases and 13 deaths!

It must be a top priority for Malaysia in facing the “once-in-a-century” health crisis that the leadership vacuum is filled so that there can be inspirational examples to the people to unite, regardless of politics, race, religion, class, gender or age to fight and win the war against the Covid-19 virus.

The question is whether the Prime Minister and the Health Minister will agree that the first item of business for the 27-day budget meeting of Parliament starting on Nov. 2 is to set up an Opposition-headed Parliamentary Select Committee on Covid-19 for MPs to monitor the public health, economic and nation building crisis of Covid-19.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 8th October 2020)

==========================

Pembentukan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan dengan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang perlu menjadi agenda pertama persidangan Dewan Rakyat selama 27 hari yang akan berlangsung bermula 2 November ini untuk membolehkan penelitian isu-isu kesihatan awam, ekonomi, dan pembinaan negara dalam berhadapan dengan krisis Covid-19

Dalam persidangan Dewan Rakyat dua bulan lepas, saya telah menanyakan sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba sama ada mereka bersedia untuk menjadikan pembentukan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Covid-19 sebagai agenda utama bagi membolehkan pemantauan perkembangan semasa isu kesihatan awam, ekonomi, dan pembinaan negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Kegagalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan dalam melaksanakan perkara ini adalah satu pengabaian tugas yang serius, yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kelompongan dalam kepimpinan negara dan ketiadaan kepercayaan serta keyakinan rakyat daripada pelbagai latar belakang parti politik untuk bersatu padu melawan wabak Covid-19. Kegagalan ini membantutkan usaha menjaga kesihatan awam rakyat dan juga usaha-usaha untuk melonjakkan semula ekonomi negara secara mampan selepas terjejas teruk selama tujuh bulan akibat wabak Covid-19. Lebih penting lagi, untuk memastikan proses pembinaan negara dapat diberikan keutamaan tertinggi.

Pada masa itu, jumlah kes terkumpul jangkitan Covid-19 berada di paras 20 juta kes.

Hari ini, jumlah kes terkumpul telah meningkat berkali ganda kepada 36.4 juta kes terkumpul, dengan lebih daripada sejuta kematian.

Pada hari ini juga, statistik global Covid-19 telah melakarkan satu lagi rekod baharu, dengan peningkatan harian tertinggi sebanyak 343,517 kes.

Semasa Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 sebagai satu pandemik pada 11 Mac 2020, lebih daripada 118,000 kes Covid-19 dicatatkan di 114 buah negara, dengan 4,291 korban nyawa.

Semalam, jumlah peningkatan harian sahaja sudah hampir tiga kali ganda jumlah kes Covid-19 semasa wabak ini dikategorikan sebagai pandemik tujuh bulan lalu — di mana virus ini mengorbankan 4,291 nyawa, berbanding dengan 1,060,427 setakat semalam.

Di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hari ini, Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan yang kira-kira seorang dalam sepuluh orang mungkin telah dijangkiti oleh koronavirus ini, mendedahkan sejumlah besar populasi dunia kepada risiko jangkitan Covid-19.

Angka ini amatlah merisaukan, memandangkan perkara ini bermakna hampir 780 juta orang telah dijangkiti wabak ini, 10 peratus daripada populasi dunia sebanyak 7.8 bilion orang — jumlah yang sangat berbeza dengan jangkaan semasa Covid-19.

Negara-negara di seluruh dunia sedang bimbang dengan kemungkinan gelombang kedua wabak Covid-19, kecuali Amerika Syarikat yang masih lagi belum keluar daripada gelombang pertama penularan wabak ini walaupun negara tersebut sedang mendahului dengan 7.8 juta kes dan lebih daripada 216,000 kematian.

Manakala kita di Malaysia pula sedang berhadapan dengan gelombang ketiga penularan wabak ini, yang disebabkan oleh Pilihan Raya Negeri Sabah, dengan peningkatan harian tiga angka untuk 11 hari yang lalu kecuali sehari selepas berlangsungnya hari pengundian — hasil kelalaian tidak bertanggungjawab akibat konspirasi golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba merampas kerajaan negeri Sabah.

Hasilnya, negara kita melepasi paras 10,000 kes pada hari Malaysia, dengan 10,147 kes dan 128 kematian.

Sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Sabah yang bermula pada 12 September sehingga 26 September, jumlah terkumpul kes Covid-19 meningkat sebanyak 900 kes, dan jumlah kes Covid-19 sejak hari penamaan calon PRN Sabah sehingga hari ini telah mencatatkan peningkatan mendadak dengan 4,125 kes dan 13 kematian.

Pemulihan terhadap kelompongan dalam kepimpinan negara perlu menjadi keutamaan kerajaan bagi memberikan inspirasi kepada rakyat untuk bersatu padu, tanpa mengira latar belakang politik, kaum, agama, kelas, jantina, mahupun umur, untuk melawan dan memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan bersedia untuk bersetuju yang agenda pertama persidangan Dewan Rakyat selama 27 hari yang akan datang ini adalah penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Covid-19 yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang, untuk mengikuti perkembangan terkini isu-isu kesihatan awam, ekonomi, dan pembinaan negara dalam menghadapi cabaran Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 8 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.