Youth is a state of mind – urgent need to unite Malaysians irrespective of age, gender, race, religion or geography to build a New Sabah and a New Malaysia


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

First of all, let me congratulate Syed Saddiq for showing the way that Malaysia needs new thinking, that we must be colour-blind and cannot be bound by narrow views about nation-building, that we cannot and should not imprison ourselves by racial or religious exclusivity.

Syed Saddiq is forming a political party of youths.

But youth is a state of mind. There are young people who have very old thinking and old people with very youthful ideas.

Youth therefore cannot be defined by chronological age.

What Malaysia needs today is a unity of all Malaysians, irrespective of age, gender, race, religion or geography to build a New Sabah and a New Malaysia.

The Sabah state general election is distinguished by Warisan Plus on the one side which emphasizes unity and inclusivity in plural Sabah and plural Malaysia and on the other side, by the PN, BN and PBS “alliance within an alliance” and its 3Ds of discord, division and disunity.

The “alliance within an alliance” in Sabah is littered with bickering and contradictions, crowded by a record number of political frogs – which is why there are 447 candidates for 73 seats, which will put Sabah into the Guinness Book of Records, but an international achievement which Sabahans have no reason to be proud of.

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin wants Sabah Bersatu chief Hajiji Noor to be the next Sabah Chief Minister, but Muhyddin’s writ does not run among his “alliance within an alliance” in Sabah as Sabah UMNO wants Bung Moktar Radin as the candidate for Sabah Chief Minister.

If the Sabah UMNO had its way and Bung Moktar becomes the Sabah Chief Minister on Sept. 24, the people of Sabah will not be able to raise their heads high in Malaysia or anywhere else in the world, as Sabah will have a foul-mouth Chief Minister who uses four-letter words liberally, and whose political career is infamous for insulting and derogatory remarks and attitudes towards the role and dignity of women in society.

In his pursuit of unity and inclusivity, Warisan Plus leader Shafie Apdal used the slogans of “In God We Trust, Unite We Must” and “We are here to build a nation, not a particular race or religion”,but this is opposed by the PN/BN/PBS “alliance within an alliance” led by Bung Moktar.

The message of Warisan Plus is unity and inclusivity, while the message of the :PN-BN-PBS “alliance within an alliance” in disunity and exclusivity.

It is very clear which combination has the best interests of the people of Sabah at heart.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the Live Facebook dialogue with former Youth Minister Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Sabah State Minister Phoon Jin Zhe, former Sabah State Assemblyman Tan Lee Fatt and MP for Kota Kinabalu Chan Foong Hin in Likas on Sunday, 20th September 2020 at 9 pm)

================================

Muda adalah satu cara pemikiran — terdapat keperluan mendesak untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira umur, jantina, kaum, agama, mahupun geografi, untuk bersatu membina satu Sabah baharu dan Malaysia Baharu

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq kerana berjaya menunjukkan yang negara kita memerlukan satu cara pemikiran yang baharu, yang kita perlu untuk tidak melihat warna kulit dan tidak boleh terikat dengan cara lama dalam membina negara, dan kita tidak boleh mengikat diri kita sendiri dengan pembahagian perkauman dan keagamaan.

Syed Saddiq sedang menubuhkan satu parti politik orang muda.

Namun, muda ini adalah satu cara pemikiran. Terdapat orang muda yang tersekat dengan pemikiran lama dan orang tua dengan idea yang segar dan baharu.

Oleh itu, muda ini tidak boleh didefinasikan melalui umur semata-mata.

Apa yang Malaysia perlukan sekarang adalah perpaduan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira umur, jantina, kaum, agama, mahupun geografi, untuk membina satu Sabah Baharu dan Malaysia Baharu.

Pilihan Raya Negeri Sabah ini menonjolkan dua kumpulan utama yang berbeza, Warisan Plus yang menekankan perpaduan dan keterangkuman masyarakat majmuk Sabah dan Malaysia dan di pihak satu lagi pula, “gabungan dalam gabungan” PN, BN, dan PBS dengan 3P pertelingkahan, perselisihan, dan perpecahannya.

“Gabungan dalam gabungan” di Sabah ini penuh dengan pertelingkahan dan percanggahan sesama sendiri, dibanjiri dengan jumlah katak politik yang memecahkan rekod — sehingga terdapat 447 calon yang bertanding untuk 73 kerusi, yang pastinya akan meletakkan Sabah ke dalam Guinness Book of Records untuk satu pencapaian yang tidak akan dibanggakan oleh rakyat Sabah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin maju Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor untuk menjadi calon Ketua Menteri gabungan mereka. Namun begitu, sentimen ini tidak dikongsi oleh ahli-ahli “gabungan dalam gabungan” ini memandangkan UMNO Sabah pula mahukan Pengerusi mereka, Bung Moktar Radin sebagai calon Ketua Menteri Sabah.

Jika Bung Moktar menjadi Ketua Menteri Sabah pada 26 September ini, rakyat Sabah hanya akan mampu tertunduk malu, kerana Sabah akan dipimpin oleh seorang pemimpin bermulut kasar, yang selalu menyumpah dengan perkataan empat huruf, seorang pemimpin yang terkenal sepanjang kerjaya politiknya sebagai seorang yang sering menghina martabat dan peranan wanita dalam masyarakat.

Dalam usaha mengejar perpaduan, pemimpin Warisan Plus, Shafie Apdal telah menggunakan slogan “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti” dan “Marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama” tetapi slogan ini jelas ditentang oleh “gabungan dalam gabungan” PN, BN, PBS yang diketuai oleh Bung Moktar.

Mesej yang dibawa oleh Warisan Plus adalah mesej perpaduan, manakala mesej yang dibawa oleh “gabungan dalam gabungan” PN-BN-PBS adalah mesej perpecahan dan pembahagian.

Amat jelas sekali, kombinasi yang mana yang akan menjaga kepentingan rakyat Sabah.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri dalam sesi Dialog Facebook Li(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri dalam sesi Dialog Facebook Live bersama mantan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Negeri Sabah Phoon Jin Zhe, mantan ADUN Sabah Tan Lee Fatt, dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin di Likas pada jam 9 malam pada hari Ahad 20 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.