Cabinet on Wednesday should place Keningau Batu Sumpah and its three commitments on religious freedom, land and adat istiadat of Orang Asal on the agenda of the new Special Committee on MA63


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The solar power system for Tamu Sangadau in Kepayan is evidence of the DAP and Warisan Plus’ commitment to help the ordinary people in the country.

It was yesterday revealed that according to the Statistics Department, Sabah has the highest poverty rate in the country last year at 19.5 per cent when the national poverty rate was only 5.6%, and that about 40 per cent of the indigenous people in the State are poor or below the Poverty Line Income (PGK).

Tongod, Pitas and Kota Marudu are among the poorest districts in the country with poverty at about 50 per cent.

Sabah is followed by Kelantan which occupies the second spot with a poverty rate of 12.4 per cent, followed by Sarawak with a 9 per cent poverty rate.

The question is why Sabah, which is one of the states endowed with the richest natural resources like oil, gas, timber and fertile soil, should end up as the poorest state in the country 57 years after the formation of Malaysia?

If there is no corruption and abuses of power, and good governance is the order of the day in the last six decades, Sabah’s rich resources should be reflected in the poverty rate, and as Sabah is one of the richest states in the country, the poverty rate in Sabah should be below 5.6% which is the national poverty rate.

Instead, Sabah’s poverty rate is 19.5% with 40 per cent of the indigenous people in Sabah below the poverty line.

On Wednesday, when Malaysia celebrated Malaysia Day on September 16, the Prime Minister conspicuously absented him from the commemorative event at Keningau Batu Sumpah or he would have made history as the first Prime Minister to pay obeisance to the validity and legitimacy of Keningau Batu Sumpah.

Tan Sri Muhyddin Yassin was instead in Sibu for another Malaysia Day event where he announced the formation of a Special Committee on Malaysia Agreement 1963 to discuss outstanding issues pertaining to MA63.

But for the first time in the history of Malaysia on the formation of important committees, the full membership composition was not announced – indicating that the announcement was more a P.R exercise, and that the Prime Minister himself was not serious about it.

Will the Cabinet meeting on Wednesday decide on the full membership of this Special Committee to demonstrate the Cabinet’s seriousness of purpose on this issue?

Furthermore, Muhyiddin’s absence from the commemorative event at Keningau Batu Sumpah on Malaysia Day although billboards were erected at prominent places to announce the participation of the Prime Minister at the Keningau Batu Sumpah event raises questions about the seriousness of the Perikatan Nasional (PN) government to uphold the three Batu Sumpah pledges of “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” and “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan”.

Will the Cabinet on Wednesday take the important decision to place the Keningau Batu Sumpah on the agenda of the Special Committee on MA63?

Is the Deputy Minister in the PN government, Dr. Jeffrey Kitingan, prepared to give an undertaking that this will be done by the Cabinet on Wednesday.

As Jeffrey received a memorandum to the Prime Minister on the Keningau Batu Sumpah by the KDM native chiefs at the commemorative event, this memorandum on Keningau Batu Sumpah should be discussed at the Cabinet on Wednesday, and Jeffrey should ensure that the Cabinet would place the Keningau Batu Sumpah as one of the agendas of the Special Committee on MA63.

For close to half a century, except for one or two Sabah politicians, the Keningau Batu Sumpah had been completely forgotten whether by national or Sabah leaders, until I visited Keningau in March 2010 together with two DAP MPs, Teo Nie Ching and Lim Lip Eng and the then lone Sabah State Assemblyman Jimmy Wong.

Until then, I had never heard of the Keningau Batu Sumpah because no one ever raised it not even in Parliament by Sabah BN Members of Parliament.

The Keningau Batu Sumpah inscribed the historic guarantees given to Sabahans in the interior for Sabah’s joining in forming Malaysia in 1963 – about freedom of religion, that land will forever be a state matter and customary rights will forever be respected and safeguarded by the government.

After my March 2010 visit to the Keningau Batu Sumpah, it was clear that the solemn pledges laid out in the trinity of rights to Sabahans from the interior in exchange for the formation of Malaysia had not been honoured and fulfilled.

As a result, I became the first Member of Parliament to raise the Keningau Batu Sumpah issue in Parliament, and since then, DAP MPs from Sabah, particualy Jimmy Wong and the late Stephen Wong had consistently raised the issue in Parliament.

We also launched a Batu Sumpah Awareness campaign, and Czech writer Milan Kundera’s famous quote “The struggle of man against power is the struggle of memory against forgetting” was most apt to use during the Batu Sumpah Awareness Campaign.

I hope that on Wednesday, an important chapter in upholding the Keningau Batu Sumpah would be achieved with the Cabinet placing the Keningau Batu Sumpah as one of the agendas of the Special Committee on MA63.

Will Muhyiddin and Jeffrey Kitingan ensure that this will be done on Wednesday and that an announcement on it be made after the Cabinet meeting?

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang when launching the solar power system for Tamu Sangadau, Kepayan on Sunday, 20th September 2020 at 6.30 p.m.)

===============================

Kabinet perlu membincangkan Batu Sumpah Keningau dan ketiga-tiga janjinya mengenai kebebasan beragama, hal ehwal tanah dan adat istiadat Orang Asal sebagai agenda Jawatankuasa Khas MA63 pada hari Rabu ini

Sistem tenaga solar untuk Tamu Sangadau di Kepayan ini adalah bukti komitmen DAP dan Warisan Plus untuk membantu kehidupan seharian rakyat dalam negara.

Semalam, Jabatan Statistik telah mendedahkan yang Sabah mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi dalam negara kita, pada kadar 19.5 peratus, sedangkan kadar kemiskinan kebangsaan hanya berada pada kadar 5.6%, dan hampir 40 peratus golongan Orang Asal dalam negeri Sabah berstatus miskin atau berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Tongod, Pitas, dan Kota Marudu adalah antara beberapa daerah yang termiskin dalam negara kita dengan kadar kemiskinan sekitar 50 peratus.

Kedudukan Sabah diikuti oleh Kelantan yang berada di tempat kedua dengan kadar kemiskinan setinggi 12.4 peratus, dan kemudiannya oleh Sarawak dengan 9 peratus kadar kemiskinan.

Persoalannya, mengapakah Sabah, yang merupakan salah satu negeri yang paling kaya dengan hasil sumber asli seperti minyak, gas, balak, dan tanah yang subur, menjadi negeri termiskin dalam negara selepas 57 tahun Malaysia ditubuhkan?

Jika tidak ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan pentadbiran yang baik menjadi agenda utama dalam enam dekad yang lepas, hasil-hasil negeri Sabah yang kaya ini semestinya akan dapat dilihat daripada kadar kemiskinan di Sabah, di mana Sabah sebagai salah sebuah negeri yang terkaya dengan hasil, seharusnya mempunyai kadar kemiskinan di bawah kadar purata kebangsaan 5.6%.

Tetapi, kadar kemiskinan di Sabah berada pada kadar 19.5% peratus, dengan hampir 40 peratus populasi Orang Asal di Sabah hidup bawah garis kemiskinan.

Pada hari Rabu lepas, semasa negara kita menyambut Hari Malaysia pada 16 September, Perdana Menteri telah menghilangkan dirinya daripada menghadiri acara peringatan Batu Sumpah Keningau, jika tidak, beliau sudah akan melakarkan sejarah sebagai Perdana Menteri pertama dalam sejarah yang mengiktiraf Batu Sumpah ini.

Sebaliknya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Sibu untuk satu lagi acara sambutan Hari Malaysia di mana beliau mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 untuk membincangkan isu-isu yang masih belum selesai berkenaan dengan perjanjian tersebut.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah negara kita, pengumuman Jawatankuasa yang sepenting ini tidak dibuat bersama dengan pengumuman ahli-ahlinya — menunjukkan yang yang penubuhan jawatankuasa ini hanyalah satu wayang politik dan Perdana Menteri sendiri tidak serius dengan jawatankuasa ini.

Adakah mesyuarat Kabinet pada hari Rabu ini akan memutuskan hal keahlian Jawatankuasa ini bagi menunjukkan keseriusan kerajaan dalam perkara ini?

Tambahan lagi, ketiadaan Muhyiddin pada acara peringatan Batu Sumpah Keningau pada Hari Malaysia yang lepas, sedangkan papan tanda mengumumkan kehadiran Perdana Menteri telah pun dinaikkan, menimbulkan persoalan kepada keseriusan kerajaan Perikatan Nasional dalam mempertahankan ketiga-tiga janji Batu Sumpah ini; “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” dan “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan”.

Adakah Kabinet pada hari Rabu ini juga akan mengambil keputusan penting untuk meletakkan Batu Sumpah Keningau sebagai sebahagian daripada agenda Jawatankuasa Khas MA63?

Adakah Timbalan Menteri dalam kerajaan PN, Dr Jeffrey Kitingan bersedia untuk berjanji yang perkara ini akan dilakukan oleh Kabinet pada hari Rabu ini?

Memandangkan Jeffrey telah menerima memorandum daripada ketua masyarakat KDM pada acara peringatan tersebut, untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, memorandum ini juga patut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu ini dan Jeffrey perlu memastikan yang Kabinet akan menjadikan Batu Sumpah Keningau sebagai salah satu agenda utama Jawatankuasa Khas MA63.

Untuk selama lebih daripada setengah abad, selain daripada oleh seorang dua ahli politik Sabah, Batu Sumpah Keningau telah dilupakan sama sekali baik dalam kalangan pemimpin Sabah mahupun pemimpin kebangsaan, sehinggalah saya sendiri melawat Keningau dalam bulan Mac 2010 bersama dengan dua orang Ahli Parlimen DAP ketika itu, Teo Nie Ching dan Lim Lip Eng bersama-sama dengan satu-satunya ADUN DAP Sabah, Jimmy Wong.

Sehingga hari itu, saya sendiri tidak pernah terdengar mengenai Batu Sumpah Keningau ini kerana ia tidak pernah disebut mahupun dibangkitkan oleh mana-mana Ahli Parlimen Sabah di Parlimen.

Pada Batu Sumpah Keningau ini, diukirkan jaminan bersejarah kepada rakyat Sabah, terutamanya yang berada di pedalaman, semasa menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 — mengenai kebebasan beragama, hal ehwal tanah akan selama-lamanya menjadi bidang kuasa kerajaan negeri, dan hak-hak adat akan sentiasa dihormati dan dipelihara oleh kerajaan.

Selepas lawatan saya pada bulan Mac 2010 ini, saya dapati jelas sekali yang janji-janji yang terukir pada Batu Sumpah ini tidak dikotakan sepenuhnya.

Oleh itu, saya telah menjadi Ahli Parlimen pertama yang membangkitkan isu Batu Sumpah Keningau ini Parlimen, dan sejak hari itu, Ahli Parlimen DAP daripada Sabah secara konsisten telah membangkitkan isu ini.

Kami juga telah melancarkan kempen Kesedaran Batu Sumpah, di mana kata-kata ulung penulis Czech, Milan Kundera “Perjuangan manusia melawan kuasa adalah perjuangan ingatan melawan lupa” menjadi cogan kata kempen ini.

Saya berharap, pada hari Rabu ini, satu lagi sejarah bakal dilakarkan dengan Kabinet meletakkan Batu Sumpah Keningau ini sebagai salah satu agenda utama Jawatankuasa Khas MA63.

Adakah Muhyiddin dan Jeffrey Kitingan akan memastikan perkara ini berlaku pada hari Rabu ini dan mengumumkannya selepas mesyuarat Kabinet?

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang semasa melancarkan sistem tenaga solar untuk Tamu Sangadau di Kepayan pada jam 6:30 petang, hari Ahad 20 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.