Najib is the most malignant political force in the history of Malaysia – global kleptocrat, habitual liar and greatest threat to the vision of a united, progressive and prosperous Malaysia


Najib adalah salah satu kuasa politik yang paling merosakkan dalam sejarah Malaysia — seorang kleptokrat global, kaki penipu, dan ancaman terbesar kepada satu visi Malaysia yang bersatu, progresif, dan makmur

Apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar saya untuk berdebat dengannya di dalam satu temubual dengan Free Malaysia Today pada hari Selasa yang lepas, perkara pertama yang terlintas pada fikiran saya adalah; patutkah seseorang itu berdebat dengan seorang kleptokrat yang mempunyai penyakit suka menipu ataupun memang kaki penipu.

Saya telah menambah, sekira berlakunya perdebatan ini, topik yang terbaik adalah “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti”.

Najib kelihatan tidak kisah dipanggil seorang kleptokrat dan kaki menipu dan bersetuju secara serta merta dengan topik tersebut, tetapi menambah secara licik: “Saya terima tajuk disarankannya tetapi seadilnya dan semoleknya kita perlu bincangkan topik-topik lain semasa debat ini.”

Menjawab cabaran ini, saya telah melantik Setiausaha Politik saya, Syahredzan bin Johan dan Ahmad Faiz Mustafa, Pegawai Perhubungan Parlimen saya untuk berurusan dengan pegawai Najib bagi memuktamadkan butir-butir perdebatan ini untuk dilangsungkan selepas Hari Raya.

Saya juga telah mengalu-alukan pandangan dan komen daripada rakyat Malaysia mengenai topik “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” ini untuk mengemelkan cadangan mereka kepada [email protected].

Sepanjang 48 jam yang lepas, saya telah menerima segunung nasihat melalui emel, Whatsapp dan telefon, termasuklah daripada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, menggesa saya untuk tidak berdebat langsung dengan Najib.

Tanpa ragu lagi, Najib memanglah satu kuasa politik yang paling merosakkan dalam sejarah Malaysia — dia bukan sahaja seorang kleptokrat dan kaki menipu, tetapi merupakan satu cabaran yang besar terhadap visi Malaysia yang bersatu, progresif, dan makmur dengan sokongan tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab beliau terhadap politik penipuan, kebencian, dan ekstremis yang menyebabkan perpecahan perkauman dan keagamaan terburuk dalam sejarah Malaysia.

Berikut adalah beberapa contoh nasihat yang telah saya terima —

1. Daripada seorang ahli akademik melayu: “Najib tidak akan hilang apa-apa langsung dengan berdebat dengan anda. Dia tidak ada tempat untuk pergi kecuali dengan ke atas. Dengan berdebat dengan anda, dia akan mendapat sokongan kebanyakan orang Melayu. Debat ini hanya akan melibatkan anda berdua dan tak kiralah apa pun yang dibahaskan, dia akan menang perperangan politik ini. Semua ini belum dikira dari segi debat perkauman, ini semua hanyalah perangkap dia.”

2. Daripada seorang blogger melayu: “Soalnya kenapa Najib tiba-tiba cabar Lim Kit Siang berdebat? …Sebabnya cuma satu saja. Sebab Lim Kit Siang itu Cina dan mari dari parti DAP. Itu je… Maknanya Najib akan gunakan majlis debat dengan Kit Siang itu untuk membangkitkan sentimen perkauman habis-habisan… Sebab itu dia cabar Lim Kit Siang berdebat.”

3. “Kami, rakyat Malaysia tak nampak sebarang kebaikan pun daripada debat ini. Sebaliknya, anda hanya akan memanjangkan kredibiliti nama (Najib) yang sudahpun tercemar. Dia tak ada apa-apa lagi yang bernilai untuk disumbangkan kepada pembinaan negara. Tempat yang paling elok (untuk Najib) hanyalah Mahkamah Kehakiman dan itu sahaja.”

4. “Tolong jangan jalankan debat ini. Ia hanya akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ia takkan membuktikan apa-apa yang rakyat belum tahu. Biarkan mahkamah yang tentukan. Anda takkan boleh menyakinkan penyokong dia. Dia hanya akan menyebabkan huru-hara dalam majlis ini dan anda akan menyalahkan diri sendiri buat sepanjang hayat.”

5. Saya telah mengikuti perkembangan politik semasa negara yang tercinta ini untuk sekian lamanya. Terutamanya, saya telah berminat dan mengikuti situasi politik sejak daripada berita mengenai skandal 1MDB muncul buat pertama kalinya pada tahun 2015. Saya sentiasa mengagumi ketabahan anda sebagai seorang ketua pembangkan, integriti anda sebagai seorang individu dan cinta anda untuk negara ini. Saya menulis hari ini untuk memujuk anda untuk tidak terjerumus kedalam perangkap Najib Razak, bekas Perdana Menteri kita. Pada waktu ini, sebarang debat dengan Najib dengan situasi Najib sebagai penyumbang utama kepada kehilangan kuasa yang bersejarah di Malaysia hanya akan memberi legitimasi kepada status Najib sebagai Ketua Pembangkang de facto Debat yang dicadangkan ini hanya akan memberikan ruang awam kepada Najib untuk menyatukan penyokongnya dan menguatkan rancangannya untuk kembali memerintah. Debat ini juga mungkin sebahagian daripada dedak yang ditaburkan untuk menguatkan kontroversi isu-isu perkauman yang Najib gunakan sejak kemunculan skandal 1MDB. Akhirnya, pada pandangan saya, debat ini adalah sebahagian daripada rancangan Najib untuk membuktikan yang anda adalah “kuasa sebenar” dalam Pakatan Harapan kepada penyokongnya. Dalam percaturan politik ini, Najib mempunyai lebih sedikit risiko kerugian dari anda.”

6. “YB Lim Kit Siang, tidak ada malunya, tetapi hanya kehormatan dalam menolak cabaran berdebat dengan bekas Perdana Menteri yang telah dimalukan ini apabila menerima cabaran ini hanya akan membawa kepada lebih banyak keburukan kepada negara.”

7. “Ia tidak memberi keuntungan kepada anda mahupun Pakatan Harapan untuk berdebat dengan Najib. Ia hanya akan memberikan kelebihan kepada kepada dia dengan memberikan dia peluang untuk menghentam kerajaan dan menyatakan kesuciannya dan untuk mengatakan yang dia hanyalah seorang mangsa konspirasi politik. Sesetengah rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh mungkin akan mempercayai penipuan ini.”

8. “Saya telah mengikuti debat Parlimen sejak PH mengambil alih kerajaan, jika dia serius dan mempunyai hati nurani, dia akan berdebat dalam sesi Parlimen semasa dicabar oleh pelbagai menteri untuk mempertahankan polisi dan dirinya mengenai 1MDB, FGV dan Tabung Haji.”

9. “Apakah kebaikannya untuk rakyat Malaysia jika NAJIB diperbodohkan dan dimalukan anda dengan anda sebagai pemenang? Di mata semua rakyat Malaysia, dia hanyalah seseorang yang hidup segan mati tak mahu, yang hanya mampu menimbulkan rasa syak wasangka dan sentimen perkauman dikalangan orang Melayu.”

10. “Saya tabik pada niat murni tuan untuk menerima cabarannya sebagai seorang yang bermaruah, tetapi lawan pihak tuan telah membuktikan yang dirinya bukanlah seorang yang bermaruah, tetapi satu makhluk yang tidak mempunyai sebarang panduan moral ataupun rasa kesal, oleh itu dengan penuh hormatnya saya berasakan bahawa ia adalah satu perbuatan yang sangatlah naif untuk menganggap yang Najib akan berubah menjadi seorang insan yang bermaruah untuk berdebat dengan taraf yang diharapkan anda.”

Sejak awal tahun ini, telah terdapat satu cubaan keji yang sistematik untuk meningkatkan ketegangan perkauman dan keagamaan di Malaysia.

Contohnya, baru-baru ini seorang ketua NGO Muslim telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai pengeluaran setem yang memaparkan Gereja St George di Pulau Pinang oleh Pos Malaysia.

Ketua NGO Muslim ini telah menulis di Facebook yang mana setem ini merupakan salah satu daripada contoh Islam dibuli sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Mei lalu dan ia boleh mengelirukan orang asing untuk menganggap yang Malaysia adalah sebuah negara Kristian, sedangkan setem ini adalah sebahagian daripada satu siri setem berkenaan tempat-tempat ibadat di Malaysia, dan dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 2016, dua tahun sebelum Pakatan Harapan mendapat kuasa.

Memandangkan besar kemungkinan debat “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” diantara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina, sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini.

Kini DAP adalah merupakan salah satu parti komponen Kerajaan Pakatan Harapan dan satu disiplin baru diperlukan diantara parti komponen untuk mengutamakan kepentingan pakatan ini jika kita mahu berjaya dalam visi bersama yang dijanjikan didalam Manifesto Pilihanraya Umum Pakatan Harapan untuk membina satu Malaysia yang baharu — berterasan lima objektif utama iaitu menurunkan kos sara hidup rakyat, melaksana reformasi institusi, memberdayakan perkembangan ekonomi, memulangkan kuasa kepada Sabah dan Sarawak, dan membina satu Malaysia yang inklusif dan bersederhana.

Ini bukanlah kerja seratus hari atau bulan tetapi kerja bertahun dan berdekad. Ini adalah kerja yang memerlukan komitmen untuk membawa penyatuan, kebebasan, keadilan, dan kemakmuran untuk Malaysia dan semua rakyatnya, bukanlah mendalamkan polarisasi perkauman dan keagamaan ataupun menyebakan politik penipuan, kebencian, dan ekstrimis.

Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut. Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat. Tetapi, ada satu perkara yang saya tidak akan berkompromi — kepentingan utama negara dan semua rakyat Malaysia.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis 23 Mei 2019)

=================================

When former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, challenged me to a debate in an interview with Free Malaysia Today on Tuesday, my foremost thought was whether one should debate with a kleptocrat and a pathological or habitual liar.

I had added that if there is a debate, probably the best subject is “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity”.

Najib did not mind being called a kleptocrat and a pathological or habitual liar, and agreed immediately to the topic, although he added cryptically: “But in fairness, we should also discuss other topics during the debate.”

In response, I said I was appointing Syahredzan bin Johan, my political secretary and Ahmad Faiz Mustafa, my parliamentary liaison officer, to liaise with Najib’s officers to finalise details of the debate after Hari Raya.

I also welcomed Malaysians who have views on the subject “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” to email their views and suggestions at [email protected].

For the past 48 hours, I had been inundated with an avalanche of advice through email, WhatsApp and even by phone, including by Malaysians from overseas, 99% of whom urged me not to debate with Najib at all.

Undoubtedly, Najib is the most malignant political force in the history of Malaysia – he is not only a global kleptocrat, a habitual liar but also the greatest threat to the vision of a united, progressive and prosperous Malaysia in his immoral, unconscionable and irresponsible support of the toxic and vicious politics of lies, falsehood, hate, intolerance and extremism to effect the worst racial and religious polarisation and national division in Malaysian history.

This is a sample of the advice which I have received –

1. From a Malay academician: “Najib has nothing to lose and everything to gain by asking you to debate. He has no where to go but up. By debating you he would have most Malays behind him. There will be only two of you and regardless your points he will win the political war. There is also a potential of a racial debate. This is a trap.”

2. From a Malay blogger: “Soalnya kenapa Najib tiba-tiba cabar Lim Kit Siang berdebat? …Sebabnya Cuma satu saja. Sebab Lim Kit Siang itu Cina dan mari dari parti DAP. Itu je…Maknanya Najib akan gunakan majlis debat dengan Kit Siang itu untuk membangkitkan sentimen perkauman habis-habisan….Sebab iu dia cabar Lim Kit Siang berdebat.”

3. “We, the rakyat cannot see any iota of benefit from this exercise. On the contrary, you will simply be extending respectability to his tarnished image. He has nothing of value to offer toward Nation building. His rightful place is in the Courts of Justice, and nowhere else.”

4. “Plse don’t do the debate. It has much more HARM than good. It doesn’t prove anything reasonable people know. Let the court decide. You can’t convince his supporters. He could even turn it into chaos and you’ll blame yourself the rest of your life.”

5. “I have been following politics in my beloved country for many years. In particular, I have been especially keen and interested in the political situation since news of the 1MDB scandal broke in 2015. I have always admired your tenacity as an opposition leader , your integrity as a person and your love for our country. I write today to implore you not to take the bait of a debate that is being dangled by our former pm Najib Razak. Any debate with Najib at this stage and in the prevailing situation of Najib being the main contributor to a historical loss of power in Malaysia, will only legitimize his undeserved status as the de facto leader of the Opposition. The proposed debate will serve to furnish Najib a public platform to rally his base and it may even strengthen his planned re entry into the powers of government. The debate may even be a fodder for the fermentation of racially divisive issues which Najib had so subtly played since the 1MDB debacle came to fore. Lastly, in my view, this debate is Najib’s attempt to portray you as the ‘real’ power behind the Pakatan government solely to rally the Malay votes to his advantage. It is a political gambit that Najib has less to lose than you.”

6. “YB Lim Kit Siang, there is no shame but instead honour in declining a debate challenge from a disgraced ex-premier when accepting such a challenge may bring more harm than good to our nation.”

7. “It serves neither you nor Pakatan Harapan to take Najib on in a debate. It will only benefit him by giving him the exposure and opportunity to whack the current government and protest his innocence and cry out that he is a victim of a political conspiracy. Gullible Malaysians may be persuaded to believe him.”

8. “I have been following the Parliament Debate since PH took over, if he is serious and have conscience he would have done it during Parliament sittings being challenged in IMDB, FGV, TH by many ministers to defend himself and past policy.”

9. “What good is it for the Malaysian public if NAJIB is made a fool and shamed by you and you are the overwhelming WINNER? To all Malaysians, he is just a DEADMAN walking with nothing to lose but to stir up doubts and racial sentiments among the Malays.”

10. “I salute you for harbouring a noble wish to do as a gentleman would do, but your target opponent has proven himself to be not a gentleman but a creature devoid of any moral compass or compunction, hence with due respect it’s extremely naive on your part to attribute even a thin glimmer of hope that Najib would, Voila!, transform into a gentleman for the debate to conform to your wishful thinking.”

In the past year, there had been a systematic and unconscionable attempt to intensify and escalate racial and religious polarisation in Malaysia.

The most recent example is the statement by a Muslim NGO leader regarding Pos Malaysia issuing a stamp featuring St. George’s Church in Penang.

The Muslim NGO leader took to Facebook to complain that the stamp was another example of how Islam was being bullied since Pakatan Harapan rose to power in May last year and that it could lead foreigners to think Malaysia is a Christian state when it actual fact, the stamp was part of a series on places of worship in Malaysia, which was first issued in 2016, two years before Harapan came to power.

As there is great likelihood that the debate on “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” between Najib and myself could be turned into a Malay vs Chinese conflict, when the battle against corruption, abuses of power and criminal conduct like money-laundering is not a racial or religious issue but an issue of good values and good governance, I have decided not to proceed with the debate with Najib.

The DAP is now a member of the Pakatan Harapan coalition government and a new discipline is needed among the component parties in the Pakatan Harapan coalition to also think of the interests of the coalition if we are to succeed in our common vision spelt out in the Pakatan Harapan general election pledge to build a New Malaysia – comprising the five pillar objectives to reduce the costs of living, achieve institutional reforms, engineer economic growth, restore power to Sabah and Sarawak and to build an inclusive and moderate Malaysia.

This is the work not of one hundred days or months but of years and decades. It calls for steadfast commitment to bring about unity, freedom, justice and prosperity to Malaysia and to all Malaysians and not deepening racial and religious polarisation or the vicious and toxic politics of lies, falsehoods, hate, intolerance and extremism.

I know my decision will be greeted with tempests of allegations that I am a coward. My 53 years of politics is an open book for Malaysians to judge whether I am a coward or not, and I am always prepared to subject myself to the judgement of Malaysians. However, there is one thing I will not compromises – the higher interests of the nation and Malaysians.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 23rd May 2019)

  1. #1 by Bigjoe on Thursday, 23 May 2019 - 7:23 pm

    Najib is already bragging. Only his corrupted die-hards is fueled by it. Rest are still wondering how come PH leaders does not understand that the only reaction they want of PH leaders to Najib’s taunts is how to send Najib faster and longer into jail and get back the money he took.

  2. #2 by Bigjoe on Saturday, 25 May 2019 - 11:07 am

    An overused kettle calling the pot black is not malignant but the reckless tone it sets enable ready toxic and malignant politics to flourish recklessly, at the very least too costly publicly..

You must be logged in to post a comment.