Archive for March 10th, 2019

All Malaysians must uphold the Constitution to respect all religions in Malaysia but there should be no excessive punishments like the 10-year jail sentence for a social media holder for insulting Islam and Prophet Mohamad

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Ahad, 10 Mac 2019:

Semua rakyat Malaysia harus mendukung Perlembagaan dan menghormati semua agama di Malaysia, namun tidak perlu ada hukuman yang berlebihan seperti hukuman 10 tahun penjara terhadap seorang pengguna sosial media selepas didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad

Semua rakyat Malaysia harus mendukung Perlembagaan dan menghormati semua agama di Malaysia, namun tidak perlu ada hukuman yang terlalu berat seperti hukuman 10 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuching terhadap seorang pengguna media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Seperti yang dinasihati Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Hanipa Maidin, pengguna media sosial berkenaan harus merayu keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen Kuching tersebut.

Kemunculan media sosial telah membawa rakyat Malaysia ke sebuah zaman baru, di mana apa sahaja yang diperkatakan mereka di media sosial tidak lagi menjadi satu hal yang peribadi, tetapi sebaliknya boleh dihebahkan secara pantas kepada masyarakat umum.

Rakyat Malaysia harus senantiasa sedar akan penggunaan dan penyalahgunaan media sosial, yang mana boleh membawa impak yang begitu besar.

Rakyat Malaysia, tidak kira orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli harus membentuk sikap skeptikal dan sinis terhadap sebarang mesej yang diterima mereka di media sosial, tidak kira di Facebook, Twitter, Instagram atau Whatsapp, dan mempersoalkan setiap mesej tersebut: “adakah ini benar”, dan menyemak kesahihan mesej berkenaan sebelum berkongsi maklumat itu dengan orang lain. Read the rest of this entry »

8 Comments