Is the PAS official stand on Christmas represented by the PAS Secretary-General or the PAS Youth Leader and Hadi’s son?


Is the warning by the PAS Youth Leader and the son of the PAS President, Muhammad Khalil Abdul Hadi, warning Muslims not to post Christmas greetings on Facebook because the Christian celebration is against the teachings of Islam and that there should not be any acknowledgement of the Christian religion the official stand of PAS or is it merely the personal view of the son of the President?

This question arises after the PAS Secretary-General Takiyuddin Hassan sent out festive greetings in conjunction with Christmas after Khalil’s warning.

Who has the bigger say in PAS – the PAS Secretary-General or the PAS Youth Leader who is also the son of the PAS President?

What is the stand of the PAS President, Datuk Seri Hadi Awang, the PAS Mursyidul Am Hashim Jasiin and the PAS Dewan Syura on this issue?

Yesterday, I pointed out that in Malaysia, the Sultan of Johore Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Permaisuri Johor Raja Zarith Sultan Idris Shah, the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Deputy Prime Minister, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail, the PKR President Datuk Seri Anwar Ibrahim and outside Malaysia, the Turkish President Recep Tayyip Erdogan, Jordan’s King Abdullah II and the Palestinian President Mohmoud Abbas gave Christmas greetings and partake in Christmas celebrations.

Are they any less a Muslim as a result?

An ally of the Muhamad Khalil Hadi, in an attempt to distract attention from the controversy sparked by the primitive warning of the PAS Youth Leader, has claimed that “Amanah Kit Siang” is more dangerous than Amanat Hadi.

I am most flattered for two reasons, firstly, that there is an Amanat Kit
Siang without my knowing it or anybody else knowing it; and secondly, that some 15 years after Hadi had dismissed me as “expired medicine” which had “outlived its usefulness”, I am still capable of conjuring the image of an “Amanat Kit Siang”.

Did this PAS leader consult Hadi before making such a statement, which would make the PAS President look so foolish as long ago as 15 years ago!

But such gambit cannot hide the fact that the PAS leadership had failed to answer many pertinent questions.

Here is one such question:

PAS President Hadi has said that all Muslims must oppose the ratification of the International Convention on the Elimination of all Forms of Racial Discrimination (ICERD), alleging ICERD is a “Freemason agenda” with the intention to destroy the religion, nation and society.

However, some 99 per cent of the 1.3 billion Muslims in the world are living in 179 countries which have ratified ICERD, including 55 of the 57 member nations of Organisation of Islamic Conference (OIC), such as Saudi Arabia, Indonesia, Turkey, Qatar, United Arab Emirates, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestine, Algeria, Morocco, Afghanistan, Bangladesh and Pakistan.

Is PAS going to be the saviour of Muslims in the world, including Muslims in the Islamic heartlands centred in Saudi Arabia, and launch an international campaign to get the 1.3 billion Muslims to oppose ICERD?

It is sad and pathetic that more and more PAS leaders are showing their primitive mindset – like the PAS Selangor Ulama who shared a video of an Indonesian pop band shortly before being swept away by the recent tsunami.

Such primitive mindset may have some influence, like on the UMNO President Datuk Seri Zahid Hamidi, who has gone of “garden leave”, as to influence his thinking as evidenced by his parliamentary utterance, but it does not raise the stocks of the PAS leaders among thinking Malaysians.

PAS leaders would learn more from the Deputy Prime Minister, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, who spoke at a Christmas hi-tea reception yesterday and shared her experience studying at convent schools, thanking her nun teachers for inculcating good values that shaped her into being a better person or the touching Malaysiakini article by writer Fa Abdul, “My first Sunday mass before Christmas”, for it is clear that what is sorely lacking among these PAS leaders is the four-lettered word “love” to stem the distrust and hate in our society.

Eleven years ago, in December 2007, 129 prominent Muslims from all around the world issued Christmas greetings from Amman to the world’s Christians, following up on an October call earlier that year for greater dialogue between the two faiths.

The Islamic statement thanked the many Christians who have responded to the October call – entitled “A Common Word”– which was issued by many of the same Muslim leaders. The “Common Word” initiative is supported by the Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, headed by Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal of Jordan.

The “Common Word” leaders noted the moral principles shared by the “Abrahamic faiths,” including the determination to uphold the sanctity of human life. The Christmas greeting includes a plea for Christians and Muslims to join to “do their utmost to save, uphold, and treasure every single human life and especially the life of every single child.”

Is there an Amanat Kit Siang?

If there is, let it be the following: Let Malaysians, whether Muslims, Christians, Buddhists, Hindus or other faiths resolve that one of the objectives of a New Malaysia is to make Malaysia one of the foremost nations in the world in interfaith dialogue, understanding and tolerance.

Will PAS support this objective?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, December 26, 2018)

——————————————————
——————————————————

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Rabu 26 Disember 2018:

Yang mana satu pendirian rasmi PAS berhubung ucapan Krismas? Adakah daripada Setiausaha Agung PAS atau Ketua Pemuda PAS merangkap anak Hadi?

Adakah peringatan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS merangkap anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, supaya orang Islam tidak membuat ucapan Krismas di Facebook kerana sambutan penganut agama Kristian itu bertentangan dengan akidah Islam merupakan pendirian rasmi PAS atau sekadar pandangan peribadi anak presiden parti itu semata-mata?

Soalan ini timbul selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat ucapan Krismas, meskipun Khalil mengeluarkan peringatan tersebut.

Siapakah yang mempunyai kuasa lebih besar dalam PAS – Setiausaha Agung PAS atau Ketua Pemuda PAS yang juga anak Presiden PAS?

Apakah pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan Dewan Syura PAS berhubung isu ini?

Semalam, saya menarik perhatian tentang ucapan Krismas yang ditujukan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Permaisuri Johor Raja Zarith Sultan Idris Shah; Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di luar Malaysia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Adakah mereka bukan orang Islam sejati kerana membuat ucapan Krismas?

Sekutu Muhamad Khalil Hadi, dalam cubaannya untuk mengalihkan perhatian daripada kontroversi tersebut, mendakwa kononnya “Amanah Kit Siang” lebih bahaya daripada Amanat Hadi.

Saya berbangga dengan kenyataan itu atas dua alasan, pertama, saya sendiri tidak tahu akan kewujudan “Amanat Kit Siang”; dan kedua, kira-kira 15 tahun selepas Hadi menyifatkan saya sebagai “ubat habis tempoh”, saya masih berdiri di sini dan dikatakan membawa “Amanat Kit Siang”.

Adakah Pemimpin PAS tersebut ada terlebih dahulu meminta nasihat daripada Hadi sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang mana boleh membuatkan Presiden PAS berkenaan dilihat dungu kerana pernah mengatakan yang saya tidak lagi relevan pada 15 tahun lalu!

Namun, muslihat sedemikian tidak boleh menutup hakikat bahawa kepimpinan PAS gagal menjawab banyak persoalan penting yang berbangkit.

Antara soalannya adalah:

Presiden PAS Hadi berkata semua orang Islam harus menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana mendakwa ia adalah agenda Freemason dengan niat untuk memusnahkan agama, negara dan masyarakat Islam.

Pun begitu, kira-kira 99 peratus daripada 1.3 bilion orang Islam di dunia tinggal di 179 negara yang telah meratifikasi ICERD, termasuk 55 daripada 57 negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), seperti Arab Saudi, Indonesia, Turki, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestin, Algeria, Maghribi, Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan.

Adakah PAS mahu menjadi penyelamat orang Islam di dunia, termasuk orang Islam di negara Arab Saudi, dan melancarkan kempen antarabangsa bagi mendesak 1.3 bilion orang Islam menentang ICERD?

Adalah mengecewakan apabila begitu ramai pemimpian PAS menunjukkan set minda primitif – seperti Ulama PAS Selangor yang berkongsi video kugiran pop Indonesia sejurus sebelum bencana tsunami membadai negara itu.

Pemimpin PAS sepatutnya belajar daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang berucap pada resepsi minum petang sempena sambutan Krismas semalam dan berkongsi pengalamannya menuntut di sekolah convent, sambil berterima kasih kepada guru biarawati beliau kerana mengajarkannya nilai-nilai murni yang membentuk jati dirinya atau daripada artikel yang ditulis oleh Fa Abdul dan disiarkan di Malaysiakini bertajuk “My first Sunday mass before Christmas”, kerana jelas apa yang kurang dalam kalangan pemimpin PAS adalah kasih sayang.

Sebelas tahun lalu, pada Disember 2007 di Amman, 129 intelektual Islam terkemuka dari serata dunia mengucapkan Krismas kepada seluruh warga dunia, sebagai seruan perpaduan antara kedua-dua agama tersebut melalui dialog yang diadakan pada Oktober tahun itu.

Kenyataan ucapan tersebut, turut menyelitkan ucapan terima kasih kepada penganut Kristian yang menyambut baik seruan Oktober tersebut yang diberikan tajuk “A Common Word”. Inisiatif “Common Word” itu disokong oleh Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, yang diketuai oleh Putera Jordan Ghazi bin Muhammad bin Talal.

Pemimpin “Common Word” memahami prinsip moral yang dikongsi oleh “agama Ibrahim”, termasuk tekad untuk mengangkat kesucian kehidupan manusia. Ucapan Krismas itu juga turut merayu agar penganut Kristian dan Islam bersatu untuk “menyelamatkan, mengangkat dan menghargai setiap kehidupan manusia, terutamanya kehidupan setiap kanak-kanak”.

Adakah wujud Amanat Kit Siang?

Jika ada, ia akan membawa seruan ini: Seruan supaya seluruh rakyat Malaysia, tidak kira yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau agama lain, bertekad dengan satu objektif Malaysia Baharu iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai persefahaman agama dan toleransi yang kukuh.

Adakah PAS akan menyokong objektif ini?

– Lim Kit Siang

  1. #1 by Bigjoe on Wednesday, 26 December 2018 - 8:14 am

    Just a heard reports in Iraq about all their problem with their “Islamic govt” where many cannot even get clean water. One person said it beautifully, “Islamic parties, Sunni and Syiah, they are all the same. In Saddam days, we were in river of corruption, today we are in sea of corruption…”

    The difference between kleptocratic UMNO and religo-zealotry PAS is that in the end, the economic of PAS would be worst and harder to solve..

You must be logged in to post a comment.