DAP mempertahankan kedudukan istimewa Melayu; jangan terpedaya dengan fitnah UMNO-BN. Saya merayu kepada semua pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu, supaya menolak fitnah dan pembohongan tentang diri saya dan DAP.
Sebagaimana yang saya jelaskan sebelum ini, saya tidak terlibat dengan peristiwa 13 Mei 1969. Saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 kerana saya berada di Kota Kinabalu, Sabah pada masa itu. Hakikat tentang perkara ini ada dalam rekod pihak berkuasa polis dan Kementerian Dalam Negeri.
Dengan itu, sebarang pembohongan tentang saya berada di Kuala Lumpur untuk mencetuskan rusuhan atau menjadi dalang peristiwa 13 Mei adalah fitnah semata-mata. Jangan percaya perkara karut ini, terimalah kebenaran yang hakiki.
Satu lagi fitnah yang terus dilemparkan kepada DAP ialah kononnya DAP mahu menghapuskan hak orang Melayu. Ini juga tidak masuk akal, tidak bertanggungjawab dan sangat rasis. Ia amat berbahaya untuk perpaduan kaum di Malaysia.
Saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa DAP sebagai sebuah parti politik yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan sistem Raja Berperlembagaan sentiasa akur dan menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Saya harap tiada siapa yang akan percaya kononnya DAP adalah parti cauvinis yang mahu merosakkan negara dan menghapuskan hak orang Melayu. Jika kita berfikir sejenak, sudah tentu mana-mana parti yang berniat jahat seperti itu sudah lama diharamkan oleh kerajaan.
DAP menerima, menghormati dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
DAP menerima, menghormati dan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan memelihara kebebasan beragama untuk agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
DAP menerima, menghormati dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, dan DAP juga menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, termasuk Iban, Kadazandusun, Tamil, Cina dan lain-lain.
Inilah kebenaran yang hakiki yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. DAP dan Pakatan Rakyat telah lama menjadi mangsa politik rakus, zalim dan kejam UMNO-BN. Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia bersuara dengan tegas. Semoga kita dapat menerima kebenaran dan menolak fitnah.
Ubah! Ini kalilah!
#1 by on cheng on Saturday, 4 May 2013 - 8:31 pm
Jika LKS atau DAP betul ada terlibat dalam 13 Mei 1969, Kenapa kerajaan tak ambil tindakan mahkamah terhadap dia. Siapa percaya kerajaan lepaskan dia dan DAP begitu sahaja?
Cuba fikir lah ! Siapa yang bohong? Kenapa kerajaan tidak ambil tindakan yang sepatutnya?
#2 by on cheng on Saturday, 4 May 2013 - 9:04 pm
same name, 3 diff ic nos, 490715065233, 490715065161, 490715065137, what is the probability of 3 diff. persons have same name, same date of birth? (all 3 persons in Pahang state)
anyone can calculate?
#3 by DP on Tuesday, 7 May 2013 - 9:08 am
http://www.avaaz.org/en/petition/Clean_up_Malaysias_election_system/?eLjktab
Please support the petition for democracy.