Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada pada hari ini 3 Mei 2013 dicemari di Malaysia dengan semua media arus perdana berkempen untuk Barisan Nasional serta menyebar fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Semua media arus perdana, sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3, RTM dan sebagainya, telah melanggar dan mencabul segala undang-undang, peraturan dan kod etika kewartawanan yang wujud. Dan tidak ada satu tindakan pun dikenakan oleh pihak berkuasa.
Media massa sepatutnya bersifat dan bersikap adil dan objektif. Ia tidak boleh berpihak dan ia hanya menyiarkan laporan yang benar dan berfakta tanpa rasa takut. Undang-undang tidak boleh dikenakan terhadap laporan yang tepat dan benar. Tetapi di Malaysia, semua ini telah dicabul oleh kerajaan UMNO-BN.
Saya sendiri telah menjadi mangsa fitnah dan pembohongan oleh media massa, terutamanya media berbahasa Melayu, yang menuduh saya sebagai anti- Melayu, anti-Islam dan sebagai pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969. Semua ini telah terbukti bohong.
Saya telah dituduh menjadi dalang 13 Mei, saya telah dituduh kencing di tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor dan saya dituduh menghasut rakyat pelbagai kaum untuk bergaduh. Semua ini juga telah terbukti fitnah.
Saya tidak berada di Kuala Lumpur atau di mana-mana tempat berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sebenarnya pada 13 Mei 1969, saya berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk berkempen bagi pihak calon-calon Bebas yang sama perjuangan dengan DAP. Hal ini telah disahkan oleh pihak kerajaan, khususnya pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri.
Namun, walaupun media massa kawalan UMNO-BN sedar tentang fakta-fakta ini, media-media tersebut terus menyiarkan fitnah dan pembohongan tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.
Ini membuktikan UMNO dan Barisan Nasional merestui fitnah dan pembohongan serta pelanggaran undang-undang, peraturan dan kod etika kewartawanan. Inilah yang UMNO-BN telah lakukan sejak lebih 50 tahun lalu. Mereka tidak peduli sama ada perbuatan mereka itu kotor, jijik serta tidak berakhlak.
Inilah yang telah dan yang akan terus dilakukan jika rakyat masih memilih UMNO-BN dalam PRU kali ini. Dengan itu, rakyat tidak boleh lagi menyokong parti atau kerajaan yang zalim, korup dan menyalahgunakan kuasa.
Untuk mewujudkan media yang lebih adil, bersih dan berani, semua pengundi perlu membuat pilihan yang bijak. Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP – tampil untuk menawarkan alternatif yang terbaik untuk Malaysia yang lebih adil, sihat dan makmur.
Ubah! Ini kali lah!
#1 by ENDANGERED HORNBILL on Friday, 3 May 2013 - 6:54 pm
Ini kalilah! UBAH!
BN sewajarnya dikuburkan dengan cepat. Baunya terlalu busuk!
#2 by ENDANGERED HORNBILL on Friday, 3 May 2013 - 6:58 pm
There is NO FEAR when Malaysians want to do the right thing after 56 years of independence.
DO the RIGHT THING: VOTE PR.
#3 by Taxidriver on Friday, 3 May 2013 - 9:02 pm
UM, NST, STAR dan ….. bukanlah surat sampah, jentera UNMO Baru/BN untuk memperbodohkan rakyat.
#4 by Taxidriver on Friday, 3 May 2013 - 9:14 pm
UM, NST, STAR …… adalah surat sampah, jentera UNMO Baru/BN untuk memperbodohkan rakyat. Besok PR tawan Putrajaja semua wartawan dari MSM harus ambil pemeriksaan semula.
#5 by good coolie on Friday, 3 May 2013 - 11:17 pm
Saya memetik dari lagu gubalan Jimmy Boyle pada tahun 60-an, kurun yang lalu:
“Putera-puteri negara, Pada mu harapan Bangsa!”.
Kita orang tua tidak ada banyak pengaruh. Kita harapkan putera-puteri yang mengundi pertama kali pada GE ini.
“Ubah!”
#6 by vsp on Friday, 3 May 2013 - 11:44 pm
Remember the 2008 election? The accepted wisdom was that the PR could not dent the BN 2/3 majority. All the political analysts were predicting that the PR will be trashed into oblivion. Even supporters of PR were apprehensive of the analysis swirling around of the BN juggernaut rolling into victory better than that achieved in 2004.
When Anwar Ibrahim predicted that PR will break the BN’s 2/3 majority and also captured 3 states, everybody (friends and foes alike) were rolling their eyes and wondered what weed Anwar was smoking. When the results came out, BN got a black eye: BN’s 2/3 majority was broken and 5 states and Kuala Lumpur were swept into the Pakatan tsunami.
So don’t drink the Kool Aid of Najib’s hallucination and underestimate the astuteness of Anwar Ibrahim. Ask Abdullah Badawi about his personal experience and he will whisper to you in a hush tone.
#7 by cinaindiamelayubersatu on Saturday, 4 May 2013 - 7:21 am
vote out barisan najis