Hambat penagih tegar rasuah mendekati perbendaharaan negeri Selangor


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 08, 2012

8 MAC — Selangor menjadi negeri idaman BN khususnya Umno. Setiap malam dan siang negeri Selangor menjadi bahan umpatan dan kritikan BN yang menggunakan TV3 mencaci dan menghina kepimpinan Selangor. Ini memang tidak menjadi kehairanan kerana Umno dan BN sedar yang Selangor merupakan negeri yang terkaya dinegara ini

Kekayaan negeri Selangor itu lah yang menyebabkan Umno tidak kering peluh mencari jalan dan berusaha untuk merampas kembali negeri ini. Memang sifat pemimpin Umno begitu. Dimana ada wang disitu mereka menyerang, seolah-olah kita hidup dizaman lampau; di mana negeri yang kaya, negeri itu akan diperangi mereka untuk mendapatkan harta rampasan jika menang peperangan itu.

Barulah tiga empat tahun ini rakyat Selangor hendak merasakan pentadbiran yang baik dan transperan, rasuah yang minima dan kecurian wang dan harta rakyat yang berbillion oleh pimpinan BN dahulu. Rakyat Selangor baru sahaja hendak merasakan situasi dalam mana Menteri Besarnya tidak membina rumah yang berharga RM25 juta walaupun MB semasa itu hanya dari keluarga yang biasa.

Baru tiga empat tahun inilah rakyat Selangor terhindar dari kecurian harta benda mereka yang berbillion ringgit seperti apa yang berlaku dalam kes PKFZ. Baru sekaranglah rakyat Selangor tahu bagaimana wang Yayasan Selangor kehilangan setengah billion ringgit semasa pentadbiran Umno dahulu.

Barulah sekarang rakyat dan kerajaan Selangor hendak merasakan sebuah kerajaan yang mempunyai bajet yang “surplus” sebanyak RM1.5 billion. Umno pernah saya labelkan sebagai sebuah parti “vandalism” yang tegar. Apa yang baik hendak dirosakkannya. Mana yang berduit dan banyak wang disitulah mereka berhempas pulas untuk merampasnya. MAS yang pernah menjadi sebuah syarikat penerbangan yang premium sekarang sudah diletakkan dibawah ketiak Air Asia.

Berbillion billion ringgit kerugian MAS semasa syarikat penerbangan itu diswastakan kepada Tajudin dahulu, dan kerajaan telah mengambilalih syarikat itu dengan harga yang sama semasa pengswastaan syarikat itu kepada Tajudin dahulu. Semua punah ranah oleh kepimpinan Umno semasa itu yang kini dianggap sebagai negarawan pula.

Proton diambilalih oleh kroni pemimpin yang sama kerana aset Proton yang berbelas billion nilainya bukan kerana hendak memperbaiki prestasi Proton. Harga belian kepada pegangan Khazanah sebanyak 42 peratus itu hanya dibayar dengan harga RM1.4 billion sahaja.

Peneroka FELDA sedang diambang penipuan pimpinan kerana FELDA itu kaya raya. Dimana-mana Umno hanya pandai merosakkan yang baik. Sekarang kerajaan negeri Selangor pula menjadi sasarannya, juga kerana Selangor mempunyai kekayaan yang paling besar dinegara ini.

Umno ini ibarat semut, dimana gula berada disitulah mereka berkerumun. Itulah sebabnya saya pernah memberikan cadangan supaya kita memilih parti yang pemimpinnya mempunyai air liur yang pekat sedikit. Kalau air liur pemimpin itu telalu cair seperti pemimpin Umno air liur itu akan senang meleleh jika nampak wang dan harta yang banyak.

BN sedang menggunakan media perdana seperti TV3 untuk melakukan segala kempen kotor mereka. Kalau mereka benar-benar dari pimpinan yang baik masakan rakyat Selangor menolak mereka dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang sama yang mencari kesalahan TS Khalid seperti orang mencari kutu didalam rambut.

Satu sahaja formula untuk memberikan penilaian untuk mengambil keputusan dalam pilihanraya yang akan datang; iaitu kita nilai berapa billion yang dirugikan wang rakyat oleh kerajaan BN dahulu. Bagi mereka yang berfikir ambil hanya satu isu sahaja, iaitu PKFZ yang melibatkan skandal yang sampai ketahap RM12 billion.

Bagi saya rakyat Selangor supaya tidak lagi mendekati pimpinan parti yang telah terbukti memporak perandakan rakyat Selangor dahulu. Tindakan rakyat Selangor memberikan mandat kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh TS Khalid itu merupakan tindakan yang betul dan berpadanan.

Kesempatan ini saya memohon agar rakyat Selangor tidak lagi melakukan kesilapan dengan mengembalikan mandat kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang ini. Malahan seluruh rakyat dinegeri-negeri lain yang dipimpin oleh BN mengikuti jejak langkah rakyat Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya yang lalu.

Apabila sudah membuat keputusan yang betul rakyat Selangor seharusnya menjaga mandat yang telah diberikan kepada kerajaan pimpinan TS Khalid ini dengan baik dan beramai-ramailah memberikan perlindungan dari diperah oleh pimpinan Umno yang rakus itu.

Menjaga harta benda kita adalah menjadi kewajipan kita semua dan itu adalah kerja yang sangat dituntut oleh agama dan adat kita. Sesungguhnya rakyat Selangor telah membuatkan pimpinan Umno meroyan dan tidak tahu hendak mengambilalih kuasa selain dari menggunakan ugutan, membeli undi melalui BRIM, menggunakan samseng dan berbagai-bagai lagi cara yang amat membosankan rakyat ramai.

Obsession Umno untuk mengambilalih Selangor ibarat penagih dadah yang sedang gian kerana dadah yang selalu diambilnya dahulu sudah tidak dapat diperolehi mereka lagi. Maka Umno sedang merasuk kesana kemari untuk mendapatkan “supply” yang sudah empat tahun tidak diperolehi mereka.

Kesinambungan mandat terhadap kerajaan PR sekarang ini merupakan kemestian supaya kita tidak lagi didekati oleh kumpulan yang sentiasa terintai-intai untuk memerah keringat rakyat negara dan Selangor khususnya.

Apabila sudah mendapat kebenaran jangan disia-siakan lagi. Apa yang rakyat Selangor perlu lakukan, ialah untuk membulatkan tekad untuk menjaga kepentingan negeri Selangor yang berdaulat ini.Dengan pengekalan mandat kepada kerajaan PR sekarang ini setidak-tidaknya dapat menghambat penagih tegar rasuah ini dari mendekati katung kerajaan negeri Selangor. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by Bigjoe on Friday, 9 March 2012 - 8:06 pm

    The people of Selangor has a huge responsibility – how goes Selangor in the next GE, how goes the country for the forseeable future.. In other words, in the coming GE, they decide more than just this election, they decide probably for the next few decades for the country..

  2. #2 by tak tahan on Friday, 9 March 2012 - 8:28 pm

    Rakyat patut ABU lah.Ini lah masa yang tepat untuk ABU apabila Umno/BN sudah sakit tenat dari diserang scandal-scandal yang amat boleh membukakan mulut besar orang ramai.Bila di pilihanraya nanti pangkah lah apa saja tak kira samada kera,buaya,kucing kurap atau orang utan kecuali Umno/BN.Sama sama kita menyelamatkan negara kita dirosakkan seterusnya oleh Umno/BN yang makin naik gian untuk meliwat negara kerana terpengaruh oleh sejenis dadah ‘$$$$$’.

  3. #3 by snoopyz on Friday, 9 March 2012 - 9:51 pm

    DAP ought to change strategy in order to win the people’s heart show true leadership skills , when Parliment is dissolved before GE …the real weapon is to hit the enemy off guard …the indelible ink should not be allowed as it can be abused ., if loytape is ticked on finger nails or a varnish is on nails ..when ink applied it can be removed …in terms of security measure recommend the Mykad reader and insertion of Mykad to prevent abuse….get the winnable candidates ready for the kill ..able to win and make an impact on voters mind and heart .The ripe time for David to defeat BN …..

  4. #4 by k1980 on Saturday, 10 March 2012 - 9:59 am

    The 13GE is due in a couple of months but PR appears unprepared for it. In Selangor, the state govt is accused of unlicensed sand mining. In Kedah, the ongoing rebellion there could had been easily settled by creating a deputy MB post for Pharolrozi. In Perak, there are doubts as to whether PR can recapture the state. While over in Penang, BN looks like capable of increasing its 11 state seats.

  5. #5 by dagen wanna "ABU" on Saturday, 10 March 2012 - 10:18 am

    Memang tepat pandangan yg dikemukakan di atas. Umno ni masih tak sedar bahawa sebelah kakinya berada dlm kubur.

  6. #6 by SENGLANG on Saturday, 10 March 2012 - 11:17 am

    Sudah lama BN mengambil wang rakyat dan dikongsi guna antara mereka dalam komponen BN. PKFZ adalah satu projek yang dilancang seawal-awalnya untuk merompak duit rakyat dan dikongsi sesesama pihak-pihak mereke.

    Sebelum PKFZ menjadi kes terbuka. Seorang warta dari Sun bernama Nades sudah memberi laporan demi laporan yang terperinci, lebih lebih beliau mencabar ACA (kini MACC) untuk mengambil tindakan dan beliau boleh menolong pada siasatannya. Tetapi dukacita cabaran beliau tidak diambil hirau. Sesiapa membaca penulisan beliau memang tahu banyak perkara yang terang terang diambil akal. Tetapi itu lah kelakuan BN dengan bongkarnya mereka merompak diut rakyat.

    Sakit hati kini membaca balik buka Nades “SOME UNTOLD STORIES” berkenaan projek PKFZ ini. Habis billion telah diluputkan dan dirompak oleh konco-konco BN.

    Tidak jadi akal dan boleh dikatakan hanya perkara ini boleh di lakukan di Malaysia. Sambil PKFZ dilancangkan, banyak pertanyanan telah disoalkan oleh Nades tetapi sakit hati sungguh tiada pihak berani bertindak.

    ACA (MACC) sebagai pihak yang digajikan duit rakyat untuk mencegah rasuah tidak boleh diharap langsung. Meraka hanya sebagai alat dipergunakan oleh pihak BN. Itu lah yang berlaku. Jika ACA sebagai pihak bertugas dengan iklas tidak sampai hari ini PKFZ diguna sebagai projek yang telah merompak duit rakyat yang berbillion itu.

  7. #7 by boh-liao on Saturday, 10 March 2012 - 1:54 pm

    Y were Ambiga Sreenevasan n Bersih 2.0 committee member Maria Chin Abdullah barred from entering Sarawak?
    Is dis 1M’sia aaah?

  8. #8 by boh-liao on Saturday, 10 March 2012 - 2:09 pm

    D KL High Court ordered Ling LS 2 enter his defence on charges of cheating d gomen in 2002 on d Port Klang Free Zone (PKFZ) project

    He where got panic 1, rather happy n smiling away, no problemo 1, 4 show only, play play lor, eventually all kow dim mah, no case lah

    Like d MAS case, where got sweat? Gomen willingly 2 b cheated, kept giving $$$, several rounds, 2 dat incompetent Malay crook

  9. #9 by tak tahan on Saturday, 10 March 2012 - 6:39 pm

    Prime minister should answer why Ambiga Sreenevasan and Maria Chin Abdullah,both who are Malaysian,are denied entry into one of the state in east Malaysia.Or does he hold no power over the state’s administration as his bola-bola will be squeezed by maha Pek Moh if he dares to interfere?Is this 1Malaysia when certain group or persons are barred from entering the state to engage non illegitimate social activity?

    Najib and those particular leaders should move and stay in the remote jungle to rule the law of jungle amidst the animal kingdom.

  10. #10 by waterfrontcoolie on Saturday, 10 March 2012 - 11:06 pm

    Air Asia signed the mega-contracts with Airbus/Boeing and with the dwindling air business, the owners of AA quickly entered into an agreement with MAS. Who shall be responsible for the inability to take up the contract? People of Malaysia?? At least at SIA, they have prepared to get their pilots to take turn to go on leave! In the case of MAS/AA, this certainly cannot be down! So be prepared for more losses!

  11. #11 by sotong on Sunday, 11 March 2012 - 5:28 pm

    ” dimana gula berada disitulah mereka berkerumun “.

    Aspan, asalkan manis…..ia akan datang!

You must be logged in to post a comment.