Archive for category Zahid
Tugas pertama Zahid, KPN baru tangkap
Subky Abdul Latif
The Malaysian Insider
Jun 05, 2013
5 JUN ― Seorang menteri baru dan mana-mana pemegang jawatan baru diperhatikan akan tindakan pertamanya mengambil jawatan.
Tunku Abdul Rahan Putra semasa menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu tahun 1955 tindakan pertamanya memperkenalkan undang-undang pengayuh basikal tidak boleh berpayung.
Tindakan pertama Tun Dr Mahathir Mohamad mula jadi Perdana Menteri membebaskan tahanan ISA yang ditangkap Tun Hussein Onn seperti Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas. Lama kemudian baru dia tangkap orang. Ramai!
Tun Abdullah Badawi pula tindakan pertamanya jadi Menteri Dalam Negara, menyekat Harakah dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.
Kerja pertama Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri, membenarkan semula Harakah terbit dua kali seminggu. Dia tidak kisah juallah Harakah di mana-mana dan kepada sesiapa.
Mari Datuk Seri Zahid Hamidi jadi Menteri Dalam Negara dan Ketua Polisnya yang baru, langkah sulung kedua-duanya tangkap pembangkang dan rampas Harakah, KeADILan dan Roket.
Sama ada kedua-duanya berpakat atau tidak, tetapi mereka memulakan kerja dengan menangkap orang yang pada mereka ada salahnya. Empat tahun Najib jadi Perdana Menteri dengan dua KPN, Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ismail Omar, tidak dipedulikannya kepada siapa Harakah dijual dan diedar. Tak perasan dia ada menangkap pembangkang.
Tak sampai sepuluh hari Zahid jadi Menteri Dalam Negeri, kurang seminggu dia ada KPN baru, ditangkapnya tiga aktivis pembangkang termasuk Tamrin Ghafar dan Tian Chua atas nama undang-undang. Ketika sama mereka rampas Harakah dan lain-lain kerana langgar undang-undang. Read the rest of this entry »