Two questions that bugged me when I saw the film “Man on the Run” were:
- Why did Najib Razak agree to take part in the film which was an admission that the 1MBD scandal was one of the worst and biggest in history, which Transparency International named as one of the “25 corruption scandals that shook the word” in 2019 and the United States Attorney-General described as “kleptocracy at its worst”?
- Najib’s interview with the director and executive producer Cassius Micheal Kim where he said “Maybe I, I was too trusting perhaps, uh, but, uh, it was required because, uh, the Minister of Finance I, the sole shareholder 1MDB and my signature was required. Uh, but I never, never imagined that there was, uh, part of a scheme to defraud, uh, 1MDB at all” and “In a sense I failed in, I trusted the wrong people. Yes. but the system failed me as well. I think that has to be noted. The system that was supposed to support me, failed me, fail the people on Malaysia” which were admissions that the 1MDB scandal was one of the largest corruption scandals in the world — the first time that Najib had made such an admission.
These two questions still bugged me.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 12th January 2024)
Dua persoalan yang membelenggu fikiran saya semasa saya menonton filem “Man on the Run”
Dua persoalan yang membelenggu fikiran saya semasa saya menonton filem “Man on the Run” adalah:
- Mengapa Najib Razak bersetuju untuk mengambil bahagian dalam filem ini yang merupakan satu pengakuan bahawa skandal 1MDB adalah salah satu skandal yang terbesar dan terburuk dalam sejak, yang dinamakan oleh Transparency International sebagai salah satu dari “25 skandal rasuah yang menggegarkan dunia” pada tahun 2019 dan Peguam Negara Amerika Syarikat telah mengatakannya sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”?
- Wawancara Najib dengan pengarah dan penerbit eksekutif, Cassius Michael Kim, di mana dia mengatakan “Mungkin saya, saya terlalu percayakan orang, uh, tetapi, uh perkara ini diperlukan kerana, uh, Menteri Kewangan, saya satu-satunya pemegang saham 1MDB dan tandatangan saya diperlukan. Uh, tetapi saya tidak pernah, tidak pernah sekali membayangkan adanya, uh, sebahagian rancangan untuk menyeleweng, uh, 1MDB sama sekali” dan “Dari satu sudut saya telah gagal dalam, mempercayai orang yang salah. Ya, tetapi sistem ini menggagalkan saya juga. Saya fikir perkara ini perlu diingati. Sistem yang sepatutnya menyokong saya, telah menggagalkan saya, menggagalkan rakyat Malaysia”, yang merupakan satu pengakuan bahawa skandal 1MDB adalah salah satu skandal rasuah terbesar di dunia – buat pertama kali Najib membuat satu pengakuan sebegini.
Kedua-dua perkara ini masih membelenggu fikiran saya.
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 12 Januari 2024)