Malaysia can lead the world in exposing lies, falsehoods, fake news, misinformation, and disinformation on social media on the political front


(Versi BM)

The Malaysiakini report on the Opposition Leader’s Office stating that the “PN meet Agong with 118 SDs” is fake news has highlighted the political scams on the social media in Malaysia with lies, falsehoods, fake news, and all forms of misinformation and disinformation.

I am reminded of a recent case in Sydney where the police arrested a man and charged him for his role in an alleged massive phising scam that bombarded Aussies with 17 million fraudulent texts pretending to be from Australia Post or Linkt.

During their search of the man’s home in Sydney, police located two subscriber identity module (SIM) boxes, SIM cards, and electronics which were consistent with the man running a fraudulent text message scam.

The problem of fake news on the social media is not peculiar to Malaysia but is a world-wide problem as a result of the advent of the Information Age and the Internet.

But while other countries are afflicted by social media scams involving commerce, charity, romance, ecommerce or job offers, Malaysia is pioneering social media scams in the political arena polarising race and religious relations in plural Malaysia.

Malaysia can play a leading role in the world in the clean-up of the social media on the political front by taking strong action against fake news and hate speech, especially on the toppling of the elected Anwar Ibrahim government by “backdoor” means.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Sunday, 7th January 2024)


Malaysia boleh memimpin dunia dalam mendedahkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan penyebaran maklumat yang salah dan mengelirukan di media sosial dari segi politik

Laporan Malaysiakini tentang kenyataan Pejabat Ketua Pembangkang yang mengatakan artikel “PN berjumpa Agong dengan 118 SD” adalah berita palsu telah mendedahkan penipuan politik di media sosial Malaysia yang penuh dengan penipuan, fitnah, berita palsu, dan penyebaran maklumat yang salah dan mengelirukan.

Saya teringat kepada kes baru-baru ini di Sydney di mana pihak polis telah menahan seorang lelaki dan mendakwanya atas peranannya dalam skim penipuan “phishing” yang telah menyerang rakyat Australia dengan lebih 17 juta SMS palsu yang berlakon seakan-akan datang dari pihak Australia Post atau Linkt.

Semasa pihak polis menggeledah kediamannya di Sydney, pihak polis menemui dua kotak modul identiti pelanggan (kad SIM) dan barangan elektronik yang konsisten dengan dakwaan bahawa lelaki ini menjalankan kerja-kerja penipuan melalui SMS.

Masalah berita palsu di media sosial ini bukanlah satu perkara yang unik untuk Malaysia, tetapi adalah satu masalah yang ada di seluruh dunia, hasil dari kedatangan Era Maklumat dan Internet.

Tetapi, semasa negara lain dilanda masalah penipuan media sosial yang melibatkan perniagaan, kebajikan, cinta, e-dagang, atau tawaran pekerjaan, Malaysia terus berada di hadapan dengan penipuan sosial media dalam arena politik, mempolarisasikan hubungan antara kaum dan agama dalam Malaysia yang majmuk.

Malaysia boleh memimpin dunia dalam mendedahkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan penyebaran maklumat yang salah dan mengelirukan di media sosial dari segi politik dengan mengambil tindakan tegas terhadap berita palsu dan ucapan kebencian, terutamanya mengenai isu penumbangan kerajaan Anwar Ibrahim yang dipilih sah melalui langkah-langkah “pintu belakang”.

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Ahad, 7 Januari 2024)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.