Let Malaysians, regardless of race, religion, region or politics celebrate one common National Day as is the practice for 66 years


(Versi BM)

I commented last August that the National Day 2022 was diametrically different from the National Day 2020 and 2021 — there was hope and anticipation instead of black despair and a sense of hopelessness.

National Day 2020 was the first year after the greatest political betrayal in the nation’s history when the Sheraton Move political conspiracy toppled the Pakatan Harapan government and shortened its rule from a mandate for five years to 22 months.

The National Day 2021 was also after the Muhyiddin government, which unconstitutionally suspended Parliament, ended and was replaced by the Ismail Sabri premiership.

In both years, the National Day celebrations took place under the cloud of the world-wide Covid-19 pandemic, with Malaysia as one of the worst performers among the countries in the world with Malaysia’s ranking in the Bloomberg Covid Resilience Index tumbling from 16th place in January 2021 to 52nd ranking in July 2021 and Malaysia falling from a world ranking of No. 85 in November 2020 among countries with the most daily number of Covid-19 cases and overtook 59 countries to be ranked No. 26 with nearly 5 million Covid-19 cases and over 36,000 Covid-19 deaths.

But there was hope in August 2022 when for the last 30 months there was black despair that the promise of spring-time of reform heralded by the 14th General Election on May 9, 2018 was completely wasted, but in August 2022 Malaysians could hope again that Malaysia could be saved from becoming a kleptocracy, kakistocracy, a failed, and rogue state and Malaysia could rise up again to fulfil its aspiration to be a world-class great nation and to be “a beacon of light to a difficult and distracted world”.

The 15th General Election on November 19, 2022 and the recent six state polls on August 12 have not extinguished these hopes that Malaysia could reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussen, and Hussein Onn as well as Tan Cheng Lock and V. T. Sambanthan) have written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara so that Malaysia can rise up again and become a great world-class nation.

Much now depends on what the Anwar unity government could do in the next four years to get Malaysia to rise up again as a great world-class nation, which is why all eyes are on the Special Parliament beginning on September 11, 2023.

There is now a shocking suggestion that Malaysians should celebrate different National Days, based on political beliefs.

This suggestion should not be acted upon, as Malaysians, regardless of race, religion, region or politics, should celebrate one common National Day as Malaysians as is the practice for 66 years.

Let us not further divide Malaysians.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 21st August 2023)


Marilah kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau politik, menyambut satu Hari Kebangsaan yang sama seperti yang telah diamalkan selama 66 tahun sebelum ini

Saya telah komen pada bulan Ogos tahun lepas yang sambutan Hari Kebangsaan 2022 sangat berbeza dengan sambutan Hari Kebangsaan untuk 2020 dan 2021 — ada harapan dan jangkaan dan bukannya hanya perasaan putus asa.

Sambutan Hari Kebangsaan 2020 adalah tahun pertama selepas pengkhianatan politik terbesar dalam sejarah negara, di mana konspirasi politik Langkah Sheraton telah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dan memendekkan mandatnya dari lima tahun kepada hanya 22 bulan.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 pula disambut selepas kerajaan Muhyiddin — yang telah menggantung sidang Parlimen secara tidak sah — berakhir dan diganti dengan kerajaan Ismail Sabri.

Dalam kedua-dua tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan berlangsung di sebalik latar belakang wabak Covid-19, dengan Malaysia sebagai salah satu negara terburuk dunia, di mana kedudukan Malaysia dalam carta Indeks Ketahanan Covid Bloomberg jatuh dari tempat ke-16 pada bulan Januari 2021 ke tempat ke-52 menjelang Julai 2021 dan Malaysia jatuh dari tempat ke-85 pada bulan November 2020 ke tempat ke-26 dari segi jumlah kes terbanyak di dunia — dengan hampir lima juta kes Covid-19 dan lebih dari 36,000 kematian akibat Covid-19.

Tetapi, ada harapan pada bulan Ogos 2022, selepas 30 bulan diselubungi awan kelam perasaan putus asa akibat janji reformasi dari Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang dibazirkan, rakyat Malaysia dapat berharap sekali lagi untuk Malaysia diselamatkan dari menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal dan untuk Malaysia terus bangkit semula memenuhi aspirasinya menjadi sebuah negara hebat dunia dan menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 dan enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini masih belum memadamkan harapan untuk Malaysia kembali semula kepada prinsip-prinsip asal sebuah Malaysia majmuk yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal yang juga merupakan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn, dan juga Tan Cheng Lock dan V. T. Sambanthan) ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara supaya negara kita dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.

Banyak perkara sekarang bergantung kepada apa yang dapat dicapai oleh kerajaan perpaduan Anwar dalam empat tahun yang akan datang untuk membolehkan Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia, kerana inilah semua mata kini tertumpu kepada Sidang Khas Parlimen yang bakal bermula pada 11 September 2023 ini.

Kini, ada pula cadangan luar biasa yang mengatakan rakyat Malaysia patut menyambut Hari Kebangsaan dengan cara berbeza, mengikut fahaman politik.

Cadangan ini tidak patut diikuti, sebaliknya rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau politik, patut menyambut satu sambutan Hari Kebangsaan bersama sebagai rakyat Malaysia, seperti yang telah dilakukan sebelum ini selama 66 tahun.

Janganlah kita pecah belahkan lagi rakyat Malaysia.

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Isnin, 21 Ogos 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.