Call on Penang to lead in a national movement to save Malaysia so that the country can rise up again to become a great world-class nation


(Versi BM)

In 1986, I came to Penang to urge the people of Penang to be the front-line state in Malaysia for change and development in Malaysia.

Today, Penang has the highest GDP per capita of all states, while Kelantan has the lowest — some four times less in Kelantan as compared to Penang.

Today, I call on the people of Penang to lead in a national movement to save Malaysia so that the country can rise up again to become a great world-class nation.

There is no reason why Malaysia should continue to lose out to other nations.

We have lost out to Taiwan, Singapore, Hong Kong, South Korea, and Vietnam.

Are we to continue to lose out to other countries, to Thailand, Indonesia, China, and India?

This is what the six state polls this Saturday on August 12 is all about, and I call on the voters of Penang to tell political parties and political leaders what they want.

So far, not a single Perikatan Nasional (PN) leader, whether from PAS or Bersatu, has addressed this problem of Malaysia in national decline in the last few decades.

What plans have PAS and Bersatu to stop the national decline, so that Malaysia can rise up again to become a great world-class nation?

Of does PAS and Bersatu have no objection of Malaysia ending up during Malaysia’s Centennial in 2057 as a failed, divided, and corrupt state like Sri Lanka?

It is not an easy task for Malaysia rise up again and become a great world0-class nation.

The Prime Minister, Anwar Ibrahim, has plans for Malaysia to rise up again and become a great world-class nation. In his Ekonomi Madani, Anwar envisaged the following objectives:

  • Top 30 biggest economies in the world in terms of nominal gross domestic products. Malaysia currently ranks 35.
  • Top 12 in IMD World Competitive Index. The current rank is 27.
  • Top 25 in the UN Human Development Index. Current rank is 62.
  • Top 25 in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI). Current rank is 61.

Has PN a better plan than Ekonomi Madani?

So far, the PN of PAS and Bersatu has been thunderingly silent on these issues.

Have they no plans to make Malaysia rise up and become a great world-class nation?

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang with PH/BN candidate for Batu Lanchang, Ong Ah Teong, at a ceramah at Batu Lanchang, Penang on Tuesday, 8th August 2023 at 9.30 pm.)


Seruan kepada Pulau Pinang untuk memimpin pergerakan kebangsaan untuk menyelamatkan Malaysia supaya negara kita dapat bangkit semula menjadi negara hebat dunia

Pada tahun 1986, saya telah ke Pulau Pinang untuk menggesa rakyat Pulau Pinang untuk menjadi negeri barisan hadapan untuk membawa perubahan dan kemajuan di Malaysia.

Hari ini, Pulau Pinang mempunyai kadar KDNK per kapita tertinggi berbanding dengan semua negara, manakala Kelantan pula mencatatkan kadar yang terendah — kira-kira empat kali ganda lebih rendah berbanding dengan Pulau Pinang.

Hari ini, saya seru kepada rakyat-rakyat Pulau Pinang untuk memimpin usaha kebangsaan untuk menyelamatkan Malaysia supaya kita dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.

Tidak ada sebab mengapa Malaysia patut terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain.

Kita telah ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Vietnam.

Adakah kita akan terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain, ditinggalkan di belakang Thailand, Indonesia, China, dan India?

Inilah erti sebenar enam pilihan raya negeri pada hari Sabtu, 12 Ogos ini, dan saya seru kepada semua pengundi di Pulau Pinang untuk memberitahu kepada parti-parti politik dan para pemimpin politik apa yang dimahukan mereka.

Setakat ini, tidak ada seorang pun pemimpin Perikatan Nasional (PN), baik dari PAS mahupun Bersatu, yang telah membincangkan isu kemerosotan yang dialami negara kita dalam beberapa dekad yang lepas.

Apakah rancangan yang PAS dan Bersatu ada untuk menghentikan kemerosotan ini, supaya Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia?

Atau adakah PAS dan Bersatu tidak mempunyai sebarang masalah melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan korup seperti Sri Lanka menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057?

Bukan mudah untuk Malaysia bangkit semula menjadi negara hebat dunia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempunyai rancangan untuk Malaysia bangkit semula menjadi negara hebat dunia. Rancangan Ekonomi Madani Anwar telah menyasarkan matlamat-matlamat seperti berikut:

  • Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
  • Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.

Adakah PN mempunyai apa-apa rancangan yang lebih baik berbanding dengan Ekonomi Madani?

Setakat ini, PN yang dianggotai PAS dan Bersatu senyap sunyi mengenai perkara ini.

Adakah mereka tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia?

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang bersama dengan calon PH–BN Batu Lanchang, Ong Ah Teong dalam ceramah di Batu Lanchang pada hari Selasa, 8 Ogos 2023 jam 9:30 malam)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.