Hopefully the six state polls on August 12 will usher in a new political order with political stability and national unity of Malaysians, regardless of race, religion or region to ensure that Malaysia can rise again to become a great world-class nation


(Versi BM)

I hope the six state polls on August 12 will usher in a new political order with political stability and national unity of Malaysians, regardless of race, religion or region, to ensure that Malaysia can rise again to become a great world-class nation.

In the 35 years from 1965 to 2000, I was accused of being anti-Chinese, anti-Chinese educated, anti-English educated, anti-Indian, anti-Hinduism, anti-Buddhism, anti-Christianity, a CIA agent, a MI6 agent, a KGB agent, an Australia Secret Service agent — which were all lies and falsehoods.

But in the 21st century, after Ahmad Nor became the first Malay Member of Parliament, I was accused of being anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, cause of May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and a communist because Malay political parties find the DAP a threat to their Malay political base with more and more Malays becoming open-minded and support the DAP objective of a Malaysia which transcends race and religion to build a Malaysia for all Malaysians.

Today, after the 15th General Election on Nov. 19, 2022, we have three Malay Members of Parliament — Syahredzan bin Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong), and Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

The demonisation of DAP as anti-Malay, anti-Islam, and anti-Royalty will continue so long as there are Malay parties who fear that the Malay support will be undermined, and that more and more Malays are open-minded and support the DAP to regard themselves as Malaysian first while maintaining their Malay ethnic and Islamic religious identities.

The Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu are pushing the race and religious rhetorics as if Malaysia is facing a racial or religious confrontation.

No race or religion in Malaysia is facing a threat of extinction. There are 70,000 mosques in Malaysia. Does any believe that Islam in Malaysia can be wiped out?

We must not pander to irresponsible PAS and Bersatu rhetorics as if Malaysia is to erupt as a racial or religious volcano which is the opposite of what the Pakatan Harapan and Barisan Nasional want — the continuance of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civllisation understanding and co-operation so that Malaysia can rise again and be a great world-class nation.

If the six state polls of August 12 result in a strong PH-BN presence in the Selangor, Penang, and Negeri Sembilan and a better showing in Kelantan, Terengganu, and Kedah (as we want Kelantan, Terengganu, and Kelantan to learn from Selangor, Penang, and Negeri Sembilan to be developed states instead of Selangor, Penang, and Negeri Sembilan become as poor and undeveloped as Kelantan, Terengganu, and Kedah), with a strong government in Selangor, Penang, and Negeri Sembilan, then it will be the last gasp of extremist and intolerant racialist and religious rhetorics in Malaysian politics.

This is the new political order in Malaysia that I am looking forward to after August 12.

Then Malaysians can focus on how Malaysia can rise and become a great world-class nation.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang to DAP Seri Kembangan constituency election workers at DAP Seri Kembangan Election Office on Monday, August 7, 2023 at 1 pm)


Harapan supaya enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos akan membawa era politik baharu dengan kestabilan politik dan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan kawasan supaya Malaysia dapat bangkit menjadi sebuah negara hebat dunia

Saya berharap enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos akan membawa era politik baharu dengan kestabilan politik dan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan kawasan supaya Malaysia dapat bangkit menjadi sebuah negara hebat dunia.

Dalam 35 tahun dari 1965 hingga tahun 2000, saya telah dituduh sebagai anti-Cina, anti-golongan berpendidikan Cina, anti-golongan berpendidikan Inggeris, anti-India, anti-Hindu, anti-Buddha, anti-Kristian, agen CIA, agen KGB, dan agen Perkhidmatan Risikan Australia — yang semuanya merupakan penipuan dan fitnah.

Tetapi, dalam abad ke-21, selepas Ahmad Nor menjadi Ahli Parlimen DAP Melayu yang pertama, saya telah dituduh pula sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969, dan komunis, kerana parti-parti politik Melayu berasa yang sokongan orang Melayu terhadap mereka digugat oleh DAP yang kini lebih diterima oleh orang-orang Melayu yang berfikiran terbuka dan menyokong matlamat DAP untuk membina sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia yang merentasi garisan kaum dan agama.

Hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022, kita ada tiga orang Ahli Parlimen Melayu — Syahredzan bin Johan (Bangi), Young Syefure Othman (Bentong), dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

Momokan terhadap DAP, yang kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, akan diteruskan selagi mana ada parti Melayu yang bimbang dengan kehilangan sokongan orang Melayu terhadap mereka dan selagi mana semakin ramai orang Melayu mula berfikiran terbuka dan menyokong DAP dalam melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia sambil mengekalkan identiti etnik Melayu dan agama Islam mereka.

Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu terus memainkan retorik perkauman dan keagamaan seperti seakan-akan Malaysia sedang berhadapan dengan konfrontasi perkauman dan keagamaan.

Tidak ada mana-mana kaum atau agama dalam Malaysia yang diancam kepupusan. Terdapat lebih dari 70,000 masjid di Malaysia. Adakah sesiapa percaya yang Islam di Malaysia bakal lenyap?

Kita tidak boleh terikut-ikut retorik tidak bertanggungjawab oleh PAS dan Bersatu yang cuba menggambarkan Malaysia ini seolah-olah satu gunung berapi sentimen perkauman dan keagamaan yang akan meletus pada bila-bila masa, yang merupakan perkara yang bertentangan sama sekali dengan apa yang mahu dibawa Pakatan Harapan–Barisan Nasional — penerusan persefahaman dan kerjasama antara etnik, agama, budaya, dan tamadun supaya Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.

Sekiranya enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini menunjukkan keputusan yang kukuh terhadap PH–BN di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan, dan juga keputusan yang lebih baik di Kelantan, Terengganu, dan Kedah (kerana kita mahu Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk belajar dari Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan untuk menjadi sebuah negara maju dan makmur dan bukannya melihat Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan yang menjadi mundur) dengan kerajaan yang kuat di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan, perkara ini akan menjadi nafas akhir untuk retorik perkauman dan keagamaan yang bersifat ekstremis dan melampau dalam politik Malaysia.

Inilah gaya politik baharu untuk Malaysia yang saya nantikan pasca 12 Ogos ini.

Kemudiannya, rakyat Malaysia boleh tumpukan usaha mereka untuk membolehkan Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang kepada petugas kawasan pilihan raya Seri Kembangan di Pejabat Pilihan Raya DAP Seri Kembangan pada hari Isnin, 7 Ogos 2023, jam 1 tengahari)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.