Five reasons why the people of Sungai Pelek should not only vote but should campaign for the Pakatan Harapan-Barisan Nasional coalition in the six state polls on polls


(Versi BM)

I will give five reasons why the people of Sungai Pelek should not only vote but should campaign for the Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) coalition candidate, Lwi Kian Keong, and in the six state polls on August 12, viz:

Firstly, Lwi Kian Keong is a local, had been a village head and local councillor. He understands all the local problems and can represent and seek to resolve the Sungai Pelek constituency problems.

Furthermore, Kian Keong can ensure that Sungai Pelek will fully benefit from the First Selangor Plan (RS-1) announced by the Selangor Mentri Besar-designate Amirudin Shari recently, and that Sepang’s competitiveness can reach the next level with more strategic measures that spur economic growth, especially in the industrial sector, logistics and warehousing services, tourism, education, and agriculture.

Secondly, the election of Kian Keong as State Assemblyman for Sungai Pelek will ensure that the Pakatan Harapan-Barisan Nasional coalition can continue to govern Selangor for the next five years.

Perikaan Nasiohal (PN) are aiming a 6-0 win in the six state polls. If PN of PAS and Bersatu topple the PH-BN coalition in Selangor, the future of Selangor for the next five years will be a bleak one. The people of Malaysa want Kelantan, Terengganu, and Kedah (the poorest states in Malaysia after six decades of nationhood) to become like Selangor, Penang, and Negri Sembilan (the top richest states in Malaysia) instead of Selangor to go backwards to be like Kelantan, Terengganu, and Kedah.

Thirdly, to strengthen the Anwar unity government at the national level. Whatever happens in the six state polls on August 12, the Anwar unity government at the national level cannot be toppled as Members of Parliament are prohibited from jumping parties.

But a two-thirds victory of PH-BN coalition in Selangor, as well as in Penang and Negri Sembilan, will strengthen the efforts of the Anwar unity government at the national level to implement the Ekonomi Madani programme so that Malaysia can rise again and become a great world-class nation.

If the PH-BN coalition does badly in the six state polls on August 12, the Anwar unity government at the national level is not going to be toppled, but it will affect the scope, speed, and timing of the reform efforts in the Ekonomi Madani plan which, among others, seek to ensure that Malaysia achieve the following objectives:

  • Top 30 biggest economies in the world. In terms of nominal gross domestic products, Malaysia currently ranks 35.
  • Top 12 in IMD World Competitive Index. The current rank is 27.
  • Top 25 in the UN Human Development Index. Current rank is 62.
  • Top 25 in the TI Corruption Perception Index. Current rank is 61.

For the last few decades, Malaysia has been in national decline, losing out to Singapore, Taiwan, South Korea, Hong Kong, and even Vietnam.

We are in danger of losing out to China, Indonesia, and India in the near future.

PN of PAS and Bersatu has no plans for Malaysia to rise again and become a great world-class nation but a policy which will end up with Malaysia as a divided, failed, and corrupt state.

Fourthly, we must vote not only for the next five years, but for the next 20 or 30 years, for the sake of our children and children’s children.

In the life of a person, there may be a few times where he or she can rise up again to be a successful person. But in the life of a nation, there is only one opportunity to reverse the national decline of the last few decades to rise again to become a great world-class nation.

Malaysia is in that position now.

We do not want a second Malaysian Diaspora. In the first Malaysian Diaspora, some two million Malaysians emigrate all over the world to make other nations great. One such nation is Singapore which is great because of Malaysians who have emigrated there. We want Malaysians to stay in Malaysia to make Malaysia great.

There is no racial and religious animosities and no race or religion is out to wipe out other races and other religions, but there are political opportunists who want to set race against race, religion against religion

Malaysia can only succeed if all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender or age can unite to achieve their full potential capabilities.

We want our children and children’s children to stay, work, and live in Malaysia, because Malaysia has risen again to become a great world-class nation.

Fifthly, to save Malaysia. We do not want Malaysia to become an international failure, but a role model for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony, and which is progressive and prosperous.

There is a Chinese saying: 国家兴亡,匹夫有责 (For the rise and fall of the nation, every common man has a responsibility.)

We must be Malaysian patriots.

We must not only vote on August 12, advise our relatives and friends to come back from outstation or foreign countries to vote, but every Malaysian in Sungai Pelek, Selangor, and Malaysia must be election workers to ensure the highest voter turnout in the six state polls on August 12, 2023 to end the national decline and save Malaysia!

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang with the Harapan candidate for Sungai Pelek, Lwi Kian Keong, at the Pakatan Harapan ceramah in Sungai Pelek, Selangor on Tuesday, 1st August 2023)


Lima sebab mengapa rakyat Sungai Pelek perlu bukan sahaja setakat mengundi, tetapi juga berkempen untuk gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional dalam enam pilihan raya negeri

Saya akan berikan lima sebab mengapa rakyat Sungai Pelek perlu bukan sahaja setakat mengundi, tetapi juga berkempen untuk gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, iaitu:

Pertama, Lwi Kian Keong adalah seorang calon tempatan, dia adalah ketua kampung dan ahli majlis di sini sebelum ini. Dia faham semua masalah tempatan dan boleh menjadi wakil yang baik untuk menyelesaikan semua masalah-masalah di Sungai Pelek.

Tambahan lagi, Kian Keong boleh memastikan yang Sungai Pelek mendapat manfaat sepenuhnya dari Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang telah diumumkan oleh calon Menteri Besar, Amirudin Shari, baru-baru ini, dan daya saing Sepang boleh mencapai tahap yang baharu dengan lebih banyak langkah strategik yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam sektor industri, perkhidmatan logistik dan pergudangan, pelancongan, pendidikan, dan pertanian.

Kedua, pemilihan Kian Keong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Sungai Pelek akan memastikan yang gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional akan dapat terus mentadbir Selangor untuk lima tahun yang akan datang.

Perikatan Nasional (PN) menyasarkan kemenangan 6-0 dalam enam pilihan raya negeri ini. Sekiranya PN yang dibentuk PAS dan Bersatu menumbangkan kerajaan gabungan PH–BN di Selangor, masa hadapan untuk Selangor dalam lima tahun yang akan datang akan menjadi suram. Rakyat Malaysia mahu Kelantan, Terengganu, dan Kedah (antara negeri termiskin di Malaysia selepas enam dekad) untuk menjadi seperti Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan (yang merupakan antara negeri terkaya di Malaysia) dan bukannya melihat Selangor menerima nasib seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Ketiga, untuk mengukuhkan kerajaan perpaduan Anwar di peringkat persekutuan. Apa-apa pun yang terjadi dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, kerajaan perpaduan Anwar di peringkat kebangsaan tidak akan tergugat memandangkan Ahli-ahli Parlimen kini dihalang dari melompat parti.

Tetapi, kemenangan majoriti dua-pertiga untuk gabungan PH-BN di Selangor, dan juga Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, akan mengukuhkan usaha untuk kerajaan perpaduan Anwar melaksanakan program Ekonomi Madani supaya Malaysia dapat bangkit semula dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Sekiranya gabungan PH-BN mencatatkan prestasi yang buruk dalam enam pilihan raya negeri ini, kerajaan perpaduan Anwar tidak akan tumbang, tetapi perkara ini akan memberikan kesan kepada skop keluasan dan jangka masa usaha reformasi dalam rancangan Ekonomi Madani yang dirangka dengan harapan untuk memastikan Malaysia mencapai beberapa objektif seperti berikut:

  • Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
  • Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.

Dalam beberapa dekad yang lepas, Malaysia telah menyaksikan kemerosotan, ditinggalkan di belakang Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, dan Vietnam.

Kita kini berada dalam bahaya ditinggalkan di belakang China, Indonesia, dan India pula dalam masa terdekat ini.

PAS dan Bersatu dalam PN tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk membangkitkan semula Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, sebaliknya, hanya ada dasar yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.

Keempat, kita mesti mengundi bukan hanya untuk lima tahun yang akan datang, tetapi untuk jangka masa panjang, 20 ke 30 tahun yang akan datang, demi masa hadapan anak-anak dan cucu-cucu kita.

Dalam hayat seseorang, mungkin ada beberapa peluang di mana dia dapat bangkit semula untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Tetapi dalam jangka hayat sesebuah negara, biasanya hanya ada satu peluang untuk kita hentikan kemerosotan yang disaksikan dalam beberapa dekad yang lepas untuk bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Malaysia sedang berada dalam kedudukan ini sekarang.

Kita tidak mahu terjadinya Diaspora Malaysia yang kedua. Dalam Diaspora Malaysia yang pertama, kira-kira dua juta rakyat Malaysia berpindah ke seluruh dunia dan telah menjadikan negara lain yang hebat. Salah satu negara ini adalah Singapura yang kini merupakan sebuah negara hebat berkat usaha rakyat Malaysia yang telah berpindah ke sana. Kita mahu rakyat Malaysia kekal di Malaysia untuk menjadikan Malaysia hebat.

Tidak ada kebencian di antara kaum dan agama, dan tidak ada mana-mana kaum atau agama yang mahu menghapuskan mana-mana kaum atau agama yang lain, tetapi ada oportunis politik yang cuba untuk melaga-lagakan di antara satu kaum dengan kaum yang lain dan satu agama dengan agama yang lain.

Malaysia hanya boleh berjaya sekiranya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur dapat bersatu padu untuk mencapai potensi penuh kita semua.

Kita mahu anak-anak dan cucu-cucu kita untuk tinggal di sini, bekerja di sini, dan hidup di sini, kerana Malaysia telah bangkit semula sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Kelima, untuk menyelamatkan Malaysia. Kita tidak mahu Malaysia menjadi satu kegagalan antarabangsa, sebaliknya kita mahu Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia yang progresif dan makmur.

Ada pepatah Cina yang mengatakan: “国家兴亡,匹夫有责” (Dalam kebangkitan dan kejatuhan sesebuah negara, semua orang bertanggungjawab).

Kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang patriotik.

Kita tidak boleh hanya mengundi sahaja dalam pilihan raya pada 12 Ogos ini, kita juga perlu menasihati sanak saudara dan rakan-rakan kita untuk pulang mengundi dari luar kawasan dan luar negara, dan setiap rakyat Malaysia di Sungai Pelek, Selangor, dan Malaysia perlu bekerjasama menjadi petugas pilihan raya untuk memastikan adanya kadar keluar mengundi tertinggi dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini untuk kita bersama menghentikan kemerosotan negara dan selamatkan Malaysia!

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang bersama dengan calon Harapan untuk Sungai Pelek, Lwi Kian Keong, di ceramah Pakatan Harapan di Sungai Pelek, Selangor pada hari Selasa, 1 Ogos 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.