The six state polls on August 12 is a battle between the future and the past, a Malaysia based on the unity of all Malaysians regardless of race, religion, region, gender or age and a denial of this concept


(Versi BM)

I am glad to be here to launch the Report Card of the DAP Selangor State Assemblywoman for Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

The six state polls on August 12 is a battle between the future and the past, a Malaysia based on the unity of all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender or age and a denial of this concept.

The results of the six state polls in Selangor, Penang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan and Terengganu will not affect the position of the Anwar Unity Government at the national level, but it will decide whether we can reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein and Hussein Onn, who were also UMNO Presidents), have written into the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for other faiths, Malay as the national language and the preservation and sustenance of the use and study of other languages, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

It is to decide whether Malaysia is to end up producing world champions again and be role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony or whether Malaysia is to end up as a divided, failed and corrupt state.

There is no racial and religious animosities and no race or religion is out to wipe out other races and other religions, but there are political opportunists who want to set race against race, religion against religion.

Malaysia can only succeed if all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender or age can achieve their full potential capabilities. The alternative is the fate of Sri Lanka.

Right from the beginning of the formation of DAP in 1966, we catered for all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender or age.

It is a forbidding task but we have never swerved from the challenge to build a great, just, democratic, progressive and prosperous Malaysia for all Malaysians.

That is why in the first general election contested by the DAP in the 1969 general election, the DAP slate of candidates was a multi-racial, multi-religious and multi-gender one.

According to the 2020 Census, about half the population or 9 million Malaysians are in 15–30 years age group, comprising 4.6 million males and 4.32 million females.

In the first elected DAP Central Executive Committee in 1968,the national chairman was 44 years old, the secretary-general 33 years old and the national organising secretary 27 years old.

Today, the DAP leadership has grown older — DAP Chairman is 62 years old, the Secretary-General 46 years old and the National Organising Secretary 41 years old.

It is a challenge to the DAP leadership, to regenerate and be in tune with the aspirations of the young in Malaysia!

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang at the launching on the Report Card by the former Selangor State Assemblywoman for Kampung Tunku, Lim Yi Wei in Paramount Garden, PJ on Saturday, 15th July 2023)


Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos adalah pertarungan di antara masa hadapan dan masa lampau — sama ada untuk sebuah Malaysia yang diasaskan kepada perpaduan semua rakyatnya, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur atau penafian konsep ini

Saya gembira dapat hadir di majlis pelancaran Kad Laporan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos adalah pertarungan di antara masa hadapan dan masa lampau — sama ada untuk sebuah Malaysia yang diasaskan kepada perpaduan semua rakyatnya, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur atau penafian konsep ini.

Keputusan enam pilihan raya negeri di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Perpaduan Anwar di peringkat kebangsaan, tetapi ia akan menentukan sama ada kita akan mampu untuk menetapkan semula dan kembali semula kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia majmuk yang telah diterapkan ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasukalah tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden UMNO) — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pemeliharaan serta pengayaan bahasa-bahasa lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Pilihan raya ini akan menentukan sama ada Malaysia akan berjaya melahirkan juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, dan tamadun kepada dunia atau sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara yang akhirnya berpecah belah, gagal, dan korup.

Tidak ada permusuhan antara kaum dan agama dan tidak ada mana-mana kaum atau agama yang mahu menghapuskan mana-mana kaum atau agama yang lain, tetapi ada oportunis politik yang mahu melaga-lagakan dia antara satu kaum dengan kaum yang lain dan satu agama dengan agama yang lain.

Malaysia hanya akan berjaya sekiranya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur dapat mencapai potensi penuh mereka. Alternatifnya adalah untuk menerima nasib seperti Sri Lanka.

Sejak dari awal penubuhan DAP pada tahun 1966, kita telah berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur.

Perkara ini merupakan satu tugas yang amat berat, tetapi kita tidak pernah terpesong dari cabaran untuk membina sebuah Malaysia yang hebat, adil, demokratik, progresif, dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

Kerana inilah, dalam pilihan raya umum pertama yang disertai DAP pada tahun 1969, DAP meletakkan calon dari pelbagai latar belakang kaum, agama, dan jantina.

Menurut Bancian 2020, kira-kira separuh dari populasi, atau 9 juta rakyat Malaysia berada dalam kumpulan umur 15-30 tahun, dengan kira-kira 4.6 juta lelaki dan 4.32 juta wanita.

Dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat pertama DAP yang dipilih pada tahun 1968, pengerusi kebangsaan ketika itu berusia 44 tahun, setiausaha agung berusia 33 tahun, dan setiausaha organisasi kebangsaan berusia 27 tahun.

Hari ini, pimpinan DAP sudah semakin tua — Pengerusi DAP berusia 62 tahun, Setiausaha Agung berusia 46 tahun, dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan berusia 41 tahun.

Perkara ini adalah satu cabaran kepada pimpinan DAP untuk menjana semula dan menjadi lebih cakna dengan aspirasi golongan muda di Malaysia!

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang semasa pelancaran Kad Laporan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kampung Tunku, Lim Yi Wei, di Taman Paramount, PJ pada hari Sabtu, 15 Julai 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.