Perikatan Nasional (PN) is expecting a low voter turnout among the non-Malay and non-Muslim voters in the Penang general election in August and that is why the PN President, Muhyiddin Yassin, expressed confidence PN can win “nearly 20” state seats to garner a simple majority in the 40-seat Penang state legislative assembly.
That is why he reminded the Gerakan President Dominic Lau at the PN Convention that PN needed only 21 seats to garner a simple majority in Penang, and he asked Gerakan to get one more percent of the votes to win power in Penang State.
Gerakan’s role in the PN is to get that extra one per cent of the votes for PN to form the Penang State Government.
I call on the Penang voters, Malays and non-Malays, Muslims and non-Muslims, to create history in the state polls in August by voting with higher turnout than the 14th and 15th General Elections to grasp the once-in-a-century opportunity for Malaysia to be world champions again and to be the role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.
Malaysians voters recorded a 82.3 per cent voter turn-out in the 14th general election in 2018, which fell by 8.2 per cent to 74 per cent in the 15th general election in 2022.
Can Penang voters, both Malay and non-Malays, Muslim and non-Muslims, create history by having a voter turnout of more than 82.3%?
PN wants Penang to be like Kelantan, but DAP and the Anwar Unity Government want Kelantan to be like Penang, where the water pipes produce clean water and not teh-tarik water. But to make Kelantan like Penang is not a work of a year or two but a decade or two — but a start has to be made.
We want Malaysia to be world champions again in as many fields of human endeavour as possible, but we do not want to be”world champions” like when Muhyddin Yassin was the Prime Minister from March 2020 to August 2021.
Under Muhyiddin as Prime Minister, we were among the “world champions” and among the top 30 countries with the most number of Covid-19 casualties — in fact, we were ranked No. 20 in the world for Covid-19 deaths at one time.
We were also “world champions” as we were the only country which suspended Parliament and allowed the government to commit gross abuses of power as well as corruption.
But this is not the “world champions” we want Malaysia to be as we should be ashamed to such worldly “feats”.
The 15th national general election gave birth to the Anwar unity government, a tentative effort to reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia written into the Constitution and the Rukun Negara by the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers of Malaysia who were also UMNO Presidents) — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity and minimal corruption, meritocracy, respect for human rights, and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.
Will the tentative efforts of the Anwar Unity Government to reset and return to the original nation-building principles of the plural Malaysia continue and Malaysia become world champions in more and more fields of human endeavour?
Or will Malaysia remain in the trajectory of a divided, failed and rogue state in the coming decades.
This is what the general election in Penang and the other five states in August is all about — whether Malaysia will become a divided, failed, and rogue state in the coming decades, especially by Malaysia’s Centennial in 2057.
Or can Malaysia be the role model of the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony?
I believe that Malaysian voters, Malays and non-Malays, Muslims and non-Muslims, want Malaysia to be world champions again and a role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.
We want to have a best political, economic, educational, health and social systems, not a country with most casualties when there is a global pandemic.
We must have a higher voter turnout in the state polls in August than in the 14th and 15th General Elections because we must think of the future of the nation and that of our children and children’s children! We must not allow this once-in-a-century opportunity to be world champions again to be missed.
(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the Majlis Makan Malam Solidariti Bersama Lim Guan Eng in Nibong Tebal, Penang on Thursday, 22nd June 2023 at 9 pm)
Para pengundi di Pulau Pinang perlu mencipta sejarah dalam pilihan raya negeri dengan kadar keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding dengan Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15 untuk merebut peluang untuk menjadikan Malaysia juara dunia sekali lagi dan untuk Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia
Perikatan Nasional (PN) menjangkakan kadar keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi bukan Melayu dan bukan Islam di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung pada bulan Ogos dan kerana inilah Presiden PN, Muhyiddin Yassin, menyatakan keyakinan untuk PN “memenangi hampir 20” kerusi untuk meraih majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ada 40 kerusi.
Kerana inilah dia telah mengingatkan Presiden Gerakan, Dominic Lau, di Konvensyen PN yang PN hanya memerlukan 21 kerusi untuk majoriti mudah di Pulau Pinang dan dia meminta Gerakan untuk mendapatkan satu peratus tambahan undian untuk memenangi kuasa di Pulau Pinang.
Peranan Gerakan di Pulau Pinang adalah untuk mendapatkan satu peratus undian tambahan ini untuk membolehkan PN membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya menyeru kepada para pengundi di Pulau Pinang, sama ada Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, untuk mencipta sejarah dalam pilihan raya negeri pada bulan Ogos ini untuk keluar mengundi pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15 untuk merebut peluang untuk menjadikan Malaysia juara dunia sekali lagi dan untuk Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia,
Para pengundi di Malaysia mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 82.3 peratus dalam pilihan raya umum pada tahun 2018, yang jatuh sebanyak 8.2 peratus kepada 74 peratus dalam pilihan raya umum ke-15 pada tahun 2022.
Bolehkah pengundi di Pulau Pinang, baik yang Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, mencipta sejarah dengan mencatatkan kadar keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding dengan 82.3%?
PN mahu Pulau Pinang untuk menjadi seperti Kelantan, tetapi DAP dan Kerajaan Perpaduan Anwar mahu Kelantan untuk menjadi seperti Pulau Pinang, di mana paip air mengeluarkan air bersih dan bukannya air yang berwarna seperti teh tarik. Tetapi untuk menjadikan Kelantan seperti Pulau Pinang bukanlah satu usaha yang mengambil masa setahun atau dua, sebaliknya memerlukan satu atau dua dekad — tetapi, kita perlukan satu permulaan.
Kita mahu Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dalam sebanyak mungkin bidang yang diceburi manusia, tetapi kita tidak mahu menjadi “juara dunia” seperti mana ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.
Di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kita dikira “juara dunia” dalam kalangan 30 negara dengan jumlah kematian akibat Covid-19 yang tertinggi — malah, kita pernah mencapai tempat ke-20 pada suatu masa.
Kita juga pernah menjadi “juara dunia” sebagai satu-satunya negara yang menggantung sidang Parlimen yang membolehkan kerajaan untuk melakukan salah guna kuasa dan rasuah.
Tetapi, ini bukanlah bentuk “juara dunia” yang kita mahu Malaysia jadi, sebaliknya kita patut malu dengan “pencapaian dunia” sebegini.
Pilihan raya umum ke-15 telah melahirkan Kerajaan Perpaduan Anwar, yang merupakan satu usaha untuk mengembalikan semula negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan Malaysia majmuk seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal yang juga merupakan Presiden UMNO) ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Adakah usaha membentuk Kerajaan Perpaduan Anwar untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah Malaysia majmuk ini dapat diteruskan untuk Malaysia menjadi juara dunia dalam semakin banyak bidang yang diceburi manusia?
Atau adakah Malaysia akan kekal dalam hala tuju ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang?
Inilah erti sebenar pilihan raya umum yang bakal berlangsung di Pulau Pinang dan lima negeri lain lagi pada bulan Ogos ini — sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang, terutamanya menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.
Atau adakah Malaysia akan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia?
Saya percaya yang para pengundi Malaysia, baik yang Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, mahu Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan mahu Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia?
Kita mahukan sistem politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang terbaik di dunia, bukannya menjadi sebuah negara dengan kadar kematian tertinggi ketika berhadapan dengan satu pandemik global.
Kita perlu tunjukkan kadar keluar mengundi yang lebih tinggi dalam pilihan raya negeri pada bulan Ogos ini berbanding dengan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15 kerana kita perlu fikirkan masa hadapan negara dan masa hadapan anak-anak serta cucu-cucu kita! Kita tidak boleh bazirkan peluang untuk menjadi juara dunia yang mungkin hanya datang sekali-dalam-seabad ini.
(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di Majlis Makan Malam Solidariti Bersama Lim Guan Eng di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada hari Khamis, 22 Jun 2023 pada jam 9 malam)