Challenge to Hadi and Muhyiddin — what they want Malaysia to be world champions of


(Versi BM)

The six state general elections in August is the beginning of Malaysia becoming world champions again or Malaysia remaining in the trajectory of a divided, failed, and rogue state in the coming decades.

The six state general elections in August is even more important than the 15th national general elections on Nov. 19, 2022.

The 15th national general election gave birth to the Anwar unity government, a tentative effort to reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia written into the Constitution and the Rukun Negara by the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers of Malaysia who were also UMNO Presidents) — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity and minimal corruption, meritocracy, respect for human rights, and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

Will the tentative efforts of the Anwar Unity Government to reset and return to the original nation-building principles of the plural Malaysia continue and Malaysia become world champions in more and more fields of human endeavour?

Or will Malaysia remain in the trajectory of a divided, failed and rogue state in the coming decades?

Malaysia will not become a divided, failed, and rogue state overnight but the six state general elections in August will decide whether we are heading in this direction and to be a divided, failed, and rogue state in the coming decades, especially by Malaysia’s Centennial in 2057.

Can Malaysia be the role model of the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony?

Leaders of Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu do not have any plans to make Malaysia world champions. If any, they only want Malaysia to be world champions of lies, falsehoods, fake news, and hate speech.

PAS President Hadi Awang has made numerous false allegations against the DAP and me, that I am a communist, anti-Malay, anti-Islam, anti-Rulers, even promoting Islamophobia, but when challenged to substantiate these allegations, either lapsed into silence or avoided the challenges completely.

I challenge Hadi and Muhyiddin Yassin, the Bersatu President, to state what they want Malaysia to the world champions of and not to avoid the challenge

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Thursday, 22nd June, 2023)


Cabaran kepada Hadi dan Muhyiddin untuk menyatakan apakah bentuk kedudukan Malaysia sebagai juara dunia yang mereka mahukan untuk Malaysia

Pilihan raya umum di enam negeri pada bulan Ogos yang akan datang ini akan menentukan sama ada satu permulaan untuk Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi atau kekal dalam hala tuju kemerosotan ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang.

Enam pilihan raya yang bakal berlangsung pada bulan Ogos ini lebih penting berbanding dengan pilihan raya umum ke-15 yang berlangsung pada 19 November 2022.

Pilihan raya umum ke-15 telah melahirkan Kerajaan Perpaduan Anwar, yang merupakan satu usaha untuk mengembalikan semula negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan Malaysia majmuk seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal yang juga merupakan Presiden UMNO) ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Adakah usaha membentuk Kerajaan Perpaduan Anwar untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah Malaysia majmuk ini dapat diteruskan untuk Malaysia menjadi juara dunia dalam semakin banyak bidang yang diceburi manusia?

Atau adakah Malaysia akan kekal dalam hala tuju ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang?

Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam masa semalaman, tetapi enam pilihan raya negeri dalam bulan Ogos ini akan menentukan sama ada kita berada dalam hala tuju ke arah kegagalan ini dalam dekad-dekad yang akan datang, terutamanya menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

Boleh Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia?

Para pemimpin Perikatan Nasional (PN) dari PAS dan Bersatu tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menjadikan Malaysia juara dunia. Sekiranya ada sekalipun, mereka hanya mahu Malaysia menjadi juara dunia dalam penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian.

Presiden PAS, Hadi Awang, telah membuat pelbagai tuduhan palsu terhadap DAP dan saya, menuduh kononnya saya komunis, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, malah, kononnya mempromosikan Islamofobia, tetapi apabila dicabar untuk membuktikan tuduhan ini, dia sama ada diam seribu bahasa atau mengelakkan cabaran ini sama sekali.

Saya cabar Hadi dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, untuk menyatakan apakah bentuk kedudukan Malaysia sebagai juara dunia yang mereka mahukan untuk Malaysia dan untuk mereka tidak mengelak dari cabaran ini.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Khamis, 22 Jun 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.