The Anwar-Mahathir war will enthral all Malaysians but the most important question in Malaysia today is whether all political parties and Malaysians will compete to race Malaysia to the top as a successful world-class nation and not to compete to race Malaysia to the bottom as a failed, divided, and kleptocratic state


(Versi BM)

The Anwar-Mahathir war will enthral all Malaysians but the most important question in Malaysia today is whether all political parties and Malaysians will compete to race Malaysia to the top as a successful world-class nation and not to compete to race Malaysia to the bottom as a failed, divided, and kleptocratic state.

Under Vision 2020, Malaysia was to join 19 other nations to become a fully developed nation and we are supposed to have achieved per capita GDP of some US$16,000 by the end of the 30-year Vision 2020.

But in 2020, we failed to reach even 70 percent of this Vision 2020 goal for our per capita GDP.

It is tragic that the architect of Vision 2020, who had been the Prime Minister of the country for over 24 years should have declared the failure of Vision 2020 and its nine strategic objectives and relapsed to a “Malay Proclamation” instead of a “Malaysian Proclamation”.

After 30 years, the number of developed countries have doubled but Malaysia is not one of them.

The Malaysian Diaspora where some two million Malaysians are all over the world to make other nations great instead of Malaysia great, is a failure of Vision 2020, its nine strategic objectives and the Bangsa Malaysia concept.

Malaysians must have reason to be proud of being Malaysians, proud of their country and its achievements. They had to stand tall in the eyes of the world.

This is why we need to establish a single, united Malaysian nation. Though born of different races and religions, all Malaysians had to see themselves as nationals of one and the same country.

Different though we were in our origins, ours was a common destiny. We might differ politically but our loyalty and dedication to the nation had to be unshakeable. We were all, without reservation or limitation, part of a Bangsa Malaysia — a single Malaysian people, united yet diverse.

Or as it was explained:

“Bangsa Malaysia basically means that people should regard themselves, first and above all, as Malaysians. As citizens you must identify with your country and to that extent, you cannot be totally Chinese or wholly Indian and still be Malaysian. Even the Malays will have to lose some of their Malayness.

“In time, there will be one common identity in our country and it will be a Malaysian identity, but for a long time there will be a number of different ways of being a Malaysian, including the Chinese, the Indian, the Iban, the Kadazan and others, and of course, the Malay way. The Malaysian identity will be inclusive enough to recognise and encompass all these differences. Our Malays, Chinese, Indians, Ibans and Kadazans and others may (and should be entitled to) express their own historical identities in their own distinct ways, but not in a separate form.”

The Perikatan Nasional (PN) and the Opposition do not have to support the Anwar unity government, but we must compete to make Malaysia race to the top of the world as a successful world-class nation instead of race to the bottom with Malaysia ending up as a divided, failed and kleptocratic state.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 9th May 2023)


Pertembungan Anwar-Mahathir akan menarik perhatian semua rakyat Malaysia, namun persoalan yang paling penting dalam negara hari ini adalah sama ada semua parti-parti politik dan rakyat Malaysia boleh bersaing untuk menaikkan ke Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang berjaya dan bukannya berlumba-lumba untuk menghumban Malaysia menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik

Pertembungan Anwar-Mahathir akan menarik perhatian semua rakyat Malaysia, namun persoalan yang paling penting dalam negara hari ini adalah sama ada semua parti-parti politik dan rakyat Malaysia boleh bersaing untuk menaikkan ke Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang berjaya dan bukannya berlumba-lumba untuk menghumban Malaysia menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik.

Di bawah Wawasan 2020, Malaysia sepatutnya akan menyertai 19 negara lain untuk menjadi negara maju dan kita sepatutnya telah mencapai KDNK per kapita AS$16,000 menjelang penghujung 30 tahun Wawasan 2020 ini.

Tetapi, pada tahun 2020, kita telah gagal untuk mencapai 70 peratus sekalipun dari matlamat KDNK per kapita Wawasan 2020 ini.

Tragis sekali apabila arkitek Wawasan 2020 ini sendiri — yang telah menjadi Perdana Menteri negara selama lebih dari 24 tahun — telah mengisytiharkan kegagalan Wawasan 2020 dan sembilan matlamat strategiknya, dan telah kembali kepada idea “Proklamasi Melayu” dan bukannya “Proklamasi Malaysia”.

Selepas 30 tahun, jumlah negara-negara maju telah berganda tetapi Malaysia masih belum tergolong dalam kalangan negara-negara ini.

Diaspora Malaysia di mana kira-kira dua juta rakyat Malaysia berada di seluruh dunia, menjadikan negara lain yang hebat dan bukannya Malaysia, adalah salah satu kegagalan Wawasan 2020, sembilan matlamat strategiknya, dan juga konsep Bangsa Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu diberikan perkara untuk dibanggakan mereka sebagai rakyat Malaysia, untuk mereka berbangga dengan negara ini dan pencapaian ini. Supaya mereka dapat berdiri tinggi di mata dunia.

Kerana inilah kita perlu bentuk sebuah bangsa Malaysia tunggal yang bersatu padu. Walaupun dibentuk dari pelbagai kaum dan agama, semua rakyat Malaysia perlu melihat diri mereka sebagai warganegara yang sama dari satu negara yang sama.

Walaupun kita berbeza asal usul, kita mempunyai masa hadapan yang dikongsi bersama. Kita mungkin mempunyai perbezaan politik, tetapi kesetiaan dan dedikasi kita terhadap negara perlulah kukuh. Kita semua, tanpa syarat atau had, sebahagian daripada Bangsa Malaysia — satu bangsa tunggal rakyat Malaysia, bersatu padu dengan kepelbagaian kita.

Atau, seperti yang dijelaskan sebelum ini:

“Bangsa Malaysia secara ringkasnya bermaksud rakyat perlulah melihat diri mereka, pertamanya sebagai rakyat Malaysia. Sebagai rakyat, anda memperkenalkan diri anda dengan negara anda dan oleh itu, anda tidak boleh menjadi Cina sepenuhnya atau India sepenuhnya dan masih menjadi rakyat Malaysia. Malah orang Melayu sendiri pun akan kehilangan sedikit kemelayuan mereka.

“Dengan peredaran masa, akan ada satu identiti bersama dalam negara kita dan identiti ini adalah identiti Malaysia, namun, untuk sekian lamanya, akan ada pelbagai cara untuk menjadi seorang rakyat Malaysia, termasuklah dengan menjadi seorang Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain, dan sudah tentu juga, dengan cara sebagai seorang Melayu. Identiti Malaysia ini cukup inklusif untuk mengiktiraf dan merangkumi semua perbezaan ini. Orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain juga boleh (dan sepatutnya berhak) untuk menzahirkan identiti bersejarah mereka dalam cara masing-masing, tetapi bukan secara berasingan.”

Perikatan Nasional (PN) dan juga pihak Pembangkang tidak perlu untuk menyokong kerajaan perpaduan Anwar, tetapi kita semua perlulah bersaing untuk meletakkan Malaysia di tempat yang tinggi di dunia sebagai sebuah negara hebat yang bertaraf dunia dan bukannya berlumba-lumba untuk menjunamkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Selasa, 9 Mei 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.