Can Malaysia improve by 40 rankings in one year in TI CPI as in RSF’s World Press Freedom Rankings, which would restore Malaysia’s position as the top OIC country and a leading Asian nation in fighting corruption as in the early years of the annual TI CPI series?


(Versi BM)

Can Malaysia improve by 40 rankings in one year in Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) as in RSF’s World Press Freedom Rankings, which would make Malaysia the top Organisation of Islamic Co-operation (OIC) country and a leading Asian nation in fighting corruption as in the early years of the annual TI CPI series?

I do not expect such a “miracle” to happen to Malaysia on the anti-corruption front, as it would overnight restore Malaysia’s position as the top OIC country and a leading nation in Asia in ensuring good governance with public integrity with minimal corruption.

Malaysia is now ranked No. 61 out of 180 countries with a score of 47 marks out of 100, one of the lowest recorded for the country.

If not for the change of government in the 15th General Election, Malaysia would have continued to slither down the annual TI CPI ranking and score as happened under the Muhyiddin Yassin and Ismail Sabri “backdoor” governments, undoing the efforts of the Pakatan Harapan government which achieved the best TI CPI performance in 2019 with a jump of 10 rankings with a score of 53 out of 100 marks.

Muhyiddin and Hadi are not against corruption. Muhyiddin is only opposed to the monstrous 1MDB scandal while Hadi was quite comfortable with the 1MDB scandal as he had performed the feat of never criticising the massive 1MDB scandal.

Muhyiddin and Hadi have no qualms if Malaysia falls lower and lower in future TI CPIs, even if China overtake Malaysia before 2030, and Indonesia, India, and more OIC countries overtake Malaysia in the decade after 2030.

But with the Anwar unity government, Malaysians can hope to see Malaysia reach the top 30 slots of countries in the world with minimal corruption and restore its position as the top OIC country and a leading nation in Asia in fighting corruption — if not by the end of the full five-year term of the Anwar Unity Government in 2027, at least by the end of the second Anwar term as Prime Minister in 2033.

Will the Perikatan Nasional of Bersatu and PAS support a 10-year programme to make Malaysia one of the top 30 countries in the world in public integrity with minimal corruption?

Meanwhile, the best way to celebrate the 40-ranking jump of Malaysia in RSF’s World Press Freedom Ranking 2023 is for Malaysia to set up a Media Council.

Veteran journalists Johan Jaafar and Zaini Hassan are among those who said the establishment of a media council would be timely and would raise the professionalism of journalists to a higher level, thus creating a new benchmark for the profession.

Much work had been done in the 22 months of the Pakatan Harapan Government before it was toppled by the infamous Sheraton Move political conspiracy in February 2022.

It is time for the Anwar unity government to announce the good news about the establishment of the media council.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 5th May 2023)


Bolehkah Malaysia mencatatkan peningkatan 40 anak tangga dalam masa setahun untuk carta TI CPI seperti mana dalam Carta Kebebasan Akhbar Dunia RSF — yang pastinya akan mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara OIC nombor satu dan negara Asia yang utama dalam usaha memerangi rasuah seperti pada tahun-tahun awal penerbitan TI CPI?

Bolehkah Malaysia mencatatkan peningkatan 40 anak tangga dalam masa setahun untuk carta Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terbitan Transparency International (TI) seperti mana dalam Carta Kebebasan Akhbar Dunia RSF — yang pastinya akan mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) nombor satu dan negara Asia yang utama dalam usaha memerangi rasuah seperti pada tahun-tahun awal penerbitan TI CPI?

Saya tidak jangkaan “keajaiban” sebegini untuk terjadi di Malaysia dalam bidang anti-rasuah, tetapi perkara ini semestinya akan mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara OIC teratas dan menjadikan Malaysia salah satu negara teratas di Asia dalam usaha memastikan adanya tadbir urus yang baik dengan integriti awam dan rasuah yang minima.

Malaysia kini berada di tempat ke-61 dalam kalangan 180 buah negara di seluruh dunia dengan markah sebanyak 47 mata per seratus, antara markah yang terendah yang pernah dicatatkan kita.

Sekiranya tidak kerana perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15, Malaysia akan terus merosot dalam penerbitan carta tahunan TI CPI seperti yang berlaku di bawah pemerintahan kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri, di mana segala usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk mencapai prestasi TI CPI yang terbaik pada tahun 2019 — dengan peningkatan 10 anak tangga dan markah 53 per seratus — disia-siakan.

Muhyiddin dan Hadi tidak menentang rasuah. Muhyiddin hanya menentang skandal gergasi 1MDB manakala Hadi pula kelihatan selesa dengan skandal 1MDB memandangkan dia langsung tidak pernah mengkritik skandal 1MDB.

Muhyiddin dan Hadi tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Malaysia terus menerus jatuh dalam carta-carta TI CPI yang akan datang, sekalipun sekiranya China mengatasi kedudukan Malaysia sebelum tahun 2030 dan Indonesia, India, dan banyak lagi negara-negara OIC mengatasi kedudukan Malaysia dalam dekad-dekad yang akan datang selepas 2030.

Tetapi, dengan kerajaan perpaduan Anwar, rakyat Malaysia boleh ada harapan untuk melihat Malaysia mencapai kedudukan 30 negara teratas dengan rasuah yang minima dan mengambil semula kedudukannya sebagai negara OIC nombor satu dan sebagai antara negara Asia yang terbaik dalam usaha memerangi rasuah — sekiranya bukan menjelang penghujung penggal lima tahun Kerajaan Perpaduan Anwar pada tahun 2027, selewat-lewatnya semasa penghujung penggal kedua Anwar sebagai Perdana Menteri pada tahun 2033.

Adakah Perikatan Nasional yang dianggotai Bersatu dan PAS akan menyokong program 10 tahun untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 negara terbaik dunia dengan integriti awam dan rasuah yang minima?

Sementara itu, cara terbaik untuk meraikan lonjakan 40 anak tangga yang dicatatkan negara dalam Carta Kebebasan Akhbar Dunia 2023 terbitan RSF adalah dengan membentuk Majlis Media.

Wartawan veteran, Johan Jaafar dan Zaini Hassan, adalah antara mereka yang telah mengatakan penubuhan majlis media ini bertepatan masanya dan bakal meningkatkan profesionalisme para wartawan ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mencipta tanda aras baharu untuk bidang tersebut.

Banyak perkara telah dilakukan dalam 22 bulan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum kerajaan ini ditumbangkan oleh konspirasi politik Langkah Sheraton pada Februari 2022.

Masanya sudah tiba untuk kerajaan perpaduan Anwar mengumumkan berita baik mengenai penubuhan majlis media ini.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 5 Mei 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.