Malaysia must aim to regain its position as the top OIC country in the annual TI CPI series


(Versi BM)

Malaysia was the top Organisation of Islamic Co-operation (OIC) country in the early years of the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) series starting in 1995.

For six years from 1995 to 2000, Malaysia was unchallenged as the top OIC country in the TI CPI series.

Then in 2001, Tunisia beat Malaysia when Tunisia was ranked No. 31 with a score of 5.3 out of 10 while Malaysia was ranked No. 36 with a score of 5.0 out of 10 while Jordan was ranked No. 37 with a score of 4.9.

But in 2003, when the Middle Eastern countries of Oman, Bahrain, Qatar, and Kuwait were included in the TI CPI series, Malaysia went into stagnation and decline, with Malaysia ranked No. 37 with a score of 5.2 out of 138 countries, (which she shared with United Arab Emirates), but lost out to Oman (No. 26 with score of 6.3), Bahrain (No. 27 with score of 6.1), Qatar (No. 32 with score of 5.6), and Kuwait (No. 35 with score of 5.3).

In 2004, Malaysia lost out to five OIC countries when she was ranked 38 with score of 5, which she shared with Tunisia. The five OIC countries were Oman and UAE (both ranked No. 29 with score of 6.1), Bahrain (No. 34 with score of 5.8), Jordan (No. 37 with score of 5.2), and Qatar (No. 38 with score of 5.2).

In 2005, Malaysia lost out to five OIC countries when she was ranked No. 39 with score of 5.1. The five OIC countries Malaysia lost to were Oman (No. 28 with score of 6.3), UAE (No. 30 with score of 6.2), Qatar (No. 32 with score of 5.9), Bahrain (No. 36 with score of 5.8), and Jordan (No. 37 with score of 5.7).

Since 2006, Malaysia has been losing from two to six OIC countries in the annual TI CPI series.

In the latest 2022 TI CPI for instance, Malaysia lost out to three OIC countries — UAE (No. 27 with score of 67 over 100), Qatar (No.40 with score of 58), and Saudi Arabia (No. 54 with score of 51) while Malaysia shared with Turkey, ranked 61 with score of 47 out of 100.

Malaysia’s best recovery in the TI CPI ratings in the last decade was in the 2020 TI CPI ranking, when Malaysia was ranked No. 57 with a score of 51 and was placed to overtake Saudi Arabia and even Oman in a few years if Malaysia had continued to improve on the anti-corruption front, but the infamous Sheraton Move political conspiracy took place in February 2020 and Malaysia continued in a new TI CPI decline in the next two years.

With anti-corruption efforts by the Anwar unity government in the past five months, Malaysia is set to be back on the recovery trail in the TI CPI ratings in the next few years, and but more must be done in fighting corruption if Malaysia is to be the top OIC country in the annual TI CPI ratings.

Former PAS leader, Datuk Nik Aziz Nik Mat would have supported the goal to make Malaysia the top OIC country in the annual TI CPI series, but would Hadi Awang, who had been blaming the non-Malays for the corruption problem in Malaysia and suggested that corruption was acceptable if committed by Muslim leaders, accept the goal to make Malaysian the top OIC country in the annual TI CPI series?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 2nd May 2023)


Malaysia perlu menyasarkan untuk mendapatkan semula kedudukannya sebagai negara OIC teratas dalam carta TI CPI

Malaysia adalah antara negara OIC teratas dalam tahun-tahun awal Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) bermula pada tahun 1995.

Untuk enam tahun, dari tahun 1995 hingga 2000, kedudukan Malaysia kukuh sebagai negara OIC teratas dalam siri TI CPI.

Kemudian, pada tahun 2001, Tunisia mengatasi kedudukan Malaysia dengan tempat ke-31 dan markah 5.3 per 10 manakala Malaysia pula berada di tempat ke-36 dengan markah 5.0 per 10 dan Jordan di tempat ke-37 dengan markah 4.9.

Tetapi pada tahun 2003 pula, negara-negara Timur Tengah Oman, Bahrain, Qatar, dan Kuwait mula dimasukkan dalam siri TI CPI, Malaysia masuk ke dalam fasa terbantut dan mula mencatatkan kemerosotan, dengan Malaysia terletak di tempat ke-37 dari 138 negara dengan markah 5.2 (kedudukan yang dikongsi bersama dengan Emiriah Arab Bersatu) — di belakang Oman (tempat ke-26, markah 6.3), Bahrain (tempat ke-27, markah 6.1), Qatar (tempat ke-32, markah 5.6), dan Kuwait (tempat ke-35, markah 5.3).

Pada tahun 2005, Malaysia ditinggalkan di belakang lima negara OIC apabila kita ditempatkan di tempat ke-39 dengan markah 5.1. Lima negara OIC ini adalah Oman (tempat ke-28, markah 6.3), UAE (tempat ke-30, markah 6.2), Qatar (tempat ke-32, markah 5.9), Bahrain (tempat ke-36, markah 5.8), dan Jordan (tempat ke-37, markah 5.7).

Sejak tahun 2006, Malaysia ditinggalkan di belakang antara dua ke enam negara OIC dalam siri tahunan CPI TI.

Sebagai contoh, dalam TI CPI 2022 yang terkini, Malaysia berada di belakang tiga negara OIC — UAE (tempat ke-27, markah 67/100), Qatar (tempat ke-40, markah 58), dan Arab Saudi (tempat ke-54, markah 51), manakala Malaysia berkongsi kedudukan dengan Turkiye di tempat ke-61 dengan markah 47 per 100.

Kedudukan terbaik negara kita dalam TI CPI dalam dekad yang lepas adalah pada tahun 2020 apabila kita berada di tempat ke-57 dengan markah 51 mata — kedudukan di mana kita dijangkakan akan mengatasi Arab Saudi, malah mungkin juga Oman dalam beberapa tahun sekiranya kita meneruskan penambahbaikan dalam usaha membanteras rasuah. Malangnya, konspirasi politik Langkah Sheraton terjadi pada Februari 2020 dan Malaysia terus kembali ke arah kemerosotan dalam TI CPI untuk dua tahun yang seterusnya.

Dengan usaha membanteras rasuah kerajaan perpaduan Anwar dalam lima bulan yang lepas, Malaysia kini berada dalam hala tuju untuk menunjukkan pemulihan kedudukan carta TI CPI dalam beberapa tahun yang akan datang, tetapi banyak lagi perkara yang perlu dilakukan sekiranya kita ingin menjadi negara OIC teratas dalam carta TI CPI.

Mantan pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pasti akan menyokong matlamat untuk menjadikan Malaysia negara OIC teratas dalam TI CPI, tetapi adakah Hadi Awang, yang sebelum ini menyalahkan orang bukan Melayu atas masalah rasuah di Malaysia dan cuba mengatakan yang rasuah boleh diterima sekiranya dilakukan oleh pemimpin Islam, akan menerima cita-cita untuk menjadikan Malaysia negara OIC teratas dalam penerbitan TI CPI setiap tahun ini?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang dari Pulau Pinang pada hari Selasa, 2 Mei 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.