Anwar Unity Government should not fall between two stools — over-optimism of victory in Penang, Selangor, and Negeri Sembilan, and over-pessimism of defeat in Kelantan, Terengganu, and Kedah


(Versi BM)

The Anwar Unity Government should not fall between two stools — over-optimism of victory in Penang, Selangor, and Negeri Sembilan, and over-pessimism of defeat in Kelantan, Terengganu, and Kedah.

The general election for the six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, and Kedah will be held in the next 12–14 weeks.

The objective of the Anwar unity government is to demonstrate that the so-called “green wave” in the 15th parliamentary elections is misplaced, that it was built on lies, falsehoods and fake news on the social media.

Perikatan Nasional (PN) leaders from Bersatu and PAS have publicly stated that PN can form the Selangor state government, have fifty-fifty chance of forming the Negeri Sembilan state government, can make gains in Penang, that the Anwar unity government cannot win more than three state assembly seats in Kedah, and that PN will sweep all the state assembly seats in Kelantan and Terengganu.

All that is needed to prove that the so-called “green wave” is a mirage is for the Anwar unity government to retain the State Governments of Penang, Selangor, and Negeri Sembilan, and to win more than three seats in Kedah and “break the egg” by winning at least one seat each in Kelantan and Terengganu.

The political parties in the Anwar unity government should not however fall between two stools in the six states, from over-optimism in Penang, Selangor, and Negeri Sembilan, and from over-pessimism in Kelantan, Terengganu, and Kedah.

For the three states of Penang, Selangor, and Negeri Sembilan, the three state governments must go on a “war footing” to repel the PN attempts to win the state governments of Selangor and Negeri Sembilan. For Penang, the political parties in the Anwar Unity Government should attempt to do better than in the 14th and 15th General Elections.

The PN position in the three states run by PAS are not invincible, and I hold optimistic view that the political parties in the Anwar unity government can win more than three seats in Kedah and “break the egg” in both Kelantan and Terengganu.

But there must be a strategy to counter and expose the lies, falsehoods and fake news on which the PN gains were founded.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Thursday, 27th April 2023)


Kerajaan perpaduan Anwar tidak boleh tersilap dengan terlalu optimis untuk menang di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri atau terlalu pesimis dengan kekalahan di Kelantan, Terengganu, dan Kedah

Kerajaan perpaduan Anwar tidak boleh tersilap dengan terlalu optimis untuk menang di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri atau terlalu pesimis dengan kekalahan di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Pilihan raya umum di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, dan Kedah akan diadakan dalam masa 12 ke 14 minggu yang akan datang.

Matlamat untuk kerajaan perpaduan Anwar adalah untuk menunjukkan yang fenomena “gelombang hijau” Pilihan Raya Umum ke-15 adalah salah, bahawa fenomena ini sebenarnya dibina berasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu di media sosial.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu dan PAS telah mengatakan secara terbuka yang PN boleh membentuk kerajaan negeri Selangor, mempunyai kemungkinan 50-50 untuk membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan, dan boleh mencatatkan kemajuan di Pulau Pinang, kononnya kerajaan perpaduan Anwar tidak akan mampu untuk memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah dan PN akan menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan dan Terengganu.

Apa yang diperlukan untuk membuktikan “gelombang hijau” ini hanyalah mimpi adalah untuk kerajaan perpaduan Anwar mengekalkan kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan dan untuk memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah dan menang sekurang-kurangnya satu kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Namun, parti-parti dalam kerajaan perpaduan Anwar tidak boleh tersilap dalam pilihan raya di enam negeri ini dengan terlalu optimis di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan atau dengan terlalu pesimis dengan kekalahan di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Di tiga negeri, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, kerajaan negeri perlu membuka “kuda-kuda perang” untuk menangkis cubaan PN untuk memenangi kerajaan negeri di Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk Pulau Pinang pula, parti-parti dalam kerajaan perpaduan Anwar perlu menunjukkan usaha yang lebih kuat untuk mencapai keputusan yang lebih baik berbanding dengan PRU ke-14 dan ke-15.

Kedudukan PN di tiga negeri yang diperintah PAS juga tidaklah kebal, dan saya berasa optimis yang parti-parti kerajaan perpaduan Anwar mampu untuk memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah dan menembusi kubu PN di Kelantan dan Terengganu.

Namun, perlulah adanya strategi untuk melawan dan mendedahkan penipuan, fitnah, dan berita palsu yang digunakan sebagai asas kemenangan PN.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Khamis, 27 April 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.