The next two tests to determine whether the Anwar unity government can last the full term of five years are:
- The May/June meeting of Parliament; and
- The general election in the six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu.
This is why I said the May/June meeting of Parliament is a make-and-break meeting for the Anwar unity government, for at the end of the three-week May/June meeting of Parliament, more Malaysians must be able to remain hopeful that the Anwar unity government can save Malaysia from the fate of a divided, failed, and kleptocratic state as there will be reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia that the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents) have agreed upon, and which is written into the Constitution and Rukun Negara — that Malaysia is a land which produces world champions like the Thomas Cup champions in the fifties and sixties, and is a model country for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.
The general election in the six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu in July/August should prove that there is no such thing as a “green wave” and that the aspiration of the Anwar unity government to make Malaysia a world-class nation has the support of all Malaysians, regardless of race, religion or region.
If the Chinese, Indians, Kadazans, and Dayaks in Malaysia are made to believe that there is diabolical plan to wipe up their race, religion or culture, they would unite and fight to the end.
Similarly, if Malays are made to believe that there is a diabolical plan to wipe out the race, Islam, and Malay culture, they will oppose and resist to the end.
But there is no such diabolical plan, whether to wipe out the Malays, Chinese, Indians, Kadazans, and Dayaks, their religion or culture.
There must be an all-out effort to wipe out this misperception that the Malays, their race, religion, and culture are under threat and face elimination, for there is no such threat.
This is testified by the large multi-ethnic and multi-religious crowds at Hari Raya Aidilfitri Open Houses, whether of royalty, political leaders or the ordinary people — proof of the Malaysian solidarity and open-mindedness among the people which rises above race, religion and culture, and indication that Malaysia can be a model for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.
The sole message of the Perikatan Nasional of Bersatu and PAS is that the Malays are being wiped out and that the Malays have lost all their political and economic rights, which are based on lies, falsehoods, and fake news of the social media.
Who caused Tun Mahathir Mohamad to lose his deposit in the 15th General Election in the Langkawi parliamentary constituency?
It is the Bersatu candidate, Mohd Suhaimi Abdullah who defeated Mahathir but who was recently reprimanded and fined RM25,000 for corporate non-compliance when he was Silver Ridge Holdings Bhd’s founder and group managing director and breached the Bursa Malaysia ACE Market Listing Requirements in not disclosing immediately a letter of award (LOA) Silver Ridge received from Telekom Malaysia on May 4, 2021 for a contract worth RM20.6 million.
This is a case where Mahathir has become a political victim of New Economic Policy (NEP) — where the NEP made millionaires of a handful of Malays while the majority of the Malays remain in the B40 bracket.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Wednesday, 26th April 2023)
Dua ujian seterusnya yang akan menentukan sama ada kerajaan perpaduan Anwar dapat bertahan sepenggal penuh lima tahun
Dua ujian seterusnya yang akan menentukan sama ada kerajaan perpaduan Anwar akan dapat bertahan selama penggal penuh lima tahunnya adalah:
- Sidang Parlimen Mei/Jun; dan
- Pilihan Raya Negeri di enam negeri — Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Kerana inilah saya katakan sidang Parlimen Mei/Jun yang akan datang ini amat penting untuk kerajaan perpaduan Anwar, kerana pada penghujung sidang ini, lebih ramai rakyat Malaysia patut bersemangat dan merasakan yang kerajaan perpaduan Anwar dapat menyelamatkan Malaysia dari menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik kerana adanya usaha menetapkan semula negara kita ke arah prinsip pembinaan negara bangsa Malaysia yang majmuk yang dipersetujui oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden UMNO) dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – untuk kita semua menyedari bahawa Malaysia adalah tempat yang melahirkan juara dunia seperti dalam Piala Thomas pada tahun lima puluhan dan enam puluhan dan juga satu contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Pilihan raya di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu pada bulan Julai/Ogos akan membuktikan bahawa tidak wujud “gelombang hijau” dan aspirasi kerajaan perpaduan Anwar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia mendapat sokongan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, atau kawasan.
Sekiranya orang Cina, India, Kadazan, dan Dayak di Malaysia merasakan yang ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum, agama, atau budaya mereka, mereka akan bersatu dan berlawan habis-habisan.
Begitu juga, sekiranya orang Melayu dibuat untuk percaya bahawa ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam, mereka akan menentang dan melawan habis-habisan.
Tetapi, tidak ada sebarang rancangan jahat sebegini untuk menghapuskan sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, atau agama mereka mahupun budaya mereka.
Perlu ada usaha besar-besaran untuk menghapuskan persepsi salah yang kononnya kaum, agama, dan budaya orang Melayu sedang terancam dan akan dihapuskan, kerana tidak ada sebarang ancaman sebegini yang wujud.
Perkara ini dapat dilihat dari kehadiran meriah dari pelbagai kumpulan etnik dan agama pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, baik yang dianjurkan oleh kerabat diraja, pemimpin politik, atau rakyat biasa – menjadi bukti semangat solidariti dan keterbukaan Malaysia dalam kalangan rakyat boleh melangkaui perbezaan kaum, agama, dan budaya dan menjadi petanda yang Malaysia mampu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun.
Mesej tunggal yang cuba dicanang oleh Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional adalah kononnya orang Melayu sedang diancam dan orang Melayu telah kehilangan semua hak politik dan ekonomi sedangkan mesej ini dibentuk berasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu di media sosial.
Siapakah yang menyebabkan Tun Mahathir Mohamad kehilangan depositnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Langkawi?
Dia adalah calon Bersatu, Mohd Suhaimi Abdullah, yang telah mengalahkan Mahathir tetapi baru-baru ini diberikan amaran dan denda sebanyak RM25,000 untuk kesalahan ketidakpatuhan korporat semasa dia menjadi penubuh dan pengarah urusan Silver Ridge Holdings Bhd dan untuk kesalahan melanggar syarat Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia apabila dia tidak mengisytiharkan penerimaan surat anugerah (LOA) yang diterima oleh Silver Ridge dari Telekom Malaysia pada 4 Mei 2021 untuk kontrak yang bernilai RM20.6 juta.
Ini adalah satu kes di mana Mahathir telah menjadi mangsa politik Dasar Ekonomi Baharu (DEB) — di mana DEB mencipta jutawan dalam kalangan beberapa orang Melayu sedangkan majoriti orang Melayu masih berada dalam kategori B40.
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Rabu, 26 April 2023)