Will Khairy’s proposal for a weekly showdown between the Prime Minister and the Prime Minister-designate come off when Muhyiddin, Hadi, and Hamzah had not posed a single question since the introduction of the Prime Minister’s Question-Time (PMQ) in the last two months?


(Versi BM)

Yesterday, former Minister Khairy Jamaluddin mooted a weekly showdown between the Prime Minister Anwar Ibrahim and the Prime Minister-designate while Parliament is in session.

Khairy’s proposal is interesting and should be commonplace in any Parliament.

In the House of Commons, the clash between the Prime Minister Rishi Sunak and the Opposition Leader, Keir Starmer, whether on the police or illegal immigration issue is commonplace.

But in Malaysia, it is a rarity. Everybody knows that Keir Starmer is the Prime Minister-designate, but is Hamzah Zainudin, the Opposition Leader, the Prime Minister-designate?

If Perikatan Nasional (PN) forms the government, it is either Muhyiddin Yassin or Abdul Hadi Awang who will be Prime Minister, and not Hamzah who is only in the second echelon of the leadership in Bersatu.

What is worse, all three — Muhyiddin, Hadi, and Hamzah — have not posed a single question since the introduction of the Prime Minister’s Question-Time (PMQ) in the Malaysian Parliament in the last two months, as they were mostly absent during the PMQs.

In fact, there is “missing persons” posting of Muhyiddin, Hadi, and Hamzah going the rounds in the social media with the wordings: “sesiapa yang jumpa sila lapor pada Parlimen Malaysia…”.

I have asked the question why Muhyiddin Yassin is not the Opposition Leader, or at least Hadi Awang, as they are the real leaders of Bersatu and PAS in the PN coalition.

I have hazarded three reasons why Muhyiddin did not want to become the Parliamentary Opposition Leader — that he did not want to be confronted especially in Parliament on three issues, namely:

  • As the first backdoor Prime Minister in Malaysia who dared not test his legitimacy with a vote of confidence in Parliament.
  • Illegitimate, illegal, and unconstitutional suspension of Parliament.
  • His abysmal failure to deal with the Covid-19 pandemic causing Malaysia to have the longest Covid-19 wave in the world and an exceedingly high casualty list.

Now, there is a fourth reason — the Jana Wibawa scandal.

I have been mystified by the storm that the PN MPs have been trying to create over Anwar’s visit to Saudi Arabia and his inability to meet with King Salman Abdulaziz Al Saud and Crown Prince Mohammed Salman Al Saud.

Hadi is on record as denouncing Saudi Arabia as believing more in Israel and Zionists than in Allah and Islam.

If Hadi is right, then Anwar should be commended for not meeting the Saudi Arabia King and Crown Prince.

Hadi has not denied that he is a persona non grata in Saudi Arabia, the reason why he did not accompany Muhyiddin, the first Malaysian backdoor Prime Minister, during Muhyiddin’s official visit to Saudi Arabia in 2021 although Hadi was the Prime Minister’s Special Envoy to the Middle East.

What is the stand on the PAS MPs on the inability of Anwar to meet with the Saudi Arabian King and Crown Prince?

Are they following Muhyiddin or Hadi?

It is open secret that PN hopes that Khairy will be the PN “poster boy” and become the PN Menteri Besar in Negeri Sembilan if PN wins the Negeri Sembilan state general election in July or August.

Will Khairy agree?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 30th March 2023)


Adakah cadangan Khairy supaya diadakan pertembungan mingguan di antara Perdana Menteri dan Calon Perdana Menteri berjaya sedangkan Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah tidak pernah menghantar satu soalan pun sejak pengenalan Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) dalam dua bulan yang lepas?

Semalam, bekas menteri, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya diadakan pertembungan mingguan di antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan calon Perdana Menteri pembangkang semasa Parlimen bersidang.

Cadangan Khairy ini menarik dan patut dijadikan satu perkara biasa di mana-mana Parlimen.

Di House of Commons, pertembungan di antara Perdana Menteri Rishi Sunak dan Ketua Pembangkang Keir Starmer, sama ada mengenai isu polis atau imigrasi haram adalah satu perkara yang biasa berlaku.

Tetapi di Malaysia, perkara ini amat jarang sekali terjadi. Semua orang tahu yang Keir Starmer adalah calon Perdana Menteri pembangkang, tetapi adakah Hamzah Zainuddin, yang merupakan Ketua Pembangkang adalah calon Perdana Menteri pihak pembangkang?

Sekiranya Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan, hanya Muhyiddin Yassin atau Hadi Awang sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri, bukan Hamzah yang berada di tempat kedua dalam barisan pimpinan Bersatu.

Apa yang lebih buruk lagi, ketiga-tiga mereka ini, baik Muhyiddin, Hadi, atau Hamzah, tidak pernah menghantar satu pun soalan sejak pengenalan Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Parlimen Malaysia dalam dua bulan yang lepas, memandangkan mereka selalu tidak ada di dalam dewan semasa sesi PMQ.

Malah, ada hantaran “orang hilang” mengenai Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah yang berlegar di media sosial dengan tulisan: “sesiapa yang jumpa sila lapor pada Parlimen Malaysia…”.

Saya telah bertanya sebelum ini mengapa Muhyiddin Yassin tidak menjadi Ketua Pembangkang, atau sekurang-kurangnya Hadi Awang, memandangkan merekalah pemimpin sebenar Bersatu dan PAS dalam gabungan PN.

Saya telah meneka tiga sebab mengapa Muhyiddin tidak mahu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen — kerana dia tidak mahu berhadapan dengan tiga isu, iaitu:

  • Dia sebagai Perdana Menteri pintu belakang yang pertama, tidak berani menguji keabsahannya di Parlimen dengan undi percaya.
  • Penggantungan Parlimen yang tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.
  • Kegagalan teruknya dalam mengendalikan wabak Covid-19 di Malaysia, yang telah menyebabkan negara kita berhadapan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia dengan jumlah korban kematian yang melampau.

Kini, ada sebab keempat — skandal Jana Wibawa.

Saya tertanya-tanya dengan kekecohan yang cuba dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen PN mengenai lawatan Anwar ke Arab Saudi dan kejadian di mana Anwar tidak berjumpa dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud.

Hadi pernah direkodkan sebagai mengecam Arab Saudi sebagai lebih percaya dengan Israel dan Zionis berbanding dengan Allah dan Islam.

Sekiranya Hadi betul, maka Anwar patut dipuji kerana tidak berjumpa Raja dan Putera Mahkota Arab Saudi.

Hadi masih belum menafikan yang dia adalah seorang yang tidak diingini di Arab Saudi, dan kerana inilah dia tidak mengiringi Muhyiddin, Perdana Menteri pintu belakang Malaysia yang pertama, dalam lawatan rasminya ke Arab Saudi pada tahun 2021 walaupun Hadi merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Apakah pendirian Ahli-ahli Parlimen PAS mengenai kejadian Anwar tidak berjumpa dengan dengan Raja dan Putera Mahkota Arab Saudi?

Adakah mereka mengikut Muhyiddin atau Hadi?

Memang menjadi satu rahsia terbuka yang PN berharap Khairy akan menjadi “poster boy” PN dan menjadi Menteri Besar di Negeri Sembilan sekiranya PN menang dalam Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan pada bulan Julai atau Ogos ini.

Adakah Khairy akan bersetuju?

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 30 Mac 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.