Malaysia in the 15GE should resolve to be the top OIC country in TI CPI instead of losing to five other OIC countries and likely lose out to another 10 OIC countries by end of the decade


(Versi BM)

Sultan Nazrin of Perak’s warning last Thursday to Malaysians not to be in denial and not to perform “mental acrobatics to deny the existence of the corruption ‘elephant’ that is vividly happen in front of our eyes” is most apt and timely.

This is because we are at the point where Malaysians must decide whether to unite to save the country from the catastrophe of corruption and kleptocracy or surrender to corruption and allow the country to be a failed and rogue state and a kleptocratic regime.

August 23, 2022 may prove to be the date when Malaysians can hope and strive again, that Malaysia has not reached the irredeemable and condemned stage where men and women of good sense and integrity give up completely, either to emigrate and spark a second Malaysian Disapora, or to accept with resignation Malaysia becoming a failed state and a kleptocracy.

Can Malaysia reset its nation-building principles and policies to fulfil her potential as the confluence of the four great civilisations to become a world-class great plural nation, where in the words Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman, Malaysia becomes “a beacon of light to a difficult and distracted world”.

The Prime Minister, Ismail Sabri’s speech at the United Nations General Assembly would be more effective and impactful if Malaysia had succeeded in becoming “a beacon of light to a difficult and distracted world” rather than a country in the trajectory of a failed state and a kleptocratic regime.

In launching Professor Kamal Hassan’s book “Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics”, Sultan Nazrin considered corruption a “disease” and “cancerous” outbreak within the society.

He stressed that corruption cannot be taken lightly and an honest assessment of corruption should be mandatory based on facts, as proof that we are truly serious in fighting and combatting even to the point of totally eliminating corruption.

He said out of the 180 countries that have been evaluated by Transparency International (TI), Malaysia fell from the 57th position, earning a score of 52 in 2020, to 62nd place earning a score of 48 in 2021 – grouping Malaysia with two-thirds of the countries that have earned a score below 50.

In the first annual 1995 TI Corruption Perception Index (CPI), Malaysia was way ahead of China, India, Indonesia and the Organisatiuon of Islamic Conference (OIC) countries, but in the past three decades, China, India and Indonesia have made great strikes in combating corruption to the extent that Malaysia is likely to lose out to China, India and Indonesia by the end of this decade.

In the first annual TI CPI in 1995, Malaysia was the top OIC country, but in the 2021 TI CPI, we have lost out of five OIC countries, namely United Arab Emirates, Qatar, Brunei, Oman and Saudi Arabia.

I dread the 2022 TI CPI report for Malaysia, for it is going to be worse.

If Malaysia does not buck up in the fight against corruption, we stand to lose out not only to China, India and Indonesia by the end of this decade, but also to lose out to at least ten other OIC countries like Jordan, Senegal, Tunisia, Maldives, Bahrain, Kuwait, Burkina Faso, Morocco, Suriname, Turkey, Indonesia and Kazakhatan.

Five years ago, when launching Shahreen Kamaluddin’s book, ‘Fulfilling A Legacy – Tun Razak Foundation’, Sultan Nazrn said that sixty years after Merdeka, corruption had become one of Malaysia’s major ills.

He said that if Tun Razak were alive today, he would be disappointed to see four scenarios happening in the nation – one of which is the rampant corruption in the country.

Malaysians must never lose hope in Malaysia or the Malaysian Dream to be a world-class plural nation of achievement and excellence in every field of human endeavour.

We must dare to grapple with the top problems in the country – like corruption, which must be eradicated with a zero tolerance for corruption from the very top downwards with the Prime Minister setting the example of integrity.

Malaysia in the 15GE should resolve to be the top OIC country in TI CPI instead of losing out to five other OIC countries and likely lose out to another 10 OIC countries by end of the decade.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, 25th September 2022)


Dalam PRU15, Malaysia perlu berazam untuk menjadi negara terbaik OIC dalam carta TI CPI dan bukannya tewas kepada lima negara OIC lain dan berkemungkinan ditinggalkan di belakang 10 negara OIC lain menjelang akhir dekad ini

Amaran Sultan Nazrin Perak pada hari Khamis lepas kepada rakyat Malaysia untuk “bersilat dengan segala helah untuk menafikan kewujudan ‘gajah’ rasuah yang nyata yang berlaku di depan mata kita” adalah paling tepat pada masanya.

Ini adalah kerana kita sedang berada pada titik di mana rakyat Malaysia mesti memutuskan sama ada untuk bersatu-padu menyelamatkan negara daripada malapetaka rasuah dan kleptokrasi atau menyerah kalah kepada penyakit rasuah dan membiarkan negara kita menjadi negara sebuah gagal dan sebuah rejim kleptokrasi.

23 Ogos 2022 mungkin akan terbukti sebagai tarikh di mana rakyat Malaysia boleh berharap dan berusaha semula, bahawa Malaysia masih belum mencapai tahap yang tidak boleh diselamatkan, di mana orang-orang yang berakal dan berintegriti berserah sepenuhnya, sama ada untuk berhijrah dan mencetuskan Disapora Malaysia kedua, atau menerima dengan pasrah Malaysia menjadi sebuah negara gagal dan sebuah kleptokrasi.

Bolehkah Malaysia menetapkan semula prinsip dan dasar pembinaan negara untuk memenuhi potensinya sebagai pertemuan empat tamadun hebat untuk menjadi sebuah negara majmuk besar bertaraf dunia, memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya kepada dunia yang sukar dan terganggu”.

Ucapan Perdana Menteri, Ismail Sabri di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan lebih berkesan dan memberi impak sekiranya Malaysia berjaya menjadi “sinar cahaya kepada dunia yang sukar dan terganggu” dan bukannya sebuah negara yang berada dalam hala tuju untuk menjadi sebuah negara gagal dan satu rejim kleptokrasi.

Dalam melancarkan buku Profesor Kamal Hassan “Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu Islam”, Sultan Nazrin menganggap rasuah sebagai “penyakit” dan “kanser” yang telah merebak dalam masyarakat.

Tegasnya, rasuah tidak boleh dipandang ringan dan penilaian yang jujur terhadap rasuah wajib dilakukan berdasarkan fakta, sebagai bukti bahawa kita benar-benar serius dalam memerangi dan membanteras rasuah, walaupun sehingga ke tahap menghapuskan rasuah secara sepenuhnya.

Baginda berkata daripada 180 negara yang telah dinilai oleh Transparency International (TI), Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57, memperoleh markah 52 pada tahun 2020, kepada tempat ke-62 dengan markah 48 pada tahun 2021 – meletakkan Malaysia dalam kelompok dua pertiga negara dunia yang menerima markah yang lebih rendah dari 50.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah TI (CPI) tahunan pertama yang diterbitkan pada tahun 1995, Malaysia berada jauh di hadapan China, India, Indonesia dan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), tetapi dalam tiga dekad yang lepas, China, India dan Indonesia telah mencatatkan kemajuan besar dalam dalam memerangi rasuah sehingga Malaysia berkemungkinan ditinggalkan di belakang China, India dan Indonesia menjelang penghujung dekad ini.

Dalam TI CPI pertama pada tahun 1995, Malaysia adalah negara OIC teratas, tetapi dalam TI CPI 2021, kita telah ditinggalkan di belakang lima negara OIC, iaitu Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Brunei, Oman dan Arab Saudi.

Saya takut untuk membaca laporan TI CPI 2022 untuk Malaysia, kerana ia pastinya akan menjadi lebih teruk.

Jika Malaysia tidak bangkit dan mempergiatkan usaha kita dalam memerangi rasuah, kita akan tewas bukan sahaja kepada China, India dan Indonesia menjelang akhir dekad ini, tetapi juga akan tewas kepada sekurang-kurangnya sepuluh negara OIC lain seperti Jordan, Senegal, Tunisia, Maldives, Bahrain, Kuwait, Burkina Faso, Maghribi, Suriname, Turki, Indonesia dan Kazakhstan.

Lima tahun lepas, ketika melancarkan buku Shahreen Kamaluddin, ‘Fulfilling A Legacy – Tun Razak Foundation’, Sultan Nazrin bertitah, enam puluh tahun selepas Merdeka, rasuah telah menjadi salah satu penyakit utama Malaysia.

Baginda berkata, sekiranya Tun Razak masih hidup hari ini, beliau akan kecewa melihat empat senario berlaku dalam negara – salah satunya ialah rasuah yang berleluasa di negara ini.

Rakyat Malaysia tidak boleh hilang harapan kepada Malaysia atau Impian Malaysia untuk menjadi negara majmuk bertaraf dunia yang mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi manusia.

Kita mesti berani untuk berhadapan dengan masalah utama dalam negara – seperti rasuah, yang mesti dihapuskan tanpa sebarang toleransi dari peringkat yang paling tinggi negara hinggalah ke peringkat terkecil dengan Perdana Menteri menunjukkan contoh integriti.

Dalam PRU15, Malaysia perlu berazam untuk menjadi negara terbaik OIC dalam carta TI CPI dan bukannya tewas kepada lima negara OIC lain dan berkemungkinan ditinggalkan di belakang 10 negara OIC lain menjelang akhir dekad ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 25 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.