The best way to remember Dr. Chan Man Hin is to continue his vision of a Malaysian Dream – a world class great plural nation which is honest, effective and incorruptible


(Versi BM)

The best way to remember Dr. Chen Man Hin, founder Chairman of Democratic Action Party for 30 years, and who have dedicated over five decades of his life to Malaysia, is to continue his vision of a Malaysian Dream – a world class great plural nation which is honest, effective and incorruptible.

I thank the longest-serving Inspector-General of Police, Tun Haniff Omar, for the declassification of a over-50 year Official Secrets Act document – the statement which I made to the police while in police custody at the Kuala Selangor Police Station lock-up under the Internal Security Act after I rejected advice not to return to Malaysia and flew back to Malaysia on 18th May 1969.

I was asked by the police in 1969 what were my political beliefs and this is what I stated:

· Malaysia is a multi-racial, multi-lingual ad multi-cultural society and that a viable Malaysian nation can only be formed if all the races and groups in the country are given an equal stake under the Malaysian sun.

· Unless Malaysians of all races have more in common with one another than with their ‘blood brothers’ counterpart in China, India or Indonesia, Malaysia cannot be said to have become “A Nation of Malaysians”.

· In a multi-racial society like Malaysia, violence and any ideology of force can only lead to the disintegration of the country because it quickly degenerates into racial conflict. I therefore deplore force and violence of all forms.

· In a multi-racial society, if any racial group feels it is backward, either educationally, economically, culturally, linguistically, or politically, then racial antagonism will be created. Every attempt must be made to remove these imbalances between the races and groups.

· Poverty is not a communal problem. It is a socio-economic problem. To regard poverty as a racial problem is to increase racial antagonism in this country.

· I want a clean, honest, efficient, incorruptible and effective government.

DAP is now 56 years old but we have not deviated from these founding principles, unlike other political parties.

The first four UMNO Presidents, Onn Jafaar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein and Hussein Onn, for instance, would not be able to recognise the UMNO of today.

Even the former Deputy UMNO President in the early to mid-1980s, Musa Hitam recently said: “My God, what have they done to UMNO”.

It is siginificant that nobody had dared to challenge the observation of an UMNO watcher that in the early days of UMNO, it would be difficult to find a millionaire among UMNO division leaders. After over six decades of Independence, it would be difficult to find an UMNO division leader who is not a millionaire.

It is also significant that other political parties, like the MCA and MIC, have not dared to denounce or dissociate themselves from the mega monstrous 1MDB scandal for over a decade, which made Malaysia infamous worldwide as a kleptocracy.

Today, there is another significant event – the launching of Professor Mohd Kamal Hassan’s new book, Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu by the Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin cautioned Malaysians against being in denial about corruption, an action which he considered a “disease” and “cancerous” outbreak within the society.

He warned against “performing mental acrobatics to deny the existence of the corruption “elephant” that is vividly happening in front of our eyes.

Can Malaysians be inspired by Sultan Nazrain’s words and Dr. Chen Man Hin’s life dedicating himself to a Malaysian Dream to make Malaysia a world-class great plural nation which is honest, effective and incorruptible?

The outpouring of support and solidarity for Dr. Chen Man Hin for his passing reminds me of Henry Wadsworth Longfellow’s poem which I studied in school in the fifties

“Lives of great men all remind us, we can make our lives sublime, and, departing, leave behind us, footprints on the sands of time.”

Dr. Chen had led a sublime life and left footprints on the sands of time.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the memorial for Dr. Chen Man Hin held in Seremban on Thursday, 22nd September 2022)


Cara terbaik untuk memperingati Dr. Chen Man Hin adalah dengan meneruskan visi Impian Malaysianya – untuk Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia yang jujur, efektif, dan bersih dari rasuah

Cara terbaik untuk memperingati Dr. Chen Man Hin, Pengerusi Pengasas Parti Tindakan Demokratik selama 30 tahun, yang telah mendedikasikan lebih dari lima dekad hidupnya kepada Malaysia, adalah dengan meneruskan visi Impian Malaysianya – untuk Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia yang jujur, efektif, dan bersih dari rasuah.

Saya ingin berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat, Tun Haniff Omar, kerana menyah-rahsiakan satu dokumen yang disimpan di bawah Akta Rahsia Rasmi selama lebih dari lima puluh tahun – kenyataan yang dibuat saya kepada pihak Polis semasa dalam tahanan lokap di Balai Polis Kuala Selangor di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selepas saya kembali ke Malaysia pada 18 Mei 1969 walaupun selepas dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

Saya ditanya oleh pihak polis pada tahun 1969, apakah kepercayaan politik saya, dan berikut adalah kenyataan saya:

– Malaysia adalah sebuah masyarakat pelbagai kaum, bahasa, dan budaya, dan sebuah bangsa Malaysia yang berdaya maju hanya boleh dibentuk sekiranya semua kaum dan kumpulan dalam negara ini diberikan kepentingan yang sama.

– Melainkan rakyat Malaysia dari semua kaum mempunyai lebih banyak persamaan di antara satu sama lain berbanding dengan “saudara sedarah” mereka yang mungkin berada di China, India, atau Indonesia, Malaysia tidak boleh dikatakan sebagai telah menjadi “sebuah Negara Rakyat Malaysia”.

– Dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia, keganasan dan sebarang ideologi paksaan hanya akan membawa kepada kemusnahan negara kerana perkara ini akan secara pantas membawa kepada konflik perkauman. Oleh itu, saya mengecam paksaan dan keganasan dalam semua bentuk.

– Dalam masyarakat pelbagai kaum, sekiranya ada mana-mana kumpulan kaum berasa yang mereka ketinggalan, baik dari pendidikan, ekonomi, budaya, bahasa, atau politik, maka antagonisme perkauman akan wujud. Segala usaha diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan di antara kaum dan kumpulan ini.

– Kemiskinan bukanlah masalah perkauman. Ia adalah masalah sosio-ekonomi. Untuk menganggap kemiskinan sebagai masalah perkauman hanya akan meningkatkan antagonisme perkauman di dalam negara ini.

– Saya mahukan sebuah kerajaan yang bersih, jujur, efisyen, bebas dari rasuah, dan berkesan.

DAP kini berusia 56 tahun namun kita tidak pernah terpesong daripada prinsip-prinsip asas ini seperti mana yang berlaku kepada parti-parti politik lain.

Empat orang Presiden UMNO yang terawal, Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein, misalnya, tidak akan mengenali UMNO pada hari ini.

Malah, bekas Timbalan Presiden UMNO pada awal tahun 80-an, Musa Hitam, baru-baru ini telah mengatakan: “Apa yang mereka telah lakukan kepada UMNO”.

Penting untuk diperhatikan apabila tidak ada sesiapa pun yang berani mencabar pemerhatian seorang pemerhati UMNO yang mengatakan bahawa pada hari-hari awal UMNO, sukar untuk kita mencari seorang jutawan dalam kalangan ketua bahagian UMNO. Selepas lebih dari enam dekad Merdeka, kini sukar untuk kita cari ketua bahagian UMNO yang bukan seorang jutawan.

Penting juga untuk kita lihat parti-parti politik lain, seperti MCA dan MIC, tidak berani untuk mengutuk dan menjauhkan diri mereka dari skandal mega 1MDB selepas sedekad, yang telah menyebabkan Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah kleptokrasi.

Hari ini, terdapat satu lagi perkembangan penting – pelancaran buku Professor Mohd Kamal Hassan, Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu, oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda memberikan amaran bahawa kita “tidak boleh bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata”.

Bolehkah rakyat Malaysia mengambil inspirasi daripada titah Sultan Nazrin dan kehidupan Dr. Chen Man Hin yang mendedikasikan kehidupannya kepada Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat majmuk yang bertaraf dunia, yang jujur, berkesan, dan bebas dari rasuah?

Sokongan dan solidariti yang ditunjukkan sempena pemergian Dr. Chen Man Hin mengingatkan saya kepada sajak Henry Wadsworth Longfellow yang saya pelajari di sekolah pada tahun 50-an:

“Kehidupan orang-orang yang hebat mengingatkan kita semua, kita boleh menjadikan hidup kita mulia, dan, meninggalkan di belakang kita, jejak kaki dalam sejarah.”

Dr. Chen telah menjalani satu kehidupan yang mulia dan meninggalkan jejaknya dalam sejarah negara.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP iskandar Puteri Lim Kit Siang di majlis memperingati Dr. Chen Man Hin di Seremban pada hari Khamis, 22 September 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.