The Ismail Sabri government has violated the nation-building principles and polices of the nation’s founding fathers enunciated in the Constitution and Rukun Negara by claiming that it is now opposed to Octoberfest


(Versi BM)

The Ismail Sabri government has violated the nation-building principles and policies of the nation’s founding fathers as enunciated in the Malaysian Constitution and Rukun Negara by claiming that it is now opposed to Octoberfest.

This is not the policy of the government fo 65 years.

Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, the second Prime Minsiter and the third Prime Minister, Tun Hussein Onn, will be utterly shocked at such fundamental betrayals if they are alive today.

When did the Cabinet take a position that the government is opposed to the Octoberfest?

Last month, the Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Idris Ahmad told Parliament: “Although non-Muslims are not prohibited from drinking alcohol, the government is of the opinion that allowing this festival to happen and making it open to the public should not happen as it will cause social problems, as alcohol is seen to affect the harmony, order and safety of the community.”

The Ismail Sabri government owes it to the people to cite when his Cabinet took the decision of officially opposing the Octoberfest.

Is the Ismail Sabri government aware that in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2021, Malaysia is ranked No. 62 out of 180 countries surveyed, the lowest ranking for Malaysia since the annual TI CPI ranking started in 1995.

Furthermore, is the Ismail Sabri government aware that all the 61 countries which have better TI CPI than Malaysia allow Octoberfest in their countries, including Muslim countries like United Arab Emirates (ranked 24), Qatar (ranked 31), Saudi Arabia (ranked 55), Oman (ranked 56) and Jordan (ranked 60).

Even in Palestine, which is not in the 180 countries surveyed by TI, Octoberfest is celebrated.

Can the Prime Minister, Ismail Sabri explain why his government is more concerned about Octoberfest than corruption?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Monday, 1st August 2022)


Kerajaan Ismail Sabri telah mencabuli prinsip dan dasar yang dimaktubkan oleh tokoh penubuhan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara dengan mendakwa yang kerajaan menentang Oktoberfest

Kerajaan Ismail Sabri telah mencabuli prinsip dan dasar yang dimaktubkan oleh tokoh penubuhan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara dengan mendakwa yang kerajaan menentang Oktoberfest.

Ini bukanlah dasar kerajaan untuk 65 tahun sebelum ini.

Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kedua, dan ketiga negara, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, pastinya akan terkejut dengan pengkhianatan asas sebegini sekiranya mereka masih hidup hari ini.

Bilakah Kabinet mengambil pendirian yang mengatakan kerajaan menentang penganjuran Oktoberfest ini.

Bulan lepas, Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, memberitahu Parlimen: “Meskipun golongan bukan Islam tidak dilarang untuk minum arak, kerajaan berpendirian bahawa perbuatan menjadikan minuman arak ini sebagai pesta dan dibuat secara terbuka kepada masyarakat awam tidak sepatutnya dibenarkan kerana akan menimbulkan masalah sosial memandangkan arak dilihat mampu menjejaskan keharmonian, ketenteraman dan keselamatan masyarakat.”

Kerajaan Ismail Sabri perlu menjelaskan kepada rakyat, bilakah Kabinetnya mengambil keputusan untuk menentang Oktoberfest secara rasmi.

Adakah kerajaan Ismail Sabri sedar yang dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021, Malaysia berada di tempat ke-62 dari sejumlah 180 negara yang ditinjau, kedudukan terendah Malaysia sejak penerbitan carta ini pada tahun 1995.

Tambahan lagi, adakah kerajaan Ismail Sabri sedar yang semua 61 negara yang mencatatkan kedudukan TI CPI yang lebih baik berbanding dengan Malaysia membenarkan penganjuran Oktoberfest di negara mereka, termasuklah negara Islam seperti Emiriah Arab Bersatu (tempat ke-24), Qatar (31), Arab Saudi (55), Oman (56), dan Jordan (60).

Malah, Palestin, yang tidak termasuk dalam salah satu dari 180 negara yang ditinjau TI, membenarkan penganjuran Oktoberfest.

Bolehkah Perdana Menteri, Ismail Sabri, menjelaskan mengapa kerajaannya lebih bimbang mengenai Oktoberfest berbanding dengan rasuah?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Isnin, 1 Ogos 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.