The Speaker, Azhar Azizan Harun, took everybody by surprise when at the launch of the book, “Muhyiddin Yassin: Leading a Nation in Unprecedented Crisis” by Abdul Mutalib Razak, he described the eighth Prime Minister of Malaysia as an “overlooked reformist” which “many choose to overlook, for whatever reason they may have:”.
Was Muhyiddin a closet reformer but who never came out of the closet?
Azhar is dead wrong when he said that Muhyiddin “never asked for the job” of Prime Minister.
I should know because Muhyiddin had asked me for DAP support to be Prime Minister way back in July 2016 – the cloak-and-dagger meeting at Le Meridien Hotel in Kuala Lumpur – but I declined to do so as the DAP was committed to Anwar Ibrahim as the Prime Minister candidate.
Muhyiddin will forever be remembered for five failures, viz;
(i) the infamous Sheraton Move conspiracy which stole the people’s mandate in the 14th General Election and toppled the Pakatan Harapan government;
(ii) his illegal and unconstitutional declaration of six-month emergency and his earlier and later failures to impose emergency rule;
(iii) the beginning of more-than-two-years of Covid-19 pandemic, where Malaysia had the worst Health Minister in the world and Malaysia plunged from a country with a good record to a country with one of the worst records in the world in fighting the Covid-19 pandemic;
(iv) His failure to Malaysianise his political thinking to graduate from a “Malay first” to a :”Malaysian first” political leader; and
(v) The largest most bloated Cabinet of 32 Ministers, 38 Deputy Ministers and four Special Envoys with Ministerial rank.
But Muhyiddin’s political life which culminated in his becoming the eighth Prime Minister but with the shortest term of 17 months had one saving factor – his uncompromising position against the 1MDB scandal, for which he was dismissed as Deputy Prime Minister in July 2015 and later sacked from UMNO in June 2016 by Najib Razak.
It is difficult to say that Muhyiddin’s political life was one of success for the nation, as he failed as Education Minister for his Education Blueprint 2013-2025 for Malaysia to be above global average and be in top one-third of countries in international education standards by 2025 is a flop, as Malaysia is below global average and not in the top one-third of countries in the PISA and TIMSS international assessments.
The battle against corruption was also a flop. When Muhyiddin was Prime Minister, Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) released its TI CPI 2020 in January 2021, and there was a drop in score from 53 points to 51 points, which resulted in a six-point fall in ranking from No. 51 to 57.
In January 2022, the TI CPI 2021 was announced under a new Prime Minister, Ismail Sabri, and the score fell another five points to 48 and the ranking fell another 11 points in ranking to No. 61.
Malaysia is likely to fall to the lowest score and rank since 1995 when the TI CPI 2022 is announced in January 2023.
Malaysia was doing quite well in the fight against Covid-19 pandemic in the first six months of the Covid-19 pandemic, but situation deteriorated badly after that period.
The Bloomberg Covid Resilience Ranking placed Malaysia No. 16 out of 53 countries with economies of more than US$200 billion in January 2021 when Muhyiddin resigned as Prime Minister Malaysia was ranked in the 52nd spot.
Myth makers claim that the Muhyiddin government had passed its greatest test in the Covid-19 pandemic.
This is not the truth. The reverse is the case. The Covid-19 pandemic had in fact provided the Muhyiddin government an opportunity to hide its weaknesses and internal contradictions.
But thanks to the frontliners and to Malaysians who rallied behind the government because of the enormity of a Covid-19 disaster, we have survived despite the unnecessary deaths of 35,956 people and infection of over 4,6 million people.
The Original Sin of Malaysia’s Covid 19 crisis was the Sheraton Move conspiracy and the initial mishandling of the Covid-19 pandemic which sparked several waves of the Covid-19 outbreak and lockdown of the country – or there would be no MCO, CMCO, RMCO!
Emergency was declared on January 11, 2021 when Malaysia had 135,992 Covid-19 cases and 551 Covid-19 deaths. Six months later, at the end of the emergency on 31st July 2021, we had 1,113,272 Covid-19 cases and 9,024 Covid-19 deaths – some five times the number of Covid-19 cases and 16 times the Covid-19 deaths after the emergency.
If the emergency on January 1, 2021 was justified, then it should be extended on August 1, 2021 with the exponential worsening of the Covid-19 pandemic.
The exponential increase of Covid-19 cases and deaths since the declaration of emergency have shown that the emergency which suspended Parliament and the State Assemblies was the wrong prescription for the Covid-19 pandemic, and in fact, a gross abuse of Executive power.
But Muhyiddin’s greatest failure is his inability for his political thinking to graduate from “Malay First” to “Malaysian First” and be a Prime Minister for all Malaysians.
But that is another story.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 30th July 2022)
Adakah Muhyiddin seorang reformis tersembunyi yang tidak pernah menunjukkan dirinya?
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, mengejutkan orang ramai di majlis pelancaran buku “Muhyiddin Yassin: Leading a Nation in Unprecedented Crisis” oleh Abdul Mutalib Razak apabila dia menggambarkan Perdana Menteri Malaysia yang kelapan sebagai seorang “reformis yang tidak diendahkan” yang “mana ramai memilih untuk tidak mengendahkan usaha pembaharuannya, atas apa jua sebab mereka,”
Adakah Muhyiddin ini seorang reformis tersembunyi yang tidak pernah menunjukkan dirinya?
Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin “tidak pernah meminta” untuk menjadi Perdana Menteri.
Saya tahu perkara ini kerana Muhyiddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP untuk menjadi Perdana Menteri pada Julai 2016 – di mesyuarat gunting di dalam selimut di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur – di mana saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri.
Muhyiddin akan selama-lamanya diingati untuk lima kegagalannya, iaitu:
(i) konspirasi Langkah Sheraton yang terkenal yang telah merompak mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan;
(ii) pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan dan kegagalan dulu dan kemudiannya oleh Muhyiddin untuk melaksanakan perintah darurat;
(iii) permulaan pandemik Covid-19 selama lebih dari dua tahun, di mana Malaysia mendapat Menteri Kesihatan terburuk di dunia dan Malaysia jatuh dari sebuah negara dengan rekod yang baik kepada salah satu negara dengan rekod terburuk dalam melawan pandemik Covid-19;
(iv) kegagalannya untuk me-Malaysia-kan pemikiran politiknya, untuk beralih dari pemimpin politik yang pertamanya Melayu kepada seorang yang pertamanya rakyat Malaysia; dan
(v) Kabinet gergasi terbesar dengan 32 orang Menteri, 38 orang Timbalan Menteri, dan empat orang Duta Khas bertaraf Menteri.
Namun, kehidupan politik Muhyiddin yang berakhir sebagai Perdana Menteri ke lapan dengan tempoh berkhidmat terpendek selama 17 bulan ini mempunyai satu faktor penyelamat – kedudukan tidak berkomprominya terhadap skandal 1MDB, yang telah menyebabkan dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 dan kemudiannya dipecat dari UMNO pada Jun 2016 oleh Najib Razak.
Sukar untuk dikatakan yang kehidupan politik Muhyiddin ini merupakan satu kejayaan untuk negara, memandangkan dia telah gagal sebagai seorang Menteri Pendidikan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 – yang dibentangkannya untuk Malaysia berada di atas paras purata dunia dan di dalam kalangan sepertiga tertinggi negara di dunia dalam piawaian pendidikan antarabangsa menjelang 2025 – telah gagal, memandangkan Malaysia kini berada di bawah kedudukan purata dunia dalam penilaian antarabangsa PISA dan TIMSS.
Perangnya dalam melawan rasuah juga tidak kelihatan cemerlang. Semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 Transparency International (TI) yang diterbitkan pada bulan Januari 2021 menunjukkan penurunan dari 53 markah ke 51, dengan kejatuhan enam kedudukan dari tempat ke-51 ke tempat ke-57.
Pada bulan Januari 2022, TI CPI 2021 diumumkan di bawah seorang Perdana Menteri baharu, Ismail Sabri, dan Malaysia kehilangan lima markah lagi ke 48 markah dan jatuh 11 kedudukan ke tempat ke-61.
Malaysia berkemungkinan besar akan jatuh ke tempat terendah dalam sejarah negara sejak daripada permulaan penerbitan TI CPI pada tahun 1995 apabila TI CPI 2022 diumumkan dalam bulan Januari 2023.
Malaysia berada dalam keadaan yang agak baik dalam perang melawan pandemik Covid-19 dalam enam bulan pertama, malangnya keadaan ini merosot teruk selepas tempoh ini.
Carta Ketahanan Covid Bloomberg menempatkan Malaysia di tempat ke-16 dari 53 negara dengan ekonomi yang bernilai lebih dari AS$200 billion pada bulan Januari 2021, semasa Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, negara kita berada di tempat ke-52.
Pencipta mitos mendakwa yang kerajaan Muhyiddin berjaya berhadapan dengan ujian terhebat dalam pandemik Covid-19.
Perkara ini jauh kebenarannya. Sebaliknya yang benar. Pandemik Covid-19 memberikan peluang kepada kerajaan Muhyiddin untuk menyembunyikan kelemahan dan pertembungan dalamannya.
Namun, syukur kepada usaha petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang menyokong usaha kerajaan kerana memikirkan betapa dahsyatnya bencana Covid-19 ini, kita berjaya untuk terus bertahan, walaupun dengan kehilangan 35,956 nyawa yang sepatutnya boleh dielakkan, dengan 4.6 juta orang dijangkiti wabak ini.
Krisis Covid-19 di Malaysia ini berpunca daripada dosa konspirasi Langkah Sheraton dan kesilapan dalam menguruskan pandemik ini yang mencetuskan beberapa gelombang penularan Covid-19 dan sekatan pergerakan dalam negara – jika tidak, tidak akan ada PKP, PKPB, dan PKPP!
Darurat diumumkan pada 11 Januari 2021 semasa Malaysia mencatatkan sejumlah 135,992 kes Covid-19 dan 551 kematian akibat Covid-19. Sembilan kemudian, di penghujung darurat pada 31 Julai 2021, Malaysia mencatatkan sejumlah 1,113,272 kes dengan 9,024 kematian akibat Covid-19 – lima kali ganda angka kes dan 16 kali ganda lebih banyak kematian berbanding dengan sebelum darurat.
Sekiranya darurat yang diumumkan pada 11 Januari 2021 ini berfungsi, ia sepatutnya dilanjutkan lagi pada 1 Ogos 2021 memandangkan peningkatan mendadak kes Covid-19.
Peningkatan mendadak kes dan kematian akibat Covid-19 sejak daripada pengumuman darurat ini menunjukkan yang darurat yang telah menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini adalah ubat yang salah kepada pandemik Covid-19, malah merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh pihak Eksekutif.
Namun, kegagalan terbesar Muhyiddin adalah kegagalannya untuk mengubah pemikiran politiknya dari seorang yang pertamanya Melayu kepada seorang pemimpin yang pertamanya rakyat Malaysia dan menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Namun itu adalah cerita yang lain.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 30 Julai 2022)