Speaker’s sub judice ruling disallowing a debate on seizure of Petronas properties must be challenged as it undermines four fundamental rights – freedom of expression, Sabah sovereignty, Parliament’s role as the highest political chamber in the land and integrity of public officials


The Speaker Azhar Azizan Harun’s sub judice ruling disallowing a debate on the seizure of Petronas assets by purported heirs of the Sulu sultanate must be challenged as its undermines four fundamental rights:

· Freedom of expression, which is enshrined in the Malaysian Constitution;

· Sabah sovereignty;

· Parliament’s role as the highest political chamber in the land; and

· Integrity of public officials, as the Speaker is the brother of the Attorney-General, establishing a clear case of conflict-of-interest.

Parliament must not revert to the time of the 13th Parliament where the sub judice rule was abused to block any parliamentary examination and questioning of the 1MDB financial scandal, allowing it to balloon to “kleptocracy at its worst” in the words of a former United States Attorney-General.

The Speaker should review the ruling on his own or the Kota Belud Member of Parliament, Isnaraissah Munirah should move a motion under the Standing Orders to review the Speaker’s decision, and both the Speaker and the Minister in the Prime Minister’s Department in charge of parliamentary affairs, Wan Junaidi Tuanku Jaafar must give assurance that time will be allocated for Parliament to review the Speaker’s ruling – either on Thursday this week or next Monday.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday 19th July 2022)


Keputusan subjudis Speaker yang menghalang perbahasan rampasan aset Petronas perlu dicabar memandangkan perkara ini merendahkan empat perkara asas – kebebasan bersuara, kedaulatan Sabah, peranan Parlimen sebagai ruang politik tertinggi, dan integriti penjawat awam

Keputusan subjudis Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, yang menghalang perbahasan mengenai rampasan aset Petronas oleh mereka yang mendakwa diri sebagai waris kesultanan Sulu perlu dicabar kerana keputusan ini merendahkan empat hak asasi iaitu:

– Kebebasan bersuara, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan;

– Kedaulatan Sabah;

– Peranan Parlimen sebagai ruang politik tertinggi dalam negara; dan

– Integriti penjawat awam, memandangkan abang kepada Speaker sendiri adalah Peguam Negara, menunjukkan satu kes konflik kepentingan yang jelas.

Parlimen tidak boleh kembali ke era Parlimen ke-13 di mana peraturan subjudis disalah guna untuk menghalang sebarang bentuk semakan dan persoalan dari Parlimen mengenai skandal kewangan 1MDB, sehingga skandal ini terus membesar yang dikatakan oleh bekas Pendakwa Raya Amerika Syarikat sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.

Speaker perlulah menyemak semula keputusannya jika tidak Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah perlu membawa suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat untuk menyemak semula keputusan Speaker ini, dan kedua-dua Speaker dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, perlu memberikan jaminan yang masa akan diperuntukkan untuk Parlimen menyemak semula keputusan Speaker ini – sama ada pada hari Khamis minggu ini atau hari Isnin minggu hadapan.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa 19 Julai 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.