At least half a dozen of Sabah Chief Ministers would not be Sabah Chief Ministers if not for the illegal immigrants problem in Sabah


(Versi BM)

At least half a dozen of Sabah Chief Ministers would not be Sabah Chief Ministers if not for the illegal immigrants problem in Sabah.

Parti Bersatu Sabah (PBS) president Maximus Ongkili stirred a hornet’s nest when he accused a Barisan Nasional party for being involved in a citizenship-for-votes scheme where the beneficiaries were the pendatang tanpa izin (PTI) because “they did not want PBS to be the government in Sabah”.

A former Sabah Chief Minister Salleh Said Keruak told the Sabah BN convention yesterday that Ongkili’s allegations were slander.

He said: “I am so angry reading the news, Max (Maximus) is crazy, he made a statement saying a party in BN has fake voters, and issues fake ICs… if he mentions BN we will lodge a police report because this is slandering.”

Salleh is protesting too much, for Ongkili was speaking the truth. Even former Prime Minister Najib Razak admitted that there was such a project as “Project IC”.

But PBS leaders, especially Joseph Pairin Kitingan and Ongkili, are not free from blame, for Joseph Pairin was Sabah Deputy Chief Minister for 14 years from 2004 until the 14th General Election in 2018 after rejoining Barisan Nasional in 2002 while Ongkili was a Cabinet Minister from 2004 to 2018 and both did nothing to resolve the problem.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 3rd July 2022)


Sekurang-kurangnya setengah dozen Ketua Menteri Sabah tidak akan menjadi Ketua Menteri Sabah jika tidak kerana masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah

Sekurang-kurangnya setengah dozen Ketua Menteri Sabah tidak akan menjadi Ketua Menteri Sabah jika tidak kerana masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili, menjolok sarang tebuan apabila dia menuduh Barisan Nasional sebagai terlibat dalam skim pemberian kewarganegaraan untuk meraih undi yang dikatakan memberi manfaat kepada pendatang tanpa izin kerana “mereka tidak mahu PBS menjadi kerajaan di Sabah”.

Seorang bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak, dalam konvensyen BN Sabah semalam telah mengatakan yang tuduhan Ongkili ini adalah fitnah.

Dia mengatakan: ““Saya sangat marah membaca berita itu, Datuk Max (Maximus) gila, dia buat kenyataan mengatakan parti dalam BN ada pengundi palsu, keluarkan IC palsu… kalau dia sebut BN kita akan buat laporan polis kerana ini fitnah.”

Bantahan Salleh ini keterlaluan, kerana Ongkili sebenarnya bercakap benda yang benar. Malah bekas Perdana Menteri Najib Razak sendiri mengakui yang wujudnya satu projek yang dikenali sebagai “Projek IC”.

Tetapi pemimpin PBS, terutamanya Joseph Pairin Kitingan dan Ongkili, tidak terlepas dari salah, kerana Joseph Pairin adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah selama 14 tahun dari 2004 sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 selepas menyertai Barisan Nasional pada tahun 2002 manakala Ongkili adalah Menteri Kabinet dari tahun 2004 sehingga 2018 dan kedua-dua mereka tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 3 Julai 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.