I have just learnt that young DAP leaders had met Lam Thye before the 1990 general election to ask him to contest elsewhere instead of in Bukit Bintang, but these suggestions were not on behalf of the party leadership


(Versi BM)

I have just learnt that young DAP leaders had met Lee Lam Thye before the 1990 general election to ask him to contest elsewhere instead of in Bukit Bintang but these suggestions were not made on behalf of the party leadership.

It is regrettable that Lam Thye has maintained his lie that I had asked him to contest elsewhere apart from Bukit Bintang, when this was not the case.

A check with my website will show the following media statements:

26.9.90 – “I have absolute confidence and faith that Lam Thye’s resignation as DAP FT Chairman is not because he is considering joining another political party”

27.9.90 – “Tan Kok Wai being called up to explain the FT DAP situation”

28.9.90 – “Directive to all DAP officials and members not to make any comments on the matter of Lam Thye’s resignation to allow the situation to cool off” where I said:

“I have met Sdr. Lam Thye four times on his resignation as DAP Federal Territory chairman. I remain optimistic that a solution could be found to the problem, especially after a five-day cooling – off period.”

On 29th Sept. 1990, exactly seven days before the dissolution of Parliament, Lam Thye announced his retirement from politics and went overseas to make himself incommunicado.

On 30th Sept. 1990, there were two DAP functions, morning in Seremban and at night in Batu Pahat.

In the former I said: “However slim the chances, I will not give up in my endeavour to persuade Lam Thye to change his mind to retire from politics” and in the latter I said: “Lam Thye’s political retirement is a major setback for the DAP and the struggle to bring about the two-coalition system in Malaysia”.

But Lam Thye’s resignation were overtaken by events a week later when on Oct 5, 1990 Parliament was dissolved for the eighth general election to be held on Oct. 21, 1990.

In retrospect, I believe Lam Thye knew that Parliament was to be dissolved in a week’s time and he made himself incommunicado by going overseas.

I said yesterday that Lam Thye’s announcement of retirement from politics came in the turbulent month of September 1990, when 10,000 people demonstrated against the Cheras tolls issue; Tan Kok Wai, the DAP MP for Sungai Besi was detained under the Internal Security Act (ISA) and Lam Thye’s walkout of the DAP Federal Territory meeting on the Cheras tolls issue and subsequent resignation as DAP Federal Territory Chairman.

I was then acting as a mediator between Lam Thye and the DAP FT Committee as he was convinced that he was the target of an “insidious campaign” within the FT DAP involving certain FT DAP leaders, and there was no discussion of Lam Thye not contesting in Bukit Bintang. In fact, at one stage, I was considering fielding Tan Kok Wai outside Kuala Lumpur and not in Cheras.

Furthermore, if It is true that I had told Lam Thye that he was not to be nominated for Bukit Bintang constituency, it would be impossible to keep the news under wrap for 32 years – inside and outside the DAP!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 19th June 2022)


Saya baru tahu yang ada pemimpin muda DAP berjumpa dengan Lam Thye sebelum pilihan raya umum 1990 untuk memintanya bertanding di kerusi lain dan bukan di Bukit Bintang, tetapi cadangan ini tidak datang dari pimpinan parti

Saya baru tahu yang ada pemimpin muda DAP berjumpa dengan Lam Thye sebelum pilihan raya umum 1990 untuk memintanya bertanding di kerusi lain dan bukan di Bukit Bintang, tetapi cadangan ini tidak datang dari pimpinan parti.

Amat mengecewakan apabila Lam Thye kekal dengan penipuannya yang mengatakan saya telah meminta dia untuk bertanding di kerusi lain, sedang perkara ini tidak benar.

Satu semakan dengan laman web saya akan menunjukkan kenyataan media seperti berikut:

26.9.90 – “Saya mempunyai keyakinan dan kepercayaan penuh yang perletakan jawatan Lam Thye sebagai Pengerusi DAP WP adalah bukan untuk dia mempertimbangkan untuk menyertai parti politik yang lain”

27.9.90 – “Tan Kok Wai dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenai situasi DAP WP”

28.9.90 – “Arahan kepada semua pegawai dan ahli DAP untuk tidak membuat apa-apa komen mengenai perletakan jawatan Lam Thye untuk membolehkan perkara ini reda” di mana saya katakan:

“Saya telah berjumpa dengan Sdr. Lam Thye sebanyak empat kali mengenai perletakan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayan Persekutuan. Saya kekal optimistik yang satu solusi akan dapat dicapai mengenai masalah ini, terutamanya selepas tempoh bertenang selama lima hari.”

Pada 29 September 1990, genap tujuh hari sebelum pembubaran Parlimen, Lam Thye mengumumkan persaraannya dari politik dan pergi ke luar negara dan tidak lagi dapat dihubungi.

Pada 30 September 1990, terdapat dua majlis DAP, pagi di Seremban, dan malam di Batu Pahat.

Dalam majlis di waktu pagi, saya katakan: “Setipis mana sekalipun peluangnya, saya tidak akan berputus asa dalam usaha saya untuk memujuk Lam Thye untuk mengubah fikirannya untuk bersara dari politik” dan di majlis pada waktu malam pula, saya katakan: “Persaraan politik Lam Thye adalah satu cabaran besar kepada DAP dan juga perjuangan untuk membawa sistem dua gabungan politik di Malaysia”.

Namun, perletakan jawatan Lam Thye ini kemudiannya dibayangi oleh peristiwa yang berlaku seminggu kemudian di mana pada 5 Oktober 1990, Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-lapan yang diadakan pada 21 Oktober 1990.

Mengimbas kembali, saya percaya Lam Thye tahu yang Parlimen akan dibubarkan dalam masa seminggu dan dia ke luar negara supaya tidak lagi dapat dihubungi.

Saya katakan semalam yang pengumuman persaraan Lam Thye dari politik datang dalam bulan September 1990 yang mencabar, di mana 10,000 orang telah berdemonstrasi mengenai isu tol di Cheras; Tan Kok Wai, Ahli Parlimen DAP untuk Sungai Besi pada masa itu telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Lam Thye meninggalkan mesyuarat DAP Wilayah Persekutuan mengenai isu tol Cheras dan kemudiannya meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan.

Saya pada masa itu bertindak sebagai orang tengah di antara Lam Thye dan Jawatankuasa DAP WP, kerana ketika itu Lam Thye percaya yang dia telah menjadi sasaran “kempen licik” dalam DAP WP yang melibatkan beberapa pemimpin DAP WP, dan tidak ada sebarang perbincangan untuk tidak meletakkan Lam Thye untuk bertanding di Bukit Bintang. Malah, pada satu tahap, saya mempertimbangkan untuk meletakkan Tan Kok Wai untuk bertanding di luar Kuala Lumpur dan bukannya di Cheras.

Tambahan lagi, sekiranya benar saya telah mengatakan kepada Lam Thye yang dia tidak akan dicalonkan lagi di Bukit Bintang, mustahil untuk perkara ini disembunyikan selama 32 tahun – baik di dalam atau di luar DAP!

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 19 Jun 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.