Higher Education Minister, Noraini Ahmad should explain what has been done to upgrade the quality of the more than 2,500 ”kangkong professors” as revealed by Tun Arshad Ayub last year


(Versi BM)

The Higher Education Minister, Noraini Ahmad should explain what has been done to upgrade the quality of the more than 2,500 “kangkong professors” as revealed by Tun Arshad Ayub last year.

Tun Arshad, 93, is one of few Malaysians conferred a Tun-ship without a political background, being a Chief Justice or holder of high public office, was founding director of Institut Teknologi Mara (ITM) from 1966-1975 before it was elevated to university status as Universiti Teknologi Mara (UiTM).

It is a matter of great concern that “kangkong professors”, without upgrading their academic qualities, are assuming increasingly more important national roles.

The immediate national challenge is to raise the standard of education at all levels in the country, whether of the students or the teaching staff, but there are people who want to distract attention from this issue by demanding the closure of Chinese and Tamil primary schools falsely claiming that their existence are a source of disunity in plural Malaysia.

This is why I had appealed to GPMS, Mappim and GPMS to withdraw their appeal to the Kuala Lumpur High Court decision on the constitutionality of Chinese and Tamil primary schools, as well as to I-Guru not to appeal the decision on the constitutionality of Chinese and Tamil primary schools made by Kota Bahru High Court on Sunday, but to play a leading role for Malaysia to re-set and to achieve the nation’s capabilities to become a world-class great nation in international competitiveness, good governance, the rule of law, war against corruption and having an efficient and effective government.

The first condition to Malaysia becoming a world-class great nation is to have a world-class education system, including a system for the more than 2,500 “kangkong professors” to become qualified and meritorious professors.

The criticism of a Sarawak state tourism, creative industry and performing arts minister, Abdul Karim Rahman Hamzah that civil servants should be encouraged to use “good English” instead of being penalised for it is another example of unhealthy trends in the country.

The Cabinet, at its meeting on Wednesday, should heed the voices of the people of Sarawak and Sabah, G25 and former Minister for International Trade and Industry (Miti), Rafidah Aziz, and countermand the directive of the Chief Secretary to the government, Mohd Zuki Ali to the Public Services Department to consider corrective and punitive measures to enforce the use of Bahasa Malaysia in the civil service and other government-related agencies including GLCs (government-linked companies).

The government should be worrying about the decline of the standard of English among Malaysians, as English is the language of science, Google and globalisation.

The Prime Minister should make a policy announcement as to what the government is doing to raise the command of English among Malaysians so that Malaysia can have a workforce with a high proficiency in English.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on June 1, 2022)


Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad, perlu menjelaskan apa yang telah dilakukan untuk menambah baik kualiti lebih daripada 2,500 “profesor kangkung” yang didedahkan oleh Tun Arshad Ayub tahun lepas

Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad, perlu menjelaskan apa yang telah dilakukan untuk menambah baik kualiti lebih daripada 2,500 “profesor kangkung” yang didedahkan oleh Tun Arshad Ayub tahun lepas.

Tun Arshad, 93, adalah seorang daripada sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang dianugerahkan darjah Tun tanpa mempunyai sebarang latar belakang politik, atau berkhidmat sebagai Ketua Hakim, atau sebagai seorang pemegang jawatan awam utama, merupakan pengarah pengasas Institut Teknologi Mara (ITM) dari tahun 1966 sehingga 1975 sebelum institusi tersebut diangkat tarafnya ke universiti menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menjadi suatu perkara yang membimbangkan apabila “profesor kangkung”, yang tidak menambah baik kelayakan akademik mereka, kini mengambil peranan yang lebih penting di peringkat nasional.

Cabaran terdekat kita semua adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di semua peringkat di dalam negara, sama ada dalam kalangan pelajar atau kakitangan pengajar, tetapi terdapat orang yang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu ini dengan menuntut supaya sekolah rendah Cina dan Tamil ditutup dengan membuat dakwaan yang tidak benar yang mengatakan kewujudan sekolah ini adalah punca perpecahan di dalam negara.

Kerana inilah saya telah merayu kepada GPMS, Mappim, dan Gapena untuk menarik semula rayuan mereka dan juga supaya I-Guru untuk tidak mengemukakan rayuan ke atas keputusan mengenai sekolah rendah Cina dan Tamil ini, sebaliknya, saya berharap mereka dapat memainkan peranan untuk menetapkan semula dan mencapai potensi Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dari segi daya saing global, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, memerangi rasuah, dan mempunyai sebuah kerajaan yang cekap dan berkesan.

Syarat pertama untuk Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia adalah dengan mempunyai sistem pendidikan yang bertaraf dunia, termasuklah suatu sistem untuk membolehkan 2,500 “profesor kangkung” ini menjadi profesor yang bertauliah dan berkelayakan.

Kritikan menteri pelancongan, industri kreatif, dan seni persembahan negeri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, bahawa penjawat awam patut digalakkan untuk menggunakan “bahasa Inggeris dengan baik” dan bukannya dihukum kerananya adalah salah satu lagi contoh perkara yang tidak baik dalam negara.

Kabinet dalam mesyuaratnya pada hari Rabu ini, patut mendengar suara rakyat Sarawak dan Sabah, G25, dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Rafidah Aziz, untuk membatalkan arahan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mempertimbangkan tindakan pembetulan dan hukuman untuk menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia dalam perkhidmatan awam dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan dengan kerajaan.

Kerajaan sepatutnya bimbang mengenai penurunan kualiti penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia kerana bahasa Inggeris ini adalah bahasa sains, Google, dan globalisasi.

Perdana Menteri sepatutnya membuat pengumuman dasar mengenai apa yang sedang kerajaan lakukan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia supaya kita boleh mempunyai tenaga kerja yang mempunyai kemahiran tinggi dalam berbahasa Inggeris.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada 1 Jun 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.