My first post-retirement project is a book on whether Malaysia can reverse the national decline of past half-century and become a world-class great nation by 2040 or 2050


(Versi BM)

For the past three weeks since my retirement from competitive politics, I have been wrestling with the questions:

· whether Malaysia can reverse the national decline in the past half-century and become a world-class great nation by 2040 or 2050;

· whether Malaysia can return to the founding nation-building principles embedded in the Malaysian Constitution and the Rukun Negara on national unity, the doctrine of separation of powers, the rule of law, integrity and good governance, respect of human rights and fundamental liberties;

· whether it is possible to get Malaysians regardless of race, religion or region to accept that Malaysia is a plural society – multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural – and at the confluence of four great civilisations of the world, and diversity is our greatest asset instead of liability; and

· whether it is possible to stop the take-off of the Second Malaysian Diaspora after the first Malaysian Diaspora when over a million of the best and brightest Malaysians regardless of race or religion opted to stay overseas all over the globe to help make other nations great and world-class instead of Malaysia.

Basically, whether Malaysia can be saved or whether it is condemned in the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

In the past half-a-century, Malaysia lost out to Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam. Will we lose out to more countries, even to Indonesia and the Philippines, come 2,040 or 2,050?

I have decided on the first post-retirement project – to write a book on these questions which should concern all Malaysians who love this country.

I believe all thinking Malaysians have ideas on these great questions and I invite them to write their reflections and perspectives to share their thoughts with me in the coming month to help me write this book.

This is the best testimony of our love and patriotism to Malaysia.

Recently, the press have been full of foreboding about the future of Sri Lanka, as exemplified by these examples: “Lessons from Sri Lanka’s economic fiasco” (April 10, 2022 ); “How Sri Lanka’s economic crisis has been decades in the making” (6th April 2022), “Sri Lanka on the verge of becoming a failed state” (3rd April 2022),), “How Sri Lanka Became a Nation of Beggars” (Jan 5, 2022), (March 25, 2022), “Sri Lanka economy has ‘hit rock bottom,’ Putting Pressure on President” (March 25, 2020”), “’There is no money left’: Covid crisis leaves Sri Lanka on brink of bankruptcy” (Jan 2, 2022), “’Sri Lanka becoming a failed state’ warns former finance minister” (29th July 2021) and “Sri Lanka’s perfect storm of failure” (April 23, 2019).

Malaysia has not be spared warnings that Malaysia is in danger of becoming a failed state like Sri Lanka as illustrated by the following articles in the media:

“Malaysia Is Staggering Down the Road to Failed Statehood” (July 8, 2021); “Is Malaysia a failed state? Here are the facts” (July 14, 2021); “The Injustice of stereotyping Malaysia as a failed state: (July 14, 2021); “Is Malaysia A Failed State” (July 25, 2021”); “Is Malaysia really on the path to becoming a failed state” (July 28, 2021); “Not yet a failed state, Malaysia is decaying rapidly” (Sept. 10, 2021).

Is Malaysia becoming another Sri Lanka and will end up as another failed state?

This deserves the attention of all patriotic Malaysians.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at a Majlis Buka Puasa in Kuala Kubu Bharu on Thursday, 14th April 2020)


Projek pasca-persaraan pertama saya adalah sebuah buku mengenai sama ada Malaysia boleh membatalkan kemunduran yang dihadapi setengah abad yang lepas dan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2040 atau 2050

Untuk tiga minggu yang lepas selepas saya mengumumkan persaraan politik saya, saya telah memikirkan mengenai perkara-perkara berikut:

– Sama ada kita mampu untuk memperbetulkan kemunduran yang telah dihadapi negara dalam setengah abad yang lepas untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2040 atau 2050;

– Sama ada kita boleh kembali kepada prinsip asas pembinaan negara seperti perpaduan, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, integriti, tadbir urus yang baik, hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara

– Sama ada kita mampu untuk menggerakkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, untuk menerima yang Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk – dengan pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya – yang berada di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia, di mana kepelbagaian masyarakat kita ini sepatutnya menjadi satu aset dan bukannya liabiliti; dan

– Sama ada kita dapat menghentikan terjadinya Diaspora Malaysia Kedua, selepas lebih daripada sejuta rakyat Malaysia yang berbakat tanpa mengira kelas, tersepah ke serata dunia membentuk Diaspora Malaysia Pertama, menjadikan negara lain yang hebat dan bukannya Malaysia.

Pada asasnya, persoalannya berkisar mengenai sama ada Malaysia masih boleh diselamatkan, atau adakah Malaysia memang sudah ditakdirkan ke arah menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara yang gagal.

Dalam setengah abad yang lepas, Malaysia telah ditinggalkan di belakang negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam. Adakah kita juga akan ditinggalkan di belakang lebih banyak negara, termasuklah Filipina dan Indonesia, menjelang 2040 atau 2050?

Saya telah membuat keputusan mengenai projek pasca-persaraan pertama saya – untuk menulis sebuah buku mengenai persoalan-persoalan yang sepatutnya berlegar dalam fikiran semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini.

Saya percaya yang semua rakyat Malaysia yang berfikir mempunyai idea masing-masing mengenai bagaimana kita dapat mendekati persoalan-persoalan ini dan saya jemput anda semua untuk menulis dan berkongsi renungan dan perspektif anda semua dalam bulan-bulan yang akan datang untuk membantu saya menulis buku ini.

Inilah bukti terhebat cinta dan patriotisme kita kepada Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, muka-muka akhbar dipenuhi dengan berita suram mengenai masa hadapan Sri Lanka, seperti yang ditunjukkan oleh tajuk-tajuk berikut: “Pengajaran daripada kegagalan ekonomi Sri Lanka” (10 April 2022); “Bagaimana krisis ekonomi Sri Lanka terjadi selepas berdekad-dekad lamanya” (6 April 2022), “Sri Lanka di ambang menjadi negara gagal” (3 April 2022), “Bagaimana Sri Lanka Menjadi Negara Pengemis” ( 5 Jan 2022), (25 Mac 2022), “Ekonomi Sri Lanka telah ‘mencapai titik terendah,’ Memberi Tekanan kepada Presiden” (25 Mac 2020”), “’Tiada wang lagi’: Krisis Covid meninggalkan Sri Lanka di ambang muflis” (2 Jan 2022), “’Sri Lanka menjadi negara gagal’ amaran dari bekas menteri kewangan” (29 Julai 2021) dan “Ribut kegagalan Sri Lanka” (23 April 2019).

Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima amaran-amaran yang mengatakan kita juga sedang berhadapan kemungkinan menjadi sebuah negara gagal seperti Sri Lanka, seperti yang ditunjukkan dalam tajuk-tajuk artikel seperti berikut:

“Malaysia Menuju ke Arah Negara Yang Gagal” (8 Julai 2021); “Adakah Malaysia sebuah negara yang gagal? Inilah faktanya” (14 Julai 2021); “Ketidakadilan stereotaip Malaysia sebagai negara gagal: (14 Julai 2021); “Adakah Malaysia Sebuah Negara Gagal” (25 Julai 2021”); “Adakah Malaysia benar-benar berada di landasan untuk menjadi sebuah negara gagal” (28 Julai 2021); “Belum lagi gagal, Malaysia semakin merosak” (10 Sept. 2021).

Adakah Malaysia sedang ke arah menjadi satu lagi Sri Lanka dan akan berhadapan dengan nasib sebagai sebuah negara gagal?

Perkara ini layak menerima perhatian penuh semua rakyat Malaysia yang patriotik.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Majlis Buka Puasa di Kuala Kubu Bharu pada hari Khamis, 14 April 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.