We must reignite hope and confidence in the future as we hold in our hands the ability to reverse the national decline of the past half a century


(Versi BM)

I take this opportunity to announce my political retirement and I will not contest for any position, including the party CEC today – you should delete No. 39 from the CEC candidate list) – or any parliamentary or state assembly seat.

I have been with the party for 56 years – two days ago was the DAP’s 56th anniversary –   and have seen it develop from a small opposition party which fought the first general election in 1969 into a major political party in the Pakatan Harapan coalition which won the 14th General Election in 2018 and formed the government in seven states.

The recent Johor state general election is a salutary reminder that our Malaysian Dream for a united, democratic, just world-class great Malaysia is a long-term political struggle, with many ups and downs, gains and losses, but we must remain constant in our objectives and never compromise our principles and ideals.

We represent the hopes and aspirations of Malaysians who want Malaysia to stand tall in the world because of our achievements in various fields of human endeavour and for our ability to leverage on the best values and virtues of the diverse races, religions, cultures and civilisations that meet in confluence in  Malaysia, not to be  scorned or belittled in the international community of nations because we are on the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

We must reignite hope and confidence in the future as we hold in our hands the ability to reverse the national decline of the past half a century.

Never before in the history of DAP is it more important that we must have unity, solidarity, commitment and resolve in our long-term commitment to realise the Malaysian Dream.

I am privileged to share this journey to realise our Malaysian Dream to be a world-class great nation with many patriotic Malaysians, both inside and outside the DAP.

The battle for the Malaysian Dream must goes on until it is achieved but this is in your hands.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri, Lim Kit Siang at the DAP 17th National Congress in Shah Alam on 20 March 2022)


Kita mesti mencetus semula harapan dan keyakinan terhadap masa depan kerana samada kita dapat memutar semula tren kemerosotan negara kita sejak setengah abad ini adalah bergantung kepada kita semua

Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. Saya menarik diri dari bertanding pilihan JTP hari ini  – sila padamkan no.39 dari senarai calon JTP anda. Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihanraya parlimen atau negeri di masa hadapan.

Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun – dua hari lepas merupakan ulang tahun ke-56 parti kita – dan selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam pilihanraya umum tahun 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan persekutuan serta mengambil alih kerajaan di 7 negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU-14.

Pilihan Raya Negeri Johor yang baru berlangsung merupakan satu peringatan yang penting bahawa Impian Malaysia kita yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara bersatupadu, demokratik, adil dan berjaya yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa merupakan satu perjuangan politik jangka panjang. Dalam proses ini, kita menghadapi banyak kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan. Tapi kita mesti kekal dengan matlamat kita dan jangan sekali-kali berkompromi dari segi prinsip dan cita-cita.

Kita mewakili harapan dan aspirasi rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia berdiri megah di persada dunia kerana pencapaian kita dalam pelbagai bidang dan berjaya membina negara berlandaskan ciri-ciri kemajmukan yang sedia ada di negara ini – pelbagai kaum, agama, budaya dan tamadun – dan bukannya menjadi bahan jenaka atau diperli oleh masyarakat dunia kerana kita menjunam menjadi sebuah kleptokrasi, kakitokrasi dan negara yang gagal.

Kita mesti mencetus semula harapan dan keyakinan terhadap masa depan kerana samada kita dapat memutar semula tren kemerosotan negara kita sejak setengah abad ini adalah bergantung kepada kita semua.

Belum pernah lagi dalam sejarah DAP, semangat perpaduan, setiakawan, komitmen dan keazaman menjadi begitu penting dalam usaha kita untuk merealisasikan Impian Malaysia.

Adalah penghormatan buat saya selama ini berpeluang – bersama-sama dengan rakyat malaysia yang patriotik samada di dalam atau di luar DAP – untuk berganding bahu sepanjang perjalanan untuk merealisasikan Impian Malaysia kita bersama.

Usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia mesti diteruskan sehingga berjaya, dan kini sampailah giliran anda semua untuk meneruskan perjuangan ini.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP kawasan Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kongres Parti  DAP ke-17 di Shah Alam pada 20hb Mac 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.