How can Azam continue as MACC Chief Commissioner when he does not understand the meaning of integrity?


(Versi BM)

I have said that the Malaysian Anti-Corruption Commission Chief Commissioner Azam Baki has become his own worst enemy in believing that “by now, people realise the accusations against him are unfounded” and that he had become a victim of a campaign against him.

How can Azam continue as MACC Chief Commissioner when he does not fully understand the meaning of integrity that has prevented him from being a prime example of integrity, probity and accountability in the public service?

His quibbling over “subpoena” and “invitation” to explain his refusal to appear before a parliamentary select committee which would have provided him with a forum to clear himself of conflict-of-interest allegations had been debunked by the DAP MP for Kota Melaka, Khoo Poay Tiong who pointed out that Azam had turned up for a Public Accounts Committee hearing in October 2020 with a mere invitation.

Azam could help to minimise the damage to his integrity by declaring that he is willing to appear before a Parliamentary Select Committee to clear himself of the conflict-of-interest allegations made against him three months ago.

Azam should disabuse himself of the conclusion that “by now, people realise the accusations against him are unfounded”, as exemplified by the Open Letter to him by veteran journalist R. Nadeswaran.

Malaysians want the MACC to do a better job in fighting corruption.

In fact, they want Malaysia to be one of top 30 countries in the world with least corruption, as was the objective of the National Integrity Plan launched by the fifth Prime Minister, Abdullah Badawi to improve Malaysia’s ranking in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) from 37th place in 2003 to at least 30th position in 2008 and to score of 5.2 for Malaysia in 2003 to at least 6.5 by 2008.

But in the TI CPI 2021 Malaysia has fallen to 62nd position in rank and 48 in score!

Just as Azmi does not understand the meaning of integrity, he does not seem to understand Malaysia’s infamy over the TI CPI 2021. `

As Nadeswarn said in his Open Letter: “It is hoped that when you appear before the PSC panel, you will put all your cards on the table and get your points across so that the PSC can get to the bottom of this quagmire which was created by your own doing.”

Can Azmi clear himself of the conflict-of-interest allegations before Parliament reconvene on February 28, 2022?

Otherwise, Malaysians will have to contend with the question: How can Azam continue as MACC Chief Commissioner when he does not understand the meaning of integrity?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday 15th February 2022)


Bagaimana Azam hendak terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM apabila beliau tidak memahami makna integriti?

Saya telah mengatakan yang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, Azam Baki, telah menjadi musuh terburuknya sendiri dengan mempercayai “sekarang, orang telah menyedari yang tuduhan terhadapnya adalah tidak berasas” dan kononnya beliau menjadi mangsa kempen terhadapnya.

Bagaimana Azam hendak terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM apabila beliau tidak betul-betul memahami makna integriti yang telah menghalangnya daripda menjadi contoh terbaik integriti, ketelusan, dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam?

Dalih-dalihnya mengenai “sapina” dan “jemputan” untuk menjelaskan keengganan beliau untuk hadir di hadapan jawatankuasa pilihan khas parlimen yang sepatutnya boleh menjadi ruang untuk beliau bersihkan namanya telah disangkal oleh ahli parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang menegaskan bahawa Azam pernah hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada Oktober 2020 dengan hanya jemputan.

Azam boleh membantu meminimakan kerosakan terhadap integritinya dengan mengisytiharkan bahawa beliau bersedia untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk membersihkan namanya daripada dakwaan konflik kepentingan yang timbul terhadapnya sejak tiga bulan yang lepas.

Azam tidak boleh terus percaya dengan kesimpulan kononnya “setakat ini, orang ramai menyedari tuduhan terhadapnya adalah tidak berasas”, seperti yang dikatakan dalam Surat Terbuka kepadanya oleh wartawan veteran R. Nadeswaran.

Rakyat Malaysia mahu SPRM melakukan kerja yang lebih baik dalam memerangi rasuah.

Malah, mereka mahu Malaysia menjadi antara 30 negara teratas di dunia yang paling bebas rasuah, sebagaimana objektif Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kelima, Abdullah Badawi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) daripada tempat ke-37 pada tahun 2003 kepada sekurang-kurangnya kedudukan ke-30 pada tahun 2008 dan skor 5.2 untuk Malaysia pada tahun 2003 kepada sekurang-kurangnya 6.5 pada tahun 2008.

Tetapi dalam TI CPI 2021 Malaysia telah jatuh ke kedudukan ke-62 dengan hanya 48 markah!

Seperti mana Azam tidak memahami makna integriti, beliau juga kelihatan seperti tidak memahami kedudukan buruk negara dalam TI CPI 2021.

Seperti yang dikatakan oleh Nadeswarn dalam Surat Terbukanya: “Adalah diharapkan apabila anda hadir di hadapan panel PSC, anda akan mendedahkan semua maklumat dan menyampaikannya dengan baik supaya PSC dapat menyiasat sepenuhnya isu yang disebabkan oleh anda sendiri.”

Bolehkah Azam membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan sebelum Parlimen bersidang semula pada 28 Februari 2022?

Jika tidak, rakyat Malaysia perlu berdepan dengan persoalan: Bagaimana Azam boleh terus memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan beliau tidak memahami erti integriti?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa 15 Februari 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.